CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9955|Reply: 77

Joey sah bercerai, nafi angkara orang ketiga..

[Copy link]
Post time 12-8-2011 06:55 AM | Show all posts |Read mode
KAJANG - Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi Joey dan isterinya, Noraini Mohammad Nasir terlerai setelah Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu itu sebagai sah.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira keterangan yang konsisten oleh Joey dan Noraini yang menyatakan lafaz cerai talak satu berlaku pada 4 Jun tahun lalu di kediaman mereka adalah berbentuk syarih (jelas dan nyata).


Abdul Halim berkata, berkenaan isu lafaz rujuk dan mengadakan hubungan kelamin, Noraini mengatakan perkara itu benar-benar berlaku, sebaliknya Joey menafikan.

"Ada pihak yang mendakwa tetapi ada pihak menafikan, bagaimanapun masing-masing tidak menampilkan saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut.

"Sehubungan itu, mahkamah mencadangkan kepada Noraini selaku plaintif untuk menawarkan sumpah kepada defendan Joey bagi membuktikan bahawa dakwaan rujuk semula tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya," ujar beliau.

Selain itu, Joey telah bersumpah di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah bagi menafikan dakwaan Noraini bahawa berlakunya lafaz rujuk semula kepada wanita terbabit selepas empat hari lafaz cerai berlaku.

P/S: bykler alasan ko sbb bkn org ke 3 Joey...:@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 07:51 AM | Show all posts
pelik aku.....sorang kata 'buat'...sorang kata 'tak buat'...............
menda macam ni pun nak wat main2 ke.....wat malu jela...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 07:57 AM | Show all posts
tred ulangan mcm movie kat asteruk...........


http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:00 AM | Show all posts
senyum bila sah bercerai. gf dia lagi tmbh2 senyum. org pakai cermin mata hitam g court nk cover nangis tp dia ni ikut trend dan konon2 bergaya. geli aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:00 AM | Show all posts
lps ni nikah dgn watie la pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 08:04 AM | Show all posts
memang bukan angkara orang ke3, tapi sebab "dah takde jodoh" kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:10 AM | Show all posts
eee, manusia manusia...da cerai pon still nk ehem2 jugak ker???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 08:21 AM | Show all posts
lelaki kalau dh senang sikit mcm ni la..lupa bini semua..byk sgt retis lelaki mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:20 AM | Show all posts


alahai ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:21 AM | Show all posts
Elehhhhhh...baru minggu lepas dlm bulan posa ni aku terserempak dia shopping barang dapo dgn Watie si dagu tu kat Supermarket Hero Seksyen 5 Wangsa Maju tu hah, siap 2-2 pakai sunglass konon tak bagi org cam, mcm la kitorg ni bodo sgt..(BTW, Watie tu tanpa mekap muka tak lawa, Joey ni katik dari Watie)

Lepas beli brg siap upload brg & balik dlm SATU keta ye, jgn nak propa kata kebetulan beli brg tmpt sama balik terus punggah keta masing2. Choyyyy!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:41 AM | Show all posts
aku paling tak tahan dgr suara si JOEY ni...kalah itik serati tercekik tulang ayam....serius lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by dongor at 12-8-2011 08:54

Mahkamah Sahkan Joey Bercerai Talak Satu
Oleh SALWA SHA'ARI



Joey dikatakan mahu mendirikan rumah tangga dengan Watie (Elite) selepas perceraiannya didaftarkan.

KAJANG: Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi, Joey dan isteri, Noraini Mohammad Nasir terlerai pada Khamis, apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu sebagai sah.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya juga memutuskan bahawa tidak berlaku rujuk antara pasangan tersebut, selepas Joey bersumpah bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh isterinya yang merupakan bekas produser.

Percanggahan yang timbul atas isu rujuk, menyebabkan Abdul Halim memutuskan bahawa Noraini selaku pihak yang mendakwa perlu menawarkan kepada Joey untuk bersumpah dan sekiranya lelaki itu tidak bersedia untuk berbuat demikian, beban untuk bersumpah akan kembali kepada wanita terbabit.

Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 37, bagaimanapun mengakui bahawa dia bersedia untuk bersumpah yang dilakukannya pada pukul 12. 10 tengah hari.

"Saya tidak pernah melafazkan rujuk kepada isteri saya pada 8 Jun 2010 atau pada bila-bila masa sekali pun selepas perceraian. Sekiranya saya berdusta dengan sumpah ini, maka laknat Allah akan menimpa ke atas diri saya di dunia dan akhirat," lafaz vokalis kumpulan Exists tersebut.

Selepas Joey melafazkan sumpah itu, Abdul Halim memutuskan bahawa pasangan tersebut sah bercerai dengan talak satu kali pertama dan memerintahkan Noraini, 44, untuk beredah selama tiga kali suci bermula lafaz dibuat, iaitu 4 Jun 2010. Memandangkan Joey pernah mengakui dia mahu berkahwin lain, Abdul Halim berkata secara terus kepadanya: "Sila daftarkan perceraian ini ke pejabat agama untuk membolehkan kamu berkahwin lain seperti yang kamu cakap."

Pada penghakimannya, Abdul Halim turut menyelitkan nasihat agar umat Islam tidak tergesa-gesa melafazkan cerai kepada isteri mereka meskipun telah berasa amat benci dan seharusnya ia dibawa kepada pengetahuan mahkamah.

"Dalam kes ini, plaintif (Noraini) telah melarikan diri (masuk ke dalam rumah) kerana tidak mahu mendengar lafaz cerai itu. Defendan (Joey) telah melafazkan cerai dengan tergesa-gesa hanya kerana minat yang mendalam terhadap seorang wanita lain.

"Sepatutnya ia dimajukan kepada mahkamah, terutamanya atas perasaan belas kepada isteri yang telah berpenat lelah berkorban untuk suami," katanya.

Berdasarkan permohonan yang difailkan pada 15 Oktober 2010, Noraini mendakwa Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan itu melafazkan cerai kerana mempunyai hubungan dengan wanita lain bernama Norwati Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie (Elite).

Lafaz cerai yang dimulakan dengan bacaan Bismillah itu didakwa Noraini berlaku pada 4 Jun 2010 dan di tempat letak kereta dan hanya didengari oleh seorang rakan bernama 'Acong' yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada dirinya.

Wanita bertubuh ramping itu seterusnya mendakwa, Joey ada kembali semula ke rumah pada 8 Jun 2010 dan melafazkan rujuk sambil tangan kanannya memegang dahi isterinya, manakala tangan kiri memegang Al-Quran dan diikuti dengan hubungan suami isteri.

Bagaimanapun, Joey menafikan semua dakwaan itu dan berkata, dia hanya kembali ke rumah pada hari tersebut untuk mengambil barang dan menjenguk anak angkat mereka, Zidani yang berusia empat tahun. Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2005.

Sementara itu, Joey yang hadir ke mahkamah dengan seorang rakan apabila ditemui meluahkan rasa syukur kerana permasalahan rumah tangganya telah dapat diselesaikan.

"Cuma saya hendak cakap ia tidak melibatkan orang ketiga," katanya dan apabila ditanya bila mahu melangsungkan perkahwinan, secara berseloroh, Joey menjawab, jika boleh hari ini juga. Perkara itu terpulang kepada jodoh dan juga rezeki," tambahnya.

Noraini pula memberitahu, dia menerima keputusan mahkamah dan lega kerana Joey sanggup menerima akibat daripada sumpah itu dan akan meneruskan hidup dengan anak mereka.

"Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa," katanya.


[/b]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:56 AM | Show all posts
Paling mantop pesanan janda Joey ni kat ayat terakhir tu...... ramai tul artis pompuan yang terkena tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:56 AM | Show all posts
mak aiii...senyum sengeh tu.... Aku nak kawin dgn watie dah...ko adoo?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:57 AM | Show all posts
lagi puasa bila angkat sumpah..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 08:57 AM | Show all posts
aku paling tak tahan dgr suara si JOEY ni...kalah itik serati tercekik tulang ayam....serius lawak.. ...
kucing_gebu Post at 12-8-2011 08:41



patut dia couple dgn fasha sendat ..sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:58 AM | Show all posts
whatever it is back to the basic
this is not the end of the world
both parties pls move on
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:18 AM | Show all posts
senyum lebar la si watie..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:30 AM | Show all posts
"Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari yang lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa," katanya.


bagus pesanan bekas isteri dia ni...

jangan ada yg sentap sudahhhhh!~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.225369 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list