CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6595|Reply: 73

Salmentor Urus Kerjaya Sendiri..

[Copy link]
Post time 11-8-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Walaupun muncul juara dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya, Salmah A. Asis, 21 mengakui dia lebih selesa mengatur langkah karier nyanyiannya sendiri tanpa pengurusan mana-mana syarikat rakaman.

Menurut Salma, selepas program tersebut tamat, dia tidak tahu ke mana arah tuju perjalanan seninya, namun dengan bantuan mentornya, Erra Fazira, Salma dapat melangkah secara perlahan-lahan dalam membina karier muziknya.

"Syukur mentor saya iaitu Kak Erra (Erra Fazira) banyak membimbing saya mengenai selok belok industri muzik tempatan.

"Saya tahu, bergelar juara bukanlah satu jaminan besar untuk kita berada di bawah sesebuah syarikat rakaman. Seperti biasa, saya akan berfikiran positif dan menganggap belum sampai masanya lagi untuk saya berada di bawah mana-mana syarikat rakaman lagi," katanya.

Tambah Salma, dia tidak kisah untuk menguruskan kariernya sendiri walaupun sehingga kini, hanya menerima sebanyak lima undangan persembahan (yang berskala besar).

"Memang bergelar penyanyi bukannya mudah tetapi saya seronok melalui perjalanan ini. Ia sebuah pengalaman yang baru. Walaupun persembahan pentas tidak banyak untuk saya tetapi sedikit sebanyak saya dapat mengubah sedikit cara kehidupan lama.

"Kiranya saya patut bersyukur kerana jika dahulu saya pernah menerima bayaran sebanyak RM50 untuk satu persembahan tetapi kini saya terima lebih daripada itu.



"Menguruskan kerjaya sendiri juga bukanlah satu penyeksaan, cuma saya perlu bekerja keras sedikit untuk mendapatkan undangan persembahan pentas," ujarnya.

Sementara itu, Salma berkata, dia juga terpaksa berkorban untuk berjauhan dengan anak perempuannya, Putri Nurul Huda, 4, demi mengukuhkan kerjaya nyanyiannya.

"Buat masa ini, anak saya dijaga oleh ibu di kampung, Tawau, Sabah. Memang saya rindu sangat kepadanya. Tapi, apakan daya, saya perlu bekerja keras untuk masa depan dia," tuturnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 02:29 PM | Show all posts
harap2 bjaya la..all the best..if one day dah bjaya jgn lupa diri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:30 PM | Show all posts
go salma...go salma...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:31 PM | Show all posts
ramai sgat artis skarang nie..hrap salma bleh survive sndiri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:34 PM | Show all posts
aah eik .. xde kua single pun dia nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:36 PM | Show all posts
ramai sgat artis skarang nie..hrap salma bleh survive sndiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2011 02:42 PM | Show all posts
gud luck salma....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:45 PM | Show all posts
semoga salma berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 03:05 PM | Show all posts
pelikla ngape monkey bone tak amik dia tapi amik Shiha?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:10 PM | Show all posts
pelikla ngape monkey bone tak amik dia tapi amik Shiha?
bluecrystal Post at 11-8-2011 15:05


x cukup pakej kot....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:11 PM | Show all posts
hm .. die kurang pakej..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:15 PM | Show all posts
sore mantap... xpelah urus sdri... bersusah2 dahulu kata org
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:17 PM | Show all posts
pegilah suria record tu...mane tau tetibe leh jadi mcm siti ke nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:25 PM | Show all posts
peminat2 industri mesia terlebih mementingkan pakej penampilan termasuk wajah etc...... malangnya minah ni tak tergolong dlm bentuk tsb.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:50 PM | Show all posts
awek ni best tol nyanyi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:12 PM | Show all posts
adakah nasib dia ni mcm pija, mohd?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 04:20 PM | Show all posts
mudah-mudahan bjaya ya...all the best
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:22 PM | Show all posts
teringat time dia bwk lagu bertamu di kalbu..... mmg best....trus tersuka lagu tu..... harap dpt lagu yg best2 kalo wat album nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:25 PM | Show all posts
selamat berjaya la..tp  erra fazira tu pon berjaya sgt dlm bidang nyanyian die tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:25 PM | Show all posts
selamat berjaya la..tp  erra fazira tu pon berjaya sgt dlm bidang nyanyian die tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069556 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list