CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4378|Reply: 2

BUAH KURMA PUNYA KASIAT

[Copy link]
Post time 10-8-2011 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Fakta dan Keajaiban Buah Kurma


-  Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di  dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang  mungkin menyerang manusia

-  Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, niscaya penduduk Jazirah  Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui penghujungnya  kecuali oleh Allah

- Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita

- Makanan dan ubat paling penting bagi para astronot adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada telur masin

- Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit

- Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih

-  Kurma barhi dianggap sebagai eliksir (zat cair) bagi para pemuda dan di dalamnya  tersimpan rahsia besar kerana ia dapat mengaktifkan kelenjar dan  menguatkan saraf

- Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu

- Makanan paling  baik yang digunakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana  kurma mempunyai kalori, menguatkannya, dan menggiatkan  kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang berani yang tidak  takut akan kematian

- Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya

- Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia

- Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi

- Kurma dapat menguatkan rahim semasa bersalin kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan

- Kurma dapat mencegah radang kerana mengandung antiseptic dan antirematik

- Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat (fiber) yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit

- Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser

- Kurma mengurangkan nafsu makan

- Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah

- Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana  setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori

- Jenis kurma yang paling banyak  mengandungi mineral dan vitamin adalah rabi’ah Madinah yang mengandungi  kadar yang tinggi dari potasium dan besi

-  Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan  kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses  pencernaan

- Kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas

- Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa

- Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah sembelit

- Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal

- Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf

- Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi para perempuan memgandung dan menormalkannya selepas bersalin

- Kurma dinamakan dengan manjam (lombong) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin

- Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging

- Kurma dapat memelihara kelembapan dan ketepatan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari

- Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi

- Kurma memberikan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir

-  Kurma dapat membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga  dicadangkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bersemangat tinggi

- Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing

-  Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di Daerah Sahara kerana  dapat disimpan dalam waktu yang lama tanpa ditimpa kerosakan

- Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser, kerana mereka biasa menggunakan kurma sebagai makanan asasi


Pada pertengahan kedua  abad ke-20, para pengkaji menyatakan adanya asid amino yang lain pada  kurma. Terpenting dalam asid ini adalah glutathione sebagai  antioksidan.

Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) dapat memberikan lebih  dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah  rezeki berangkai yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai  rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata  Illa Billaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2011 11:28 AM | Show all posts

Keistimewaan Dan Kelebihan Kurma

Kurma mendapat tempat  istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah  (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada  di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri  pokok dan buah ini:


“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)


Ibnu Katsir berkata, ”Allah  menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat  yang dikandungnya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”


“Dan di bumi ini terdapat  bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman  dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air  yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain  tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat  tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du:  4)


Buah kurma mengandungi banyak  manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil  dan yang akan segera melahirkan. Malah Allah memerintahkan Maryam  binti ‘Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.


Doktar Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan:


“Hikmah dari ayat ini secara perubatan  adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat  memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula, ini kerana  banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi,  tambahan lagi apabila perkara itu memerlukan waktu yang lama.  Kandungan gula dan vitamin B1  sangat membantu untuk mengawal gerakan rahim dan menambah masa  sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi).  Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah).  Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh  tubuh.”



Keajaiban buah kurma dari  Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum solat  dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering,  dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud  dan Tirmidzi).


  Kurma mengandungi semua unsur makanan pokok yang diperlukan tubuh, iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin.  Nabi SAW dalam beberapa hadis, menganjurkan kita untuk menggunakan  tujuh biji kurma. Dan ternyata, tujuh buah kurma ini bila ditimbang ada kira-kira 100 gram yang mengandungi:
- Gula = 75,00 gram
- Serat selulosa = 4,00 gram
- Air = 22,50 gram
- Protein = 2,50 gram
- Lemak = 2,50 gram,
- Vitamin A = 60 IU
- Vitamin B-1 = 0, 08 miligram,
- Vitamin B-2 = 0, 05 miligram,


  Kurma juga terdapat asam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh, berupa:
- Potasium = 79 miligram
- Tembaga = 21 miligram
- Belerang = 65 miligram
- Besi = 5 miligram
- Magnesium = 65 miligram
- Mangan = 2 miligram
- Kalsium = 65 miligram
- Fosfor = 72 gram


Dalam kurma, ditemui  beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon  yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu  mempercepatkan kelahiran, serta dapat mengurangkan resiko pendarahan  setelah  melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menahan aktiviti  hormon kelenjar gondok (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu  hormon pemangkin kelenjar susu, sehingga dapat melancarkan ASI (Air Susu  Ibu).


Serat selulosa berguna untuk  mengiatkan kerja usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang  disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dicerna oleh alat  pencernaan kita, sehingga dapat menjaga tubuh supaya terhindar dari  kekurangan makanan dalam perut.


Vitamin A diperlukan untuk  pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata, dan  pencegahan terjadinya infeksi. Oleh kerana ini lah orang-orang di gurun  selalu menggunakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan  penglihatan.


Fosfor bersama  kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfor  berguna untuk membina aktivii kelenjar dan mengembalikan fungsi  kelenjar tubuh. Fosfor juga berperanan penting sebagai nutrisi otak,  sehingga bila digunakan teratur, dalam jangka panjang berkesan mencerdaskan otak.


Besi sangat penting untuk  aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sumsum  tulang. Oleh kerana itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari  kekurangan darah.


Zink, diperlukan untuk mengubati penyakit sensitif tubuh.


Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangi rasa sakit (analgesic).


Kalium (potassium)  signifikan untuk mengatasi keletihan, menjadikan organ jantung bekerja  lebih optimal, mengaktifkan kontraksi otot, dan berperanan dalam  pengaturan tekanan darah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:09 PM | Show all posts
good info tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036427 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list