CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Makanan Jepun tercemar

[Copy link]
Post time 10-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto mengarahkan kementeriannya supaya mengelak memberi pengesahan mengenai keselamatan makanan Jepun.\rPendirian kementerian itu berubah selepas daging lembu yang dicemari radioaktif dijual kepada pengguna di seluruh negara berkenaan, kata sumber yang dipetik agensi berita Kyodo.\r\n\n\n\n\rPencemaran daging dipercayai disebabkan ternakan diberi makan batang padi  tercemar dengan isotop cesium yang dikeluarkan loji nuklear Fukushima Daiichi.\r\r\n\n\n\n\nBagi menangani kebimbangan yang meluas mengenai bekalan makanan, Kementerian Luar memberitahu kedutaan dan pejabat diplomatik di luar negara supaya menerangkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan, pengimport dan organisasi media mengenai pendekatan yang diambil kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke saluran pengedaran awam.\rKementerian turut meminta pejabat diplomatik mengulangi pendirian mendedahkan maklumat keselamatan dengan tepat.\rPada 8 Julai lalu, Matsumoto berkata beliau mahumengurangkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan dengan apa yang dibuat kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke rantaian makanan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.142337 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list