CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Ikut lunas syariat

[Copy link]
Post time 10-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ustazah Pilihan mungkin tampilkan wajah peserta sajaPELBAGAI persoalan bermain dalam fikiran tatkala pihak Astro mengumumkan mereka bakal muncul dengan sebuah program yang akan mencari ikon dalam kalangan Muslimah, iaitu Ustazah Pilihan. Sebagai program berkonsepkan keagamaan dan  menampilkan wanita sebagai subjek utama, pastinya hasrat murni itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan mudah.\rBukan bersikap skeptikal terhadap usaha murni saluran berbayar itu untuk mencari pendakwah dalam kalangan wanita yang dikatakan ketandusan, tetapi tertanya-tanya juga, apakah pihak produksi mampu melaksanakan program itu mengikut syariah ditetapkan.\r\n\n\n\n\rMaklum saja, berbanding program Imam Muda yang menampilkan peserta lelaki, pastinya program ini ada banyak keterbatasan yang perlu dijaga supaya ia tidak berakhir dengan kontroversi. Apatah lagi untuk menjadi tontonan ramai apabila ditayangkan kepada khalayak. Lebih-lebih lagi banyak pantang larang yang perlu dipatuhi apabila program itu membabitkan agama dan wanita.\r\r\n\n\n\n\nBegitupun, Ketua Saluran Oasis, Izelan Basar ketika menjawab persoalan itu memberi jaminan program Ustazah Pilihan tidak akan sesekali melanggar syariat dan akan mengikut prosedur yang sudah diperbincangkan lebih awal.\r“Sewaktu kami mencadangkan untuk menerbitkan program ini, persoalan seperti ini sudah pun kami bangkitkan. Saya juga sedar ia produksi yang cukup sukar dan mencabar. Namun insya-Allah, kami akan pastikan setiap rakaman program ini akan mengikut lunas yang ditetapkan syariat. Konsep rakaman juga berbeza dengan apa yang kami lakukan terhadap program Imam Muda.\r“Sebagai contoh, dari segi sudut rakaman, kita takkan ambil visual penuh peserta. Mungkin kita akan ambil gambar wajah saja. Sebelum ini kami pernah merakamkan gambar penuh membabitkan tubuh peserta dan mendapat teguran. Jadi kami akan pastikan dari segi visual yang ditayangkan nanti tidak akan menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.\r“Lagipun pihak penaja utama sendiri sudah memberi peringatan supaya kami mengikut garis panduan yang betul sewaktu menerbitkan program ini supaya tidak menimbulkan sebarang kontroversi \\ kemudian hari,” ujar Izelan pada sidang media memperkenalkan tiga peneraju utama Ustazah Pilihan, serta pengacara yang bakal mengendalikannya.\r\n\n\n\n\rMereka yang terpilih sebagai Mudirah (pengetua) ialah Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, manakala dua tenaga pengajarnya (Mursyidah) ialah Profesor Dr Muhaya Hamad dan Ustazah Zawiah Hassan. Penyampai radio Ikim.FM, Siti Rohani Surani bertindak sebagai perantara.\rSebelum ini juga ada terdengar desas desus kononnya stesen terbabit ingin membuat pembaharuan yang mungkin disifatkan sebagai sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, iaitu mewujudkan kumpulan produksi yang akan dikendalikan oleh wanita. Ia juga satu daripada cara Oasis untuk mengelakkan program ini menjadi bahan pertikaian ramai.\r“Memang ada cadangan untuk kami berbuat demikian. Buat masa ini, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan saya tak anggap ia sebagai sesuatu yang mustahil. Siapa tahu, untuk peringkat final program ini, kami hanya mengundang golongan wanita saja untuk menyaksikan program ini secara langsung dan orang lelaki hanya menonton di rumah,” kata Izelan optimis.\rDitanya mengenai wujudnya program yang hampir sama dengan Ustazah Pilihan terbitan sebuah stesen televisyen lain, Izelan tidak pernah menganggapnya sebagai persaingan.\r\"Ini program agama dan tujuannya juga murni, iaitu untuk mencari seorang muslimah sejati, jadi kami tak kisah,” ujarnya.\rPeluang berkongsi ilmu dengan peserta\rMELIHAT kepada latar belakang Mudirah dan Mursyidah yang dilantik, diakui kebanyakan mereka bukan calang-calang. Tiga wanita besi ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang dakwah dan motivasi. Malah ia juga disokong latar belakang pendidikan dan kerjaya yang hebat.\rJusteru tidak hairanlah mereka dipilih menjalankan tanggungjawab untuk mencari wanita solehah yang mampu memikul amanat menjadi pendakwah berjaya dan pelapis kepada pendakwah wanita sedia ada. Namun, jika diperhalusi, tugas mencari peserta yang sesuai sememangnya bukan mudah. Andai silap si pengemudi, pastinya seluruh anak kapal akan lemas dilanda badai.\rBagi Dr Robiah, tiada sedikit pun kebimbangan dalam dirinya ketika diberi amanat untuk mengetuai program realiti itu.\r“Sewaktu ditawarkan menjadi pengetua rancangan ini, saya amat bersyukur kepada Allah kerana memberi saya peluang dan ruang untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan peserta. Saya tak pernah anggap ia sebagai sesuatu yang menyusahkan kerana tujuannya untuk mencari pendakwah wanita yang semakin ketandusan sekarang ini,” katanya. \rBagi Dr Muhaya pula, menjalankan tugas sebagai Mursyidah menjadi satu bonus buatnya.\r“Selain memberi bimbingan, ia juga satu pencen buat saya apabila saya sudah tiada di dunia ini,” katanya yang juga mempunyai program motivasi sendiri iaitu Mata ke Hati.\rDitanya mengenai tahap kualiti peserta yang datang ke sesi uji bakat, Ustazah Zawiah berkata, kebanyakannya bukan calang-calang.\r“Kami percaya mereka yang terpilih nanti adalah yang terbaik dan mampu menjadi pendakwah yang hebat,” ujarnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.320945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list