View: 91|Reply: 0
|
Mancini: Belajar daripada kesilapan ini
[Copy link]
|
|
Bos Manchester City bimbang jika anak buah tak faham mengapa mereka tewasLONDON: Roberto Mancini yakin Manchester City tidak akan dihantui kekalahan perlawanan Perisai Komuniti di tangan Manchester United untuk tempoh yang lama, selagi mereka belajar daripada kekecewaan di Wembley itu.\rSkuad Mancini mendahului 2-0 pada babak pertama selepas Joleon Lescott menanduk masuk bola sepakan percuma David Silva dan Edin Dzeko menewaskan penjaga gol baru United, David De Gea hasil rembatan padu dari luar kotak penalti.\r\n\n\n\n\r Namun juara Piala FA itu gagal mengekalkan kelebihan apabila United bangkit menyamakan kedudukan menerusi Chris Smalling dan Nani sebelum pemain sayap Portugal itu memanfaatkan kesilapan Vincent Kompany untuk meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan.\r\r\n\n\n\n\n Kekalahan sebegitu memang menyakitkan, terutama dengan seteru tetangga seperti United, tetapi Mancini mengakui anak buah Alex Ferguson beraksi lebih baik dalam perlawanan itu dan dia terpaksa akur keputusan berkenaan.\rApa yang bos City itu risaukan kini ialah sama ada anak buahnya faham mengapa mereka tewas – terutama kegagalan meneruskan penguasaan untuk mengecewakan United – dan memastikan kesilapan itu tidak berulang.\r“Pasukan besar yang tidak bermain baik tetapi menjaringkan dua gol perlu mempunyai mentaliti yang kuat,” kata Mancini. “Jika menentang United atau Real Madrid dalam Liga Juara-Juara, kita perlu terus mengawal bola dan tidak boleh hanya bertahan di kawasan sendiri seperti babak kedua.\r“Kami perlu belajar daripada kesilapan ini.” \r\n\n\n\n\rSkuad Mancini diletak harapan tinggi untuk menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris yang menyingkap tirainya minggu depan, selepas berbelanja besar dalam pembelian pemain akhir musim lalu. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|