View: 51|Reply: 0
|
Rexy cabar Kien Keat, Boon Heong tutup mulut pengkritik
[Copy link]
|
|
PASANGAN emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang memulakan misi di Kejohanan Dunia di Arena Wembley hari ini, dicabar menjadikan pentas berprestij itu sebagai medan menghapuskan segala keraguan dan kritikan terhadap keupayaan mereka.\rCabaran itu dilontarkan ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky yang mengerti hanya kejayaan dalam kancah tertinggi ini mampu menepis dan menjawab segala kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi tidak menentu anak didiknya itu.\r\n\n\n\n\r “Ini adalah medan terbaik untuk Kien Keat-Boon Heong menjawab segala kritikan dan keraguan orang ramai terhadap keupayaan mereka. Saya harap pasangan itu memanfaatkan pentas ini dengan memperagakan permainan terbaik,” katanya semalam.\r\r\n\n\n\n\n Pasangan keempat terbaik dunia itu yang sekadar bermegah dengan kejuaraan kelas kedua di Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia tahun ini, memulakan kempen menentang pemenang antara Lukasz Moren-Wojciech Szkudlarczyk dari Poland atau Liu Xialong-Qiu Zihan dari China selepas mendapat bye pada pusingan pertama.\rIni adalah kali keempat gandingan itu beraksi dalam kejohanan ini selepas gagal dalam tiga percubaan dengan pencapaian terbaik tahun lalu di Paris apabila mara ke final dan berada di ambang kemenangan, tetapi akhirnya tunduk kepada pasangan China, Cai Fun-Fu Haifeng.\rDitanya apakah yang perlu dilakukan anak didiknya itu andai mereka berhajat mara lebih jauh dalam kejohanan kali ini, Rexy berkata hanya dua perkara - kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah.\r“Itu saja yang perlu mereka lakukan di dalam gelanggang. Mereka bukan tidak mempunyai kemampuan dan setanding dengan beregu handalan dunia lain, tetapi kegagalan mengekalkan tumpuan dan sering melakukan kesilapan mudah menyebabkan mereka tewas,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|