CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12204|Reply: 79

Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam..

 Close [Copy link]
Post time 9-8-2011 09:36 AM | Show all posts |Read mode
SEPANJANG bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim (Fida), 25, (gambar) meluangkan masa untuk menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan berbuka puasa dan bersahur.

Setakat ini, program yang dinamakan “Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti” itu telah disempurnakan di Negeri Sembilan dan Melaka yang mana pada hari kedua Ramadan, Fida bersama-sama rakan kelab peminatnya, Rifters telah bersahur bersama-sama dengan penduduk di Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Meneruskan kembara tersebut, Fida dan Rifters akan mengunjungi negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini.

“Jika mengikut perancangan, sepatutnya saya ke Terengganu pada Khamis lalu tetapi disebabkan mempunyai komitmen lain di Kuala Lumpur, jadi saya terpaksa menangguhkannya.

“Kunjungan kami ke setiap negeri menyasarkan rumah golongan yang hidup susah dan keluarga ibu tunggal.

“Kami menaiki kereta dan berkonvoi beramai-ramai. Misalnya, kami menyertai lebih sepuluh buah kereta semasa berkunjung ke Negeri Sembilan pada awal Ramadan lalu,” katanya yang muncul di TV3 menerusi drama Kasih Alia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Selain itu, dia juga sibuk dengan beberapa jemputan majlis berbuka puasa dan beberapa rakaman program seperti Galaksi Raya dan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Bulan Ramadan tahun ini tidak terlalu sibuk seperti tahun lepas,” ujarnya lagi yang akan muncul di pawagam menerusi filem Man Sewel Datang KL.

Beralih kepada nyanyian, Fida yang turut menyanyikan lagu tema drama Kasih Alia berjudul Teriakan Kalbu.

“Selepas ini, saya mempunyai perancangan untuk membuat “single” album dan menyanyikan beberapa lagu tema untuk drama yang dilakonkan,” ceritanya.

Sekali pandang, wajah Fida persis penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Setelah dirisik, tidak hairanlah kerana dia dan penyanyi itu sebenarnya sepupu.

Memiliki wajah yang cantik memberikan bonus kepada Fida dan lebih manis lagi dia memakai tudung.

Menyentuh tentang penjagaan kecantikan tambahan pula bertudung, Fida perlu lebih menitik beratkan penjagaan rambut. “Biasanya kalau kita memakai tudung, kita perlu mengeringkan rambut dengan pengering rambut atau biarkan kering sendiri bagi mengelakkan rambut menjadi bercabang, berbau masam dan rambut berbuah.

“Jadi, apabila berpeluh, sekurang-kurangnya rambut yang kering itu masih akan berbau wangi mengikut syampu yang dipakai,” katanya.

Tambahnya: “Jika mencuci rambut, elakkan mengguna kuku untuk mengurut kulit kepala sebaliknya gunakan hujung jari sahaja. Ini kerana kulit kepala akan luka dan memudahkan pertumbuhan kelemumur.

“Untuk memiliki rambut cantik sama ada bertudung atau tidak, saya mempunyai petua tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh makcik saya.

“Caranya, masak santan asli sehingga pecah minyak, selepas itu kisar santan itu dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati.

Selepas itu, baru sapukan pada rambut dan bungkus dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Kemudian baru cuci.

“Jika rambut jenis berminyak, disarankan mengambil masa 15 minit berbanding rambut yang kering.”

Selain itu, Fida berkongsi tentang petua untuk kulit selepas berjemur di bawah matahari terik sehari suntuk.

“Selepas berjemur di tengah panas, saya akan memakai bedak sejuk pada waktu malam untuk merawat kulit yang menjadi terbakar dan panas. Namun, jangan amalkan selalu kerana bimbang kulit menjadi kering,” ujarnya.


PROFIL
---------------------------------------------------------------------------------------


Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim
Tarikh lahir: 4 Jun 1986
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM)
Karier: Pelakon dan penyanyi
Drama: Kasih Alia, E-Toyol,Epilog Syurga Cinta, Cinta TikarSejadah
Filem: Adik Manja The Return,Kongsi, Man Sewel Datang KL
Pencapaian: Juara SitiNurhaliza Mencari BintangPantene 2007

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 09:43 AM | Show all posts
Tengok drama lakunan minah ni kat TV3 smalam jam 7
Tu pon sbb nak tunggu buka puasa
Tajuk dia 'alia' apa ntah
Kisah ala2 ke Nurin yg kena culik dulu

Intro pengenalan pon aku dah nak termuntah dah
3, 4 pelakon tunjuk muka sedih menangis bagai kat intro opening tu
Oh my goodness{:1_126:}
Drama melayu ni overrr sangat lah
24 jam dok menangis meratap jahhh
Sendu sangats drama melayu ni

Mungkin stail ni kegemaran mok cik2 felda kut
Pengarah ponnn patut educate sket penonton ni supaya minda tu jgn sendu sangat

Tapi aku suka bab budak pompuan yg kena culik tu semalam
Derang lari gila2 nak escape
Espeseli budak yg macam budak myanmar tu
Rasanya yg blakun Ramadhan brsama Syafiq tu
Kerana budak tu sorang, berbaloi aku tengok drama sendu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2011 09:43 AM | Show all posts
soalan..

napa thread Hidayah Ler Sangat kena katup eh?

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by solstice at 9-8-2011 10:28

Satu adegan yg susah akal ku nak terima dalam drama minah ni semalam
Lepas pasangan Catrionna Ross & laki dia langgar budak pompuan tengah jalan sampai melambung..
saspen aku tengok
Terkocoh2 derang angkut bawak naik keta derang
Mati2 aku ingat derang nak bawak gi sepital
Rupanya derang bawak balik rumah derang & letak atas katil
Wal hal budak tu pengsan x sedar2
Siap syahdu2 lagi sbb kebetulan derang baru jahhh kehilangan anak kandung

Derang x nak bawak ke sepital kah?
Mana tau ada kecedaran dalaman ke
Dah lah budak tu kena langgar ngan keta Merc yg keras tu atas jalan raya
Takkan x de luka2 badan
Sangat lah heran aku ini
Pasangan tu nampak kaya & educated

Tu diahh, aku meroyan
Pueh hati den
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:51 AM | Show all posts
wangi sangat ker rafidah nih??
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 09:52 AM | Show all posts
ape2 je la fidah oi....:re::re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2011 10:12 AM | Show all posts
Satu adegan yg susah akal ku nak terima dalam drama minah ni semalam
Lepas pasangan Catrionna Ross  ...
solstice Post at 9-8-2011 09:48


tp pengarah dia x educated
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:22 AM | Show all posts
wah ada petua rupanya.......... patut la lain bebenor cara bertudungnya sejak akhir2 ni.... atau rambut byk kelemumur........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 10:24 AM | Show all posts
tajuk thread tak boleh blah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 4# solstice


hahahah...aku paham perasaan mu di kala itu..walaupun aku x tgk citer tu semalam..tp tu mmg stendet citer2 melayu..harap bertabah lah ekk..wakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 4# solstice


    setuju dgn komen anda~ citer mlayu skrrg, byk yg ntah ape2 daaaaaaaa
    dh x de logika~
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:28 AM | Show all posts
Reply 7# lordvoldemort


    pengarah die xbrape nak pentingkan bende2 tu sume..nak cite tu cepat je abes kot...
    tah hape2 gak la cite tu...
    xmasuk akal jew, orang da meninggal leh ade dalam umah...merayau2
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:29 AM | Show all posts
cter kasih alia 2 kan Sheila Rusly n laki nye...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:30 AM | Show all posts
bedak sejuk bukan considered as talc ke..talc kan menyumbat pori pori{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:30 AM | Show all posts
tak pernah tgk tv3 suku tue..bila kul 7...ada ke patut buat tayangan kul 7..bengung tul..tak hormat langsung sensitiviti org islam...dah laa skrg ni bulan ramadhan..lagi laaa...susah nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:32 AM | Show all posts
wah..singkat nyer baju fida itew
citer alia tu..citer jinggo/sheila rusly tu...tak tengok hari2 pon tak pe..tengok sekali seminggu dah bole agak jalan citer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 10:43 AM | Show all posts
Satu adegan yg susah akal ku nak terima dalam drama minah ni semalam
Lepas pasangan Catrionna Ross  ...
solstice Post at 9-8-2011 09:48



    die takut kot.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:47 AM | Show all posts
xpernah tgk, sbb x minat fida ini..
pelestik sgt...
nampak je baik, sombong yang hamat!!!!

seyes ckap, x suka dia...
hipokrit, dlu ckap xnak adegan peluk bagai, blh pulok peluk iqram mata bolat 2....

alasan beralas... beralas hotak kau!!!!


kan aku dah muyan pagi2!!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:49 AM | Show all posts
Satu adegan yg susah akal ku nak terima dalam drama minah ni semalam
Lepas pasangan Catrionna Ross  ...
solstice Post at 9-8-2011 09:48


helloowww?? kowser sgt uols nak bersinopsis bagai kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:56 AM | Show all posts
entah..tp aku suke jer tgok muke fida ni..manis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080722 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list