CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akustress

Afdlin Shauki & Adibah Noor Dalam Filem Arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0.

  [Copy link]
Post time 18-9-2011 09:23 PM | Show all posts
urban sangat aa kalo menghina agama orang lain.. merendahkan martabat negara for the sake of AN ART ?? x gitewww.. for me HE JUST ATTENTION WHORE ... buat ISU then suddenly promoting his film, Vclip... etc... one of the pathetic loser .. 'nuff said ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2011 09:30 PM | Show all posts
seronok tgk melayu yg terhina kehulu ke hilir meroyan kt sini


namewee syok jek dpt promot undi lagik
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 11:19 PM | Show all posts
dia ade collaboration ngan afdlin lagi.mcm neh lah video yg cool nak suruh org mengundi.bukan mcm iklan spr yg pathetic,zaman batu kuno.video neh semua ade..pemimpin umno,parti2 lam pr.retis2 m'sia pon terbuka hati dan fikiran nak bagi kerjasama.bukan jumud  mcm korangprejudice..hatred...



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:34 AM | Show all posts
dia ade collaboration ngan afdlin lagi.mcm neh lah video yg cool nak suruh org mengundi.bukan mcm ik ...
alesandra Post at 18-9-2011 23:19



   biasa lah minda ummah felda pprt yang masih basuh baju tepi sungai sambil berkemban ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:03 AM | Show all posts
nape ada tulisan cina kalu filem tuk filem Malaysia?.....namewee ni just seeking for cheap publicity ...
redwood Post at 12-9-2011 12:32



    napa filem malaysia tak boleh ada tulisan cina?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:36 AM | Show all posts
daripada kita menonton filim 'hantu bonceng' yang dikatakan ada adegan Zizan berdialog berkata beliaw naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah syaiton (pelik thread sana tada pola orang kata jijan hina islam),

rasanya lebih afdal jika kita menonton filem ini, kan?

kualitinya tentu lebih baik daripada filim ahmad idham syok sundri itew.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2011 03:15 AM | Show all posts
hak ele. sebut psl racist.. mcm la yg anti-namewee ni tak racist thadap cina-india. hahaha
menteri2 kerajaan spt Wee Ka Siong & Nazri Aziz pn ok je dgn namewee skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 08:06 AM | Show all posts
racist tu boleh tahan lg..ni dah tahap hina azan..
sama lah jgk filem antu bonceng tu..dua2 sampah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 08:29 AM | Show all posts
Namewee, pengarah serta pemuzik yang pernah mencipta kontroversi dengan isu-isu membabitkan perkauman sekitar tahun 2008 akan melancarkan filem Nasi Lemak 2.0, satu filem yang dikatakan akan menginterpretasikan konsep 1 Malaysia



boikot......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 08:50 AM | Show all posts
x yah gi tngok kt panggung...klu betul citer ni mengenai perpaduan, dkt2 pilihanraya nnt ada ler tayang kt rtm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 04:43 PM | Show all posts
setujuuuuuu!!!!!!ni bkn pasal racist dah ni..ni pasal agama!and pikir logik lah kan..cer kalau mel ...
anony-mous Post at 18-9-2011 17:17


BETUL....dah tuuu...bila kita ni bersuara...mula la kata MELAYU FELDA....
MELAYU PPRT....

owwhhh...lupa plak...dorg kan MELAYU URBAN...MELAYU KONDOMINIUM...MELAYU SEMI-D...MELAYU BANGLO...
sbb tu tak kesah bila AGAMA di mainkan oleh bangsa lainnnn....

kasihaannn...ingatlaahh,,..sape yg nak bela AGAMA kita kalo bukan KITA sendriii...nak harap bangsa lainkahhh...!!???...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 04:46 PM | Show all posts
BETUL....dah tuuu...bila kita ni bersuara...mula la kata MELAYU FELDA....
MELAYU PPRT....

ow ...
hemoh2 Post at 19-9-2011 16:43



   agama sendiri pun kamu fitnah,
baik kamu perbaiki dahulu pegangan agama kamu bukan nya dok fitnah dan ubah hukum hakam agama sendiri dan branded as islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 04:53 PM | Show all posts
nak dengar review jujur la abt this filem
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 07:01 PM | Show all posts
emm..bole i tau namawee ckp apa psl azan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 12:28 AM | Show all posts
errrmmmm..wujud lagi anak cina ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 12:14 PM | Show all posts
cakap namewee rasist dlm ni pun apa kurang nyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 05:21 PM | Show all posts
dgr cite pelem ni 1st week jek dah untung...makin x keruan laaa rasis melayu dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 08:12 PM | Show all posts
kelas afdlin shauki n adibah noor. berlakon filem cina yg ramai jinjang joe akan tengok.

org2 yg menyertai obviously racists shit ni tak semua self hating malay gitew, ada yg kononnya enlightened, tp reverse racist jah, ada yg pretend tak faham malay culture tu hapa pasal dia kan ala2 mixed race walaupun proto malay jugak. Tp kat forum neh ramai jah self hating malays; P.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:53 AM | Show all posts
teruk die nie kena hentam..

ni bukan mek tulis k??

mek tepek ajo






Baru-baru ini kecoh apabila Namewee telah me-lancaukan penulis Utusan Malaysia apabila penulis tersebut bersikap bias dalam penulisannya dengan tidak memberi recommendation kepada orang ramai untuk pergi menonton filem Nasi Lemak 2.0 kerana sejarah Namewee yang jelas pernah memburukkan & menghina agama & bangsa majoriti.

Persetankan binatang ini. Kami tak mahu post video tersebut di sini kerana uols boleh cari sendiri di Youtube bertajuk Namewee FxxK Utusan.Yang pasti, gambar di atas kami rasakan sangat menarik & sesuai dengan sikapnye. Jika anda penyokong Namewee atau anda perasan yang anda bukan seorang Meleis (kononnya), teruskan sokongan anda kepadanye, kami tidak menyokong bukan bermakne kami rasis atau filemnya tidak hebat, tapi sejarahnye pasti tidak boleh dilupakan.

Tau pulak Namewee sentap bile orang kondem filem arahannye, tapi die macam tak pernah fikir lagi ramai yang sentap bile die bikin video menghina agama & bangsa majoriti satu ketika dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 09:54 AM | Show all posts
dan lagi2....


Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan wartawan Utusan tersebut. Apa-apa pun Abang Nara bersetuju part “pergi tengok dulu baru komen”. Untuk part lain, tiada komen daripada diri ini.


MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.258611 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list