CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48375|Reply: 140

berkawan dengan kekasih / skandal suami

[Copy link]
Post time 30-7-2011 01:12 PM | Show all posts |Read mode
assalamuallaikum,
mungkin ada yg masih ingat saya, mungkin tak, sbb saya mmg tak popular pun hehehe... tp saya pernah beberapa kali post masalah permasalahan saya diboard FB. last sekali yang saya ingat adalah thread pasal saya nak bercerai... tp telah dilock oleh pak admin atas permintaan saya.  jadi kali ini saya nak bercerita dan berkongsi sesuatu dengan adik2 kakak2 semua... ia adalah masih berkisar tentang bagaimana perasaan saya berkait dengan kisah saya nak bercerai dulu...

somi saya (A) sorang yg saya kategorikan suka kan keindahan pada wanita.  sangat menghargai sehinggakan kalo ternampak wanita cantik, ranggi, sexy mmg tak melepaskan peluang memandangnya... walau depan saya...disebalik cermin mata hitamnya... saya tau, tp saya tak kesah, sbb tade apa kesannya kalo setakat memandang... lumrah lelaki begitu...

namun bukan setakat itu saja, dibelakang saya, kat opis dia ker, rajin mengusya mana2 awek yg dia berkenan, yg mana kalo ada yg melayan tu..maka jadi lah... saya masih tak kesah kerana, rata2 yg cuba ditackle nya tak layan...sbb dia bkn hensem pun... kerja ok lah boleh tahan... saya selalu curi masuk FB msg atau inbox email dia, mmg nampaklah rajin benar dia menegur2 awek cun atau subscribe match make program.  

Sakitnya hati nya Allah shj yg tahu. pedih, terhiris, kecewa, nak menangis sume ada.  tak sangka la kan, sbbnya ingatkan suami kita bahagia dengan kita. atau apa lagi yg tak cukupnya. saya confront A dan katanya tiada apa yg kurang dalam rumahtangga, saya cuba juga cari dan sentiasa ubah apa saja utk kebaikan rumahtangga.  tetapi akhirnya benda yg sama masih lagi berlaku dan berlaku lagi. sampai satu saat saya dah fedap dan berniat utk tinggal kan dia.  tp kuasa allah jodoh kami panjang, kerana saya bukan lah jenis yg mendendami suami, saya tidak pernah terlintas untuk membalas balik kecurangan dan selalu berfikir panjang sebelum bertindak.  saya selalu merefer diri kepada Allah swt kerana saya sedar apa2 pun kita kena berbalik kepada tuan yang empunya dunia.   

Satu malam baru2 ini, A kantoi lagi dan saya betul2 tak paham, apakah A tak malu setiap kali pun kecurangannya dikantoikan oleh saya.  dia masih meneruskan perhubungan dengan perempuan yg hampir menyebab kami bercerai iaitu setahun yang lalu.  kalo diikutkan A sepatutnya sudah putus terus dan setiap kali ditanya dia mengaku siap dengan nama Allah lagi yg A sudah melupakan wanita tersebut.  saya benar2 kecewa, kerana setiap janji dan katanya2 kepada saya hanya permainan.  tiada apa yg terkesan dihatinya selama ini.

saya sebenarny tidak kisah dan tidak pernah mengongkong sekiranya A nak berkawan dengan mana2 wanita.  lumrah hidup kita memang suka berkawan. tetapi apa yg saya kesalkan A tidak jujur dengan saya. A balas kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan saya dengan pengkhianatan. apa yang lebih saya kesalkan wanita yg menjadi kekasih A sejak 2 tahun ini adalah ISTERI ORANG (B). A dan B mengambil kata sepakat utk bercinta walaupun mereka sedar status mereka. hanya utk suka2.  dan sudah pasti suami B juga tidak tahu akan hal ini.  saya pernah mengugut A utk memberitahu suami B, tetapi saya sebenarnya tidak kenal pun suami B, jadi ugutan itu berlalu begitu saja.  A pun mcm berani2 takut saja dgn ugutan itu atau A mmg tau saya takan buat begitu sebenarnya, sbb A tahu peribadi saya bagaimana.

Kerana terlalu marah, saya pernah kol B tapi dia tak angkat, jadi saya sms dia dan maki dia dgn perkataan.  pada masa itu saya tidak kesal dan saya rasakan dia mmg patut dimaki.  tapi B masih meneruskan perhubungan mcm tak bersalah langsung ngan apa yg dia buat pada saya.  saya rasa B berdendam dengan saya dan atas itulah dia sengaja nak tunjuk siapa hebat.

pada malam kedua saya dlm kesedihan, dan sudah dua hari saya dan A tidak bertegur dan saya tak nampak A berusaha untuk meminta maaf pada saya, tetapi boleh nampak keluhan dan riak wajahnya yg tidak hepi dengan apa yg terjadi... cumanya saya rasa dia sudah letih mahu meminta maaf pada saya dan kemudian nya esok2 dia buat lagi...saya tahu dia sayangkan saya dan sedih tengok keadaan saya yg terluka dengan sikap dan perbuatannya...

malam itu saya duduk depan internet dan cari tips untuk hati luka akibat kecurangan suami... sehinggalah saya jumpa satu blogspot nih...

sambung jap lagi ekk... panjang sangat dah nih... bg thrill sket...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2011 01:30 PM | Show all posts
sian TT, sambung la lagi, tak sabar nak tau kisah selanjutnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 02:06 PM | Show all posts
sabar la TT...
rehat jap..
japg jangan lupa sambung ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 02:09 PM | Show all posts
emm sambung jangan x sambung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 02:39 PM | Show all posts
wokeh...terima kasih pada yg sudi membaca ini, saya bercerita utk melegakan emosi dan juga untuk kita kongsi bersama, bukan niat memalukan sesiapa, apa yg baik kita jadikan teladan, yg jahat kita buat sempadan

saya sambung yer.. jap saya karang dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 1-8-2011 13:14

Masalah rumahtangga saya, tak pernah saya share dengan family saya, saya takut derang teremosi dan seterusnya boleh mengakibatkan perasan benci membenci... sebaliknya saya meluahkan pada bff saya yang rapat yg sememang tahu dari mula saya kahwin sehinggalah sekarang.  semua bff saya mengenali A juga.  teman2 marah dengan A dan kagum dengan saya kerana kental dan kuat semangat. sanggup bertahan walau lebih dari 3 kali dia melakukan.  saya akui, walopun sebenarnya, saya tidak seperti yg mereka sangkakan, tapi demi rumahtangga dan anak2 saya kuatkan.  saya sebenarnya sangat benci dengan A dan B. Saya sampai tahap suruh A menyuruh B meminta cerai dari suaminya dan berkawin lah mereka berdua, tetapi A tamau dgn alasan dia tidak akan sampai berkawin, kerana B juga masih sayang suaminya.  saya geram dengan jawapan A dan tersimpan perasaan dendam tapi tak tau mcmana cara nak balas dendam.  teman2 sajes, suruh cari dan beritahu suami B, ada yg jahat suruh nasi kangkangkan je si A, saya tolak sbb itu bukan style saya. saya tak buat benda2 yg extreme macam tu.  Saya sekali lagi meminta A menceraikan saya kerana saya dah benci dan tamau lagi hidup yg sentiasa membuat saya curiga dlm rumahtangga kami.  Memang A tak layan sbb A masih sayangkan saya dan takut semua org termasuk mak ayah adik beradik membenci nya kerana punca perceraian datang dari dia. A akui dia memang nakal.  saya yakin dia x akan berubah kenakalan nya sehinggalah satu hari nanti Allah jua yg akan beri kesedaran itu.

Kepada saya berkahwin hanya sekali.  seandainya terjadi perceraian saya tidak mahu lagi bersuami dan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak2 dan agama. ya sejak setahun yg lalu saya agak taksub dengan agama, saya berusaha utk tidak tinggal solat, saya lakukan solat sunat, solat tengah malam, mengaji, berzikir dan sentiasa memperbaiki hubungan saya dengan Alah swt. saya bercerita bukan untuk ujub.  saya bangga allah beri saya kesedaran pada saya sekarang.  dan saya berdoa allah tidak bolak balik kan hati saya untuk terus beribadat kepadanya.

ok sambung pasal blog yg saya jumpa tu... saya terpanggil untuk membaca entry penulis tersebut berkenaan laci2 hitam. dia umpamakan hati kita laci, dan kalo kita benci seseorang tu maka satu drpd laci itu akan hitam, jd kalo ramai yg kita benci maka semakin hitamlah hati kita... masa tu keyword yg saya taip ialah "dendam".  saya terpanggil utk baca sampai habis dimana entry terakhir adalah satu pengadu ni dia ada masalah mcm saya, dan jawapan tuan punya blog adalah seperti dibawah, yg mana membuatkan saya tiba2 sebak dan mendapat idea drpd tersebut...  

Salam Puan.. Pertamanya saya mohon Puan supaya terus bersabar. Ada sebabnya mengapa Allah berikan suami Puan itu sebagai jodoh Puan. Ini kerana Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan menguji seseorang itu jika orang itu tidak mampu menanggungnya.
Bersabarlah, Puan. Teruskan berdoa kepada Allah yang Maha Perkasa (berzikir Ya Jabbar setiap pagi dan petang), mohon diberi kekuatan dalam hati untuk menempuhi dugaan ini. Usah dilawan kembali sifat suami yang tidak elok itu kerana ia akan menjadikan Puan juga bersifat tidak elok, dan ini boleh dijadikan alasan kepada suami untuk menuduh Puan pula yang kuat cemburu, panas baran dll. Sebaliknya biarkan dan berzikir kepada Allah setiap kali berhadapan dengan perangainya itu.
Bergantung kepada suami untuk mendapat kebahagiaan, tidak akan kekal, kerana suami boleh lari / hilang / mati. Sebaliknya bergantunglah kepada Allah untuk mendapat kebahagiaan jiwa, diri dan keluarga kerana Dia sahaja yang kekal selamanya.

Mohon petunjuk daripadaNya secara spesifik; contohnya semasa berdoa, sebutkan begini: “Ya Allah yang Maha Pemberi Petunjuk, tunjukkanlah kepadaku, apakah yang terbaik yang perlu aku lakukan untuk menyelesaikan masalahku dengan suamiku (sebut namanya). Ya Allah yang Maha Sabar, kurniakan kepadaku kesabaran dalam menempuhi dugaan ini. Ya Allah yang Maha Bercahaya, terangilah hatiku dan hati suamiku dengan cahayaMu, supaya rumahtangga yang dibina ini dapat dipertahankan dan bahagia selamanya.” Saya doakan Puan tabah mengharungi dugaan ini, dan semoga kebahagiaan yang terbaik dapat Puan miliki. Amin.

sambung lagi yer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2011 03:20 PM | Show all posts
   sambung lagi TT....
Ramai kepoh chi nak tau ni......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 04:17 PM | Show all posts
best doa tu....boleh praktik kan utk diri sendiri...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2011 04:23 PM | Show all posts
lepas pada tu saya terus ambil wuduq saya solat sunat dan saya zikir mcm yg puan tu ajar dan juga baca yassin, tersedu sedan saya baca, dua kali saya baca, pastu saya doa pada allah, saya mintak petunjuk, andai dia suami saya dunia dan akhirat allah peliharalah iman dan akhlaknya, jika tidak saya redho... lepas abis semua tu saya pun tido, A tido kat sofa luar, tak berani masuk bilik, saya pun tatau nape, bknnya saya nak tikam dia ke apa ke... ooo lupa saya ada tumbuk lengan dia sesungguh hati berkali2 hari pertama kantoi tu...sakit jugak la kut tu yg tak berani...hehehe...tp masa tu memang geram sangat..rasa nak lempang je dia, tapi mcm over sangat...so amek keputusan tumbuk dan tampar lengan dia kuat2 lah.

hati saya rasa tenang sedikit, berkat saya mengadu dengan Allah. dan saya yakin Allah maha mendengar. subuh pun tiba, saya bangun solat dan kejut A utk pergi kerja, memang hari2 saya yang bangun dahulu dari semua org.  A tercengang2 sbb saya kejutkan dia pagi tu, pagi sebelum tu sbb marah saya tak kejut dia, jd dia bangun sendiri, seb bek hp dia set timer.   pastu sebab awal lagi, saya amek peluang chat dengan A, saya bitau dia... saya minta maaf atas segala perbuatan dan kata2 saya pada dia atas kes ni, saya harap dia ampunkan saya dan saya bitau dia juga yg saya nak maafkan segala perbuatan dia yg melukakan saya, selama ini. pastu saya juga beritahu yang tolong beritahu B yang saya minta maaf pada dia sbb selama ni saya pernah maki dia macam2 thru sms, dan saya harap B maafkan saya.

A sebak, dan mintak maaf pada saya sbb dia tipu, tipu lagi. A kata dia sayang saya dan B, (walau hakikatnya dia tahu B itu isteri orang), tp katanya saya tetap nombor satu dalam hati dia.  saya ingatkan A yang B adalah isteri orang, berdosa.  lebih2 lagi B, dia berdosa pada suaminya.  A patutnya rasa bersalah dengan suami B.  seterusnya saya beritahu A, saya tidak kisah mereka berkawan tapi ingatlah satu perkara, kita ini orang Islam, walaumacamana sekalipun, kita kena balik pada Allah.  berkawan biar tahu batas2 pergaulan dan aurat.  berkawanlah seribu sekali pun, kalo itu dah jadi hobinya.

Oh ye, saya tak bekerja dan menguruskan anak2 dirumah, jadi bila anak2 ke sekolah, saya ambil peluang mengaji dan berzikir lagi mengubat hati yang masih luka.  saya akui saya dah maafkan, tapi parutnya tetap ada. bukan senang melupakan segala yang terjadi, berulang2 kali pulak tu dengan sekelip mata... saya perlu masa juga, saya berulang2 kali menyebut nama Allah dan rasul semoga hati saya tenang.

Bila terluang saya kol A tanya sudah bitau B ke yang saya dah maafkan dia.  A kata dia dah bitau B yang saya dah maafkan mereka berdua, dan B kata dia rasa bersalah sangat sbb masih lagi meneruskan perhubungan walopun sudah minta maaf pada saya dulu yg mana dia bitau yang dia tak akan lagi berhubung dengan A selepas kejadian pertama.  saya tegaskan pada A yang serius memaafkan dia cuma ingatlah pesan saya pasal batas dan aurat pergaulan...

tp saya tatau kalau A beritahu jugak yg saya mintak mereka berhati2 dalam menjaga aurat dan batas pergaulan mereka.  Sebab mereka ini calling each other "sayang".  Saya minta izin A untuk kol B, tapi A larang, katanya B belum bersedia... satu hari nanti... B sendiri akan kol saya untuk minta maaf....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 04:38 PM | Show all posts
mulianya hati TT....


dari
kepoh chi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 04:59 PM | Show all posts
senyap2 tanpa pengetahuan A, saya text B dan minta maaf atas segala cacian dan makian yg saya lemparkan.  sempena ramadhan yg akan tiba saya mohon jika dia boleh memaafkan saya agar saya tidak terhutang maaf dengan dia.  saya tulis lagi tentang saya tak kisah dia berkawan dengan A asal dia tahu batas dan aurat dlm pergaulan kita sebagai org islam.  Dia reply dan minta maaf juga atas semua perkara yg berlaku.  dia mohon agar saya menerima dia sebagai teman. saya tanpa ragu2 menerima pelawaannya kerana saya rasa lebih baik kami berkawan dari bermusuh. sejak dari itu, dia rajin text saya dan dari situ saya dapat simpulkan bahawa sebenarnya A adalah punca perhubungan ini...

B sebenarnya adalah isteri yg kesunyian kerana status dia yg bermadu, tetapi di ambil kesempatan oleh A yang konon2nya nak jadi kaunselor, tapi bagi saya A bukan kaunselor yang baik, dia memberi nasihat tidak berlandaskan syariah, A tidak jujur dengan B.  Dia ada niat lain, teman berseronok2 mungkin.  Di depan B, A kononnya seorang yg alim, tidak tinggal solat dan pandai melayan anak2.  Hakikatnya tidak.  A dengan anak sendiri pun jarang nak bermesra apatah lagi saudara mara jiran sekeliling. tetapi dengan B dia cukup pandai melayan yg mana B cakap saya bertuah dpt suami yang caring, loving dan alim.  bagi saya A hipokrit.  A yang saya kenal hanya pandai melayan wanita yg dia berkenan saja. saya berterus terang dengan B yang sebenarnya A tidak begitu yg digambarkan.  Malah saya juga beritahu B yang A ada ramai lagi kenalan sesawangnya yang dah tentulah perempuan sexy mana tah dia jumpa.  B akui kerana dia pernah test A, dgn menyamar dan memang terkejut dengan hakikat yg A memang nakal. pun begitu B masih tetap setia "berkaunselor" kan A.  mungkin matlamat dan hobi mereka sama.

B text saya yg dia kesunyian dan perlu teman dan sbb itu A adalah teman dia bila dia x boleh bersama suami.  Saya text B yang walopun dia bermadu dia berhak utk hidup bahagia spt org lain, cumanya dia perlu lebih berusaha dan berdoa kepada Allah.  Saya cadangkan dia memperbetulkan hubungan dia dengan Allah, kerana hanya Allah mampu menunaikan impian dia.  B cakap dia perlukan bimbingan suami utk mendekati Allah.  Saya kata, tidak semestinya, saya belajar sendiri, bukan dengan bantuan A pun, kerana agama kita mudah, ada dimana2 kalo kita ikhlas nak mendalami.  saya cuba selit sikit2 ilmu agama yg saya ada pada B, dengan harapan dia buat spt yg saya pesan.  dia mcmnya  boleh ikut, cuma tidak bersungguh lagi. saya katakan padanya, slow2 dan sedikit2.  alhamdulillah, kami nampaknya ada keserasian, sbb bagi saya dia org yg boleh berfikir mana baik dan betul, cumanya tidak ada org yg betul2 ikhlas nak menasihati dia.  mungkin sbb dia cantik dan sexy, jadi kucing mana yg tak nak lepaskan ikan kan.

sedikit tentang saya, saya pernah sexy dan modern, tetapi saya melepaskan itu 2 thn yang lalu, saya tidak mahu lagi menjadi saya yg dulu dan saya betul2 ingin ke jalan Allah.  saya sudah mula menutup aurat sepenuhnya, saya kadang kala berjubah penuh bila keluar dengan suami, yg mana saya rasa A x suka kan nya.  tapi itu pilihan saya.  saya tidak akan berganjak dari pendirian saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 10# jazaa1


    perli ekkkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 05:06 PM | Show all posts
Reply 12# sincewhen

mana ada perli....
Ikhlas ni....
Dah habis cite ke TT?.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 05:17 PM | Show all posts
TT seorg yg tabah dan baik!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 05:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by bezita60 at 30-7-2011 18:13

ni namanya...reverse psikologi.
tp kamu bertuah sbb psgn curang A tu cuma jinak2 je. bukan penggoda tegar.
Ya, hanya dengan mengingati Allah..hati kita akan jadi  tenang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 05:55 PM | Show all posts
belum...nak sambung jap lagi..kena karang dulu...

bersabar yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2011 06:06 PM | Show all posts
phewwww............respect kat tt...............salute.........!!!!!!!

u yg minta maaf kepada org yg menyakiti u..............!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 06:06 PM | Show all posts
Reply 15# bezita60


Salam,
B sebenarnya gembira bersama dengan A, sbb A baginya sangat memahami dan pandai mengambil hatinya dan sentiasa mengambil berat compare to suami B sendiri.  Dan B pernah cuba meminta cerai dari suaminya kerana sudah tak sanggup nak hidup dgn  suaminya sekarang yg tidak adil dlm pembahagian kasih sayang.  A memang ada niat nak ambil B sebagai isterinya jika B betul2 bercerai, B dan A memang bercinta kategori sakan.  sakitnya hati saya hanya tuhan saja yang tahu bila saya tanya dimana letak duduk nya saya dan B dihati A.

Oleh kerana A tidak mahu melupakan B kerana itulah saya terpaksa ambil pendekatan ini yg mana saya rasa biarlah saya mengenali siapa sebenarnya B, dan apa yang sebenarnya B paham pasal dan tahu tentang A.  

Saya percaya berkat zikrullah dan doa saya, Allah sentuh hati B dulu agar sedar akan tindakannya bermain cinta dengan A.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 06:07 PM | Show all posts
kalau lah ramai yang boleh berfikir mcm tt.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 06:13 PM | Show all posts
dah habis ke TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.680659 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list