CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Inflasi Singapura naik 5.2 peratus bulan lalu

[Copy link]
Post time 26-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
INFLASI Singapura meningkat 5.2 peratus pada Jun berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, lebih tinggi 4.5 peratus pada Mei lalu berikutan kenaikan kos perumahan dan pengangkutan yang lebih tinggi.\rBerdasarkan pelarasan bermusim bulan ke bulan, indeks harga pengguna (CPI) republik itu naik 0.4 peratus pada bulan lalu, lapor Jabatan Perangkaan Singapura, semalam. Sebelum pelarasan bermusim, CPI Jun susut 0.2 peratus berbanding Mei.\r\n\n\n\n\r  Ukuran inflasi teras oleh bank pusat negara itu, mengkaji peningkatan 2.3 peratus berbanding 2.1 peratus pada Mei tetapi ia tidak berubah berdasarkan bulan ke bulan.\r\r\n\n\n\n\n  Pakar ekonomi Bank of America Merrill Lynch, Chua Hak Bin, berkata pihaknya meningkatkan unjuran inflasi kepada 4.6 peratus daripada 4.2 peratus untuk tahun ini berikutan kenaikan tekanan inflasi.\rBeliau berkata, Lembaga Kewangan Singapura (MAS) sudah menaikkan ramalan inflasi kepada empat hingga lima peratus daripada tiga hingga empat peratus, di samping mengekalkan ramalan inflasi teras pada dua hingga tiga peratus bagi tahun ini.\r“Selain kos perumahan dan pengangkutan, tekanan gaji kekal tinggi yang memberikan isyarat pengangguran sifar manakala harga komoditi global kekal kukuh.\r“MAS berdepan keputusan yang sukar pada Oktober, memberikan senario stagflasi iaitu keadaan tekanan inflasi yang menghalang pertumbuhan.\r\n\n\n\n\r“Tekanan muncul kembali daripada harga penginapan dan pengangkutan persendirian. Kos perumahan meningkat 8.8 peratus dirangsang oleh peningkatan dalam pembaharuan kontrak penyewaan yang disewa lebih tinggi. Ini akan berterusan dalam separuh kedua,” katanya.\rPakar Ekonomi Barclays Capital, Prakriti Sofat, berkata pihaknya percaya keseimbangan risiko condong ke arah inflasi. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.078299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list