CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Saham Bumi Armada melonjak

[Copy link]
Post time 22-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kaunter paling aktif jadi rebutan pelabur pada pembukaan urus niaga\rBUMI Armada Bhd, membuat kemunculan memberangsangkan di Bursa Malaysia  dengan mencatatkan premium awal 62 sen atau peratus apabila kaunternya menjadi rebutan pelabur hingga menyaksikan 19.093 juta sahamnya bertukar tangan pada pembukaan urus niaga.\r\n\n\n\n\rSebaik urus niaga bermula, saham penyedia perkhidmatan sokongan telaga minyak luar pesisir antarabangsa yang dikuasai jutawan T Ananda Krishan itu diniagakan pada RM3.65 berbanding harga tawaran awal permulaannya (IPO), RM3.03 sesaham.\r\r\n\n\n\n\nKaunternya terus diserbu pelabur menyaksikan harganya meningkat RM3.83 seunit 10 minit selepas itu dengan jumlah urus niaga mencecah paras 81 juta unit.\rSaham syarikat berkenaan mencatat harga terendah RM3.65, iaitu harga pembukaannya, sebelum melonjak ke paras tertinggi harian RM4.15 pada sesi dagangan petang, sebelum ditutup pada RM4.14 sesaham, sekali gus mencatatkan premium RM1.11 atau 37 peratus berbanding harga IPOnya.\rSepanjang dagangan semalam,  303.704 juta unit saham syarikat itu bertukar tangan, sekali gus meletakkannya sebagai kaunter paling aktif dan paling menguntungkan.\rPengarah Eksekutif yang juga Ketua Eksekutif Bumi Armada, Hassan Assad Basma, berkata syarikat itu yang ketika ini pembekal kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) kelapan terbesar dunia dengan kehadiran di 22 negara merentas Asia, Afrika dan Amerika Latin, menyasar menjadi antara empat pembekal FPSO utama dunia menjelang 2014.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, industri minyak dan gas dijangka kekurangan kapal FPSO pada masa depan dan yakin persediaan syarikat itu memperkukuhkan segmen perniagaan itu akan membuahkan hasil lumayan.\r“Mengikut penganalisis, industri minyak dan gas memerlukan 150 unit FPSO dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan meletakkan andaian kadar penukaran kepada kapal jenis FPSO pada paras 18 peratus setahun, industri akan masih kekurangan pembekal pada masa depan, sehubungan itu ia membuka banyak peluang perniagaan kepada kami,” katanya pada majlis penyenaraian saham syarikat itu semalam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043019 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list