CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Harga susu getah dijangka menyusut

[Copy link]
Post time 18-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARGA susu getah dijangka susut pada separuh kedua tahun ini apabila musim daun gugur berakhir.\rIni ditambah pula dengan permintaan terhadap produk tayar yang perlahan, sejajar dengan pengeluaran perlahan industri automotif Jepun berikutan gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.\r\n\n\n\n\r  OSK Research, di dalam nota penyelidikannya, berkata permintaan yang perlahan bagi mendapatkan tayar telah mengekang aliran meningkat harga getah dan ia akan turut menjejaskan harga susu getah.\r\r\n\n\n\n\n  Insiden banjir kecil di Thailand, susu getah sukar dihantar, justeru akan meningkatkan stok, yang akan menyebabkan harga susu menjadi lebih murah, kata syarikat penyelidikan itu.\rBagaimana pun, OSK Research berkata, harga bahan utama itu terus berada pada paras tinggi, mungkin disebabkan spekulasi pasaran. \rBagi Supermax Corporation Bhd, harga susu getah adalah 65 peratus daripada kos keseluruhannya. \rHarga purata susu getah adalah RM9.73 sekilogram, menjadi penyebab utama kemerosotan pendapatan separuh pertama 2011 syarikat itu. \r\n\n\n\n\rSelain itu, jumlah jualan yang rendah disebabkan pelanggan menangguhkan tempahan dan mengalihkan pengeluaran getah asli kepada nitril, kata syarikat penyelidikan itu. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.249549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list