CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Filem Aamir Khan dikritik

[Copy link]
Post time 14-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Delhi Belly  dituduh guna perkataan  kesat, hina agama\rMUMBAI: Filem baru arahan superstar Bollywood, Aamir Khan mendapat sambutan hangat namun turut mencetuskan bantahan hingga membabitkan kes mahkamah disebabkan dialog dan kandungannya yang dikatakan pengkritik sebagai terlalu kesat dan menghina.\r\n\n\n\n\r   Cerita komedi gila Delhi Belly itu dibintangi anak saudara lelaki Aamir, Imran Khan, mengisahkan tiga rakan sebilik yang pengotor dan dibebani hutang keliling pinggang serta secara tidak sengaja terbabit dalam jenayah.\r\r\n\n\n\n\n   Isnin lalu, filem itu yang banyak menggunakan perbualan dalam bahasa Inggeris dengan dialog kotor dan jenaka dalam tandas, mengutip 487.5 juta rupee (RM32.92 juta) sejak ditayang 1 Julai lalu, kata laman bollywoodhungama.com.\rNamun, tidak semua pihak gembira kerana India secara keseluruhannya masih sebuah negara konservatif apabila penunjuk perasaan menyerbu sebuah pawagam di bandar barat Kolhapur hingga tayangan filem itu dibatalkan.\rSebuah lagi pawagam diserang di bandar tengah Indore selepas tindakan oleh organisasi sayap kanan Hindu yang menggesa filem itu diharamkan kerana mempunyai terlalu banyak bahasa kesat dan menghina.\rMalah, di ibu kota hiburan lebih liberal India di sini, satu aduan difailkan di mahkamah, menuduh Aamir yang mempunyai peranan kecil menunjukkan ‘perbuatan lucah’, menaikkan kemarahan serta menghina agama. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list