|
Rahsia penemuan arkeologi abad ke-15 masih belum terungkaiCUSCO: Penduduk Peru meraikan seratus tahun ‘penemuan’ Machu Picchu, yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia dan keajaiban arkeologi yang masih belum terungkai rahsianya.\rBandar struktur ukiran batu abad ke-15, Inca yang dibina di pergunungan tinggi Andean di tenggara Peru diperkenalkan kepada dunia pelh pengembara Amerika Syarikat, Hiram Bingham.\r\n\n\n\n\rProfesor Yale University, yang mencetuskan karektor Hollywood, ‘Indiana Jones’ tiba di situ pada 24 Julai 1911 yang mengetuai satu ekspedisi saintifik lengkap. Beliau berkongsi penemuan ‘kota yang hilang Incas’ itu dalam jurnal National Gerographic.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, petani tempatan sudah mengetahui mengenai kewujudannya beberapa tahun sebelumnya malah berkurun sebelumnya di mana ada segelintir yang mengusahakan tanaman mereka di situ.\rKawasan yang berusia 100 tahun itu akan diraikan secara rasmi mulai Khamis, sempena dengan ulang tahun keempat kawasan terbabit dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Dunia dalam undian internet global.\rTarian Andean, konsert, perarakan, upacara mistik dan persidangan akademik dirancang bagi sambutan berkenaan.\r“Bagi rakyat Peru, Machu Picchu adalah sama seperti piramid Mesir,” kata arkeologi, Luis Lumbreras, bekas ketua Institusi Kebudayaan Kebangsaan.\r\n\n\n\n\rPakar sejarah dan arkeologi bagaimanapun tidak bersetuju mengenai fungsi Machu Picchu. Ada yang percaya bahawa tempat terbabit adalah lokasi suci manakala yang lain mengatakan bahawa ia adalah sebuah bandar peranginan bagi maharaja Inca atau juga mungkin kubu.\rMisteri berkenaan ditambah lagi dengan keindahan tempat yang dikelilingi dengan hutan tropika dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1983.\rIa menempatkan kota itu di bawah pengawasan ketat dan jumlah pelawat dicadangkan supaya hanya dihadkan kepada 1,800 orang setiap hari walaupun purata lebih 1,900 orang melawat setiap hari, kata pengarah arkeologi, Fernando Astete.\rMachu Picchu bermaksud, ‘kemuncak tua’ dalam bahasa Quechua, berada 2,400 meter d ari aras laut.\rPelancong perlu menaiki keretapi dari Cusco untuk ke kawasan terpencil atau berjalan kaki selama beberapa hari melalui laluan berbatu yang dibina oleh penduduk Incas. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|