CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1751|Reply: 18

QAZAF AL-J.UBURI [utk diehard fan PAS]

[Copy link]
Post time 5-7-2011 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hujan at 5-7-2011 23:56

28 June 2011QAZAF AL J.UBURI!

(Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin pernah mendesak Anwar supaya letak jawatan dan berundur kerana masalah moral)



Salam 2 all.

Kalau PAS benar-benar ikhlas dan istiqomah dalam prinsip mengenai qazaf, maka PAS wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan. Kerana mereka terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Para pimpinan, penceramah, termasuk ustad-ustad PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai AL-buburI, tanpa bukti, tanpa 4 saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berturban!

Buktinya. Pada 22.10.1997, mursyidul am Pakatan pembangkang, Karpal Singh, mendedahkan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim pengamal homoseks, terlibat dengan kegiatan meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Tidak cukup dengan itu, Karpal mengulangi tuduhan itu semasa berceramah di Hotel Federal, Kuala Lumpur. YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), bekas Ketua Penerangan dan pimpinan kanan DAP pada masa itu mengakui beliau mendengar sendiri ucapan Karpal tersebut.

Karpal juga telah menemui beberapa orang pimpinan PAS. Karpal memberikan taklimat mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan PAS, termasuk para ustad dan agamawan PAS pada masa itu terus menghukum dan mengisytiharkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan Al buburi. Satu dunia menjadi saksi melihat gelagat penceramah dan ustad-ustad PAS pada masa itu, tanpa segan-silu tanpa malu, membelasah Anwar Ibrahim dan menghukumnya sebagai Al buburi. Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat..label Anwar Al buburi bergema disegala pelosok negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbeer dan derma jihad.

Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustad-ustad PAS berkata tentang qazaf. Teman tak dengar langsung ustad-ustad PAS bercakap tentang fitnah. Teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berpatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain. Teman tak dengar langsung pemimpin PAS mendakwa kenyataan Karpal tidak cukup 4 persaksian. Teman tak dengar langsung muktamar PAS membuat resolusi dakwaan Karpal hanya sekadar "besi buruk" yang tidak boleh menjadi bahan pembuktian syariah. Teman tak dengar langsung usul untuk membahaskan dakwaan Karpal itu.

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al buburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!

Sekarang, berdepan dengan videoklip, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay yang ada ditempat kejadian, berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luarnegara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan; para ulama, ustad dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta (sebab mereka tengok videoklip tu pun tak), malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah. Dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai kerabat tangga mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang; demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al buburi beberapa tahun lepas!

Jadi, kalau hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, seorang kafir harbi yang bersedia mati daripada membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam, ulamak, ustad dan kepimpinan PAS boleh menerimanya dan terus menghukum Anwar dengan label Al-buburi tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang bukti, malah tanpa sebarang saksi syarie', mengapa bukti persaksian Datuk Eskay, videoklip, jam Omega, DNA, keterangan pakar dan lain-lain tidak boleh diterima?

Persoalannya sekarang, mengapa dengan bukti saksi mata, videoklip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pulak patwa qazaf, hukum fitnah?!

Kesimpulannya mudah. Ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata; dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama. Begitulah tahap pelacuran politik yang boleh dilakukan manusia bila sudah menjadi politikus kalkatus yang rakus kerana ketaksuban dan ketamakan duniawi. Hingga kalimah ALLAH pun dijual, anak bini menjadi gadaian politik, perjuangan negara Islam pun ditongsampahkan hanya kerana takutkan seorang punjabi yang tak berturban! Mereka berubah makhluk menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Rumusannya, kalau PAS beriya-iya nak hukum qazaf dan fitnah dalam isu videoklip, jadi wajib PAS menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustad mereka yang menuduh Anwar dengan label Al buburi tanpa 4 saksi, tanpa qarinah dan tanpa bukti menurut hukum syara'. Jika tidak, PAS akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqomah; dan lebih bahaya, PAS akan dilihat sebagai pengamal politik double standard, hipokrit, dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian.


Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Rabu

26 Rejab 1432

28 Jun 2011

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2011 06:41 PM | Show all posts
kalo ikut original tajuknya 'QAZAF AL-J.UBURI' tapi CARI dah block agaknya jadik 'buburI'...
layannnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 07:48 PM | Show all posts
kalo ikut original tajuknya 'QAZAF AL-J.UBURI' tapi CARI dah block agaknya jadik 'buburI'...
layann ...
hujan Post at 5-7-2011 18:41


mana boleh..

Pemimpin no.2 dalam Pas,
lebih hebat daripada  Tok Guru Tuan Man dan Tok Guru Nasarudin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2011 12:02 AM | Show all posts
mana boleh..

Pemimpin no.2 dalam Pas,
lebih hebat daripada  Tok Guru Tuan Man dan Tok Guru  ...
rashiman Post at 5-7-2011 19:48



   
aaa hebat sangat, dulu kata negara islam, kini bertukar negara kebajikan...
dulu kata haram pakat dgn kapir harbi, kini berpeluk cium bersama2 di atas pentas...
tak bleh imagine bila PR menang PRU-13, dimana agaknya kedudukan parti 'kuda' PAS ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 08:21 PM | Show all posts
jgn sibuk la bangcak..............ini bukti ni.....

sibuk nak merge apa masala wey???
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 08:57 PM | Show all posts
28 June 2011

(Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin pernah mendesak Anwar supaya letak jaw ...
hujan Post at 5-7-2011 18:37


harap penuduh2 Rais Yatim dikenakan hukum Qazaf yg seberat2nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2011 09:42 PM | Show all posts
tajuk macam taik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 10:05 PM | Show all posts
tajuk macam taik
hana_82 Post at 7-7-2011 21:42


tajuk tu mengulang semula tuduhan (aka gelaran) yg Mat Sabu beri kpd Anwar di dlm ceramah2 beliau (masa tu Anwar masih dlm umno).   so Mat Sabu patut dikenakan hukuman qazaf yg seberat2nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2011 03:15 AM | Show all posts
Lucu ngan penyokong2 anwar nih!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 08:08 AM | Show all posts
Lucu ngan penyokong2 anwar nih!
mujako Post at 8-7-2011 03:15



   harap mat sabu dikenakan hukuman Qazaf yg paling berat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 06:09 PM | Show all posts
Ada hati mau sembang pasal qazaf.



Kes Qazaf - Anwar di Mahkamah Syariah Tolak wakil Jamil Khir Baharom.[size=1em]18 Aug 2011 10:29AM

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta En. Zainul Rijal.


Zainul adalah individu yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengendalikan tuntutan Qazaf yang dikemukakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.



Lagi berita menyusul selepas ini.



http://www.klpos.com/news/2011/08/18/5.html
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 10:36 PM | Show all posts
mod,

thread ini boleh kunci lah.
padri MN buka dgn ayat lucah J.UBURI.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:00 PM | Show all posts
zul kulum ni bila dia keluar dari pkr dialah orgnya yg gemparkan negara kononnya tahu banyak dosa anwar tapi satu habuk pun tarak sampai hari nie.

apa yg terdaya dia buat hanya mengulangi tuduhan kononnya karpal singh org pertama yg tuduh anwar dalam parlimen sambil wee choo keong jadi saksi.woi zul kulum kau ingat parlimen tu kedai kopi ka???ada karpal dan choo keong je ke???kalau nak bercakap soal parlimen bawaklah bukti hansard parlimen tarikh yg didakwa.kalau dakwa mcm tue sesiapa pun boleh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:10 PM | Show all posts
berkenaan kononnya pemimpin pas telah mmberi gelaran aljubburi pada anwar ianya adalah atas dakwaan2 yg didengar pada masa itu.pada waktu itu gossip ini begitu kencang ditiup oleh musuh2 anwar dari dalam umno dan luar umno.maka bagi mendesak anwar maka gelaran itu timbul.bukan bermakna pas tuduh anwar kaki liwat tapi sebagai serangan agar anwar disiasat.

syukurlah.....atas desakan pas dgn gelaran tersebut maka anwar telahpun disiasat polis.dia didakwa tetapi mahkamah mendapati dia TIDAK BERSALAH dan dilepaskan dari tuduhan itu walaupun pada mulanya diperingkat mahkamah yg rendah anwar dikatakan bersalah.

pas yg konsisten dalam isu ini juga spt kebanyakan rakyat malaysia melihat bagaimana tuduhan ini rupa2nya banyak yg tak logik dan cacamarba.dari tivoli yg tak siap hinggalah tarikh yg diubah2 telah bersama2 keputusan mahkamah utk menyatakan anwar mmg tak bersalah dalam tuduhan tersebut.apa lagi dalam prinsip islam dimana tiada pihak yg berautoriti yg dapat mengsahihkan tuduhan itu.

mungkin jika pas tidak mengelar anwar dulu isu ini akan jadi sejarah tapi kerana gelaran aljubburi itulah maka anwar dapat membersihkan fitnah tersebut selepas dihadapkan kemahkamah.

jadi tak timbul pemimpin pas nak kena qazaf................
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:16 PM | Show all posts
bercakap pasal qazaf ini dimana penuduh yg gagal membawa 4 org saksi adil...........mana agaknya suara mahkamah syariah dalam negara yg mengaku islam???

anwar yg berada dipihak kena fitnah telah pun mengemukakan isu ini dimahkamah tetapi amat malang sekali apabila pihak berkuasa agama pula menghalang ianya dari disebut dimahkamah.apa guna ada akta tapi tidak digunakan.aku amat yakin kes ini sengaja ditolak mahkamah utk sebutan kerana ada hantu dari putrajaya yg menghalangnya.

nampaknya bukan saja mahkamah sivil disediakan skrip malah mahkamah syariah juga berjaya dibodoh2kan umno.hanya kerana umno takut kebenaran terbongkar...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2011 11:30 PM | Show all posts
wehhh golok..
ko nak 4 org saksi ke?
ko tak baca ke citer zul nordin kat atas tu?
biar aku highlight kan bawah ni..

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al buburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 11:41 PM | Show all posts
wehhh golok..
ko nak 4 org saksi ke?
ko tak baca ke citer zul nordin kat atas tu?
biar aku highli ...
hujan Post at 19-8-2011 23:30



    kan aku dah jelaskan.ko tak paham ke???kenapa pula pas kena bawak 4 org saksi sedangkan kau sendiri cakap yg menuduh ialah karpal singh????

pas hanya mendesak agar anwar disiasat kerana waktu itu gossip ini begitu hangat.antara kaedah pas utk mendesak ialah dgn membuat gelaran aljubburi itu agar ianya lebih lekat dihati rakyat.bukan pas yg tuduh.

pahamkan?????
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:46 PM | Show all posts
zul kulum ialah antara peguambela anwar dalam kes pertama.apabila saja anwar didapati tidak bersalah dan dilepaskan dari tuduhan ini oleh mahkamah tertinggi negara iaitu mahkamah perseketuan,dia antara individu yg paling gembira kerana anakguamnya lepas dan bebas.

sekarang dia pula adalah musuh politik anwar.jika dia antara peguam yg menyiasat kes pertama dulu dan dia tahu anwar sebenarnya memang liwat azizan patutnya sekarang ini dia dah dedahkan maklumat atau info yg dia tahu.malangnya sampai hari ini tiada satu pun pendedahan dari zul kulum berkaitan isu ini.

paling 'bijak' dia boleh cakap,karpal singh yg tuduh dalam parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2011 12:33 AM | Show all posts
rakyat masih tertunggu2 pendedahan gempar dari zul kulum.adakah zul kulum pernah cuba diliwat anwar dulu dan sebab itulah dia cakap dia ada rahsia besar anwar????

begitu juga zahraian dan ezam.mungkinkah mereka berdua pernah ditepuk punggungnya oleh anwar???

bila pula gabala dan nalla nak bawak cerita yg mereka pernah bawak pelacur siam utk anwar????

rakyat tertunggu2.................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179435 Replies : 4068
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7377 Replies : 82
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22291 Replies : 128
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73353 Replies : 2952
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3804 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.507003 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list