CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2422|Reply: 0

BILA VENUSTRAPHOBIA BERTEMU ANDROPHOBIA , ADAKAH CINTA ?

[Copy link]
Post time 5-7-2011 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 7teen at 5-7-2011 15:59


“What?I need to marry someone? Are you sure, mummy?”



“Yes,my dear.Are you okay with that?”



“Urmmmmm……Urmmmmmmm…..”



Tak pernah tersedik pun barang sedikit di hatiku untuk berkahwin!Perlukah aku mengikuti kata-kata mamaku?Seingatku,mama juga berjaya membesarkan aku dan lima orang kakakku.Berjaya?Ya,dia berjaya membesarkan kami tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.Dan bagiku dia tidak layak untuk digelar seorang ayah.Dasar lelaki!Namun,aku juga tidak mahu melukakan hati mamaku.Walaupun….aku mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaranku ke tahap yang aku inginkan.Mungkinkah?Ahhh…………Mama lebih berhak untuk membuat pilihan.Sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasihku buat mama atas penat lelahnya membesarkan aku.Seorang aku.



“So?”


“Yupp!I’m okay…..”


“Good!Thanks dear!”


“Okay”



Panggilan daripada mama itu sedikit sebanyak menggugat ketenteraman aku.Mandala fikirku menerawang jauh.Perlukah aku jelaskan pada mama tentang hal yang sebenarnya? Tegakah aku?Nonsense!Takkan aku nak beritahu dia yang aku ni ……………………………….?



Ah,untung saja aku masih belum menerima lamaran cinta daripada Omack!Kalau tak,mungkin aku dalam masalah besar.



Sejenak ingatanku menerawang pada memori yang cukup menyakitkan hatiku.Memori yang mengundang rasa khisitku pada lelaki.Namun,kini aku perlu membuang rasa ini sebelum aku bergelar seorang isteri.Rasa khisit yang menghuni rerelung hatiku ini mulai membarah sejak aku tahu aku mempunyai seorang ayah.Di manakah ayah saat ibu memerlukan seorang lelaki?Saat genting.Saat sukar.Saat penuh pancaroba.





Seingat aku,sejak dari kecil aku dan kelima-lima orang kakakku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang bapa.Dan mamalah yang bertindak selaku seorang ayah dan ibu.Bagi kami ,kasih yang ibu berikan sudah cukup menenangkan hati
kami.Dan aku tidak kisah lagi kalau aku memang tidak punyai ayah.Betapa kasihnya seorang ibu buat anak-anaknya.


Pernah suatu ketika semasa aku masih berumur delapan tahun,mama didatangi seorang wanita tua.Terasa begitu asing diriku untuk menyambut tangan yang dihulurkan wanita tua itu.Menurut mama,wanita tua itu nenekku.Katanya,nenek tua itu ibu kepada ayahku.Aku menjadi takut mendengar perkataan itu.Bagiku nama itu berhantu!Cukup berhantu hingga mampu merebahkan aku selama seminggu berturut-turut.Aku lari ke bawah rumah.Aku bersembunyi.Namun,akhirnya mama dan nenek berjaya menjejakku.Mama sengaja meninggalkan aku bersama-sama nenek.



Kami sama-sama duduk mendiamkan diri dibawah rumah itu.Untung saja ada pangkin yang sengaja mama minta adiknya binakan.Kalau tidak….entahlah.Aku diam.Wanita tua itupun diam.Mungkin dia tidak tahu cara yang sesuai untuk memulakan perbualan.Aku terasa sedikit malu.Masakan tidak,wanita tua itu datang membawa sebuah kereta.Besar sekali.Aku juga tidak pernah melihat penduduk kampung ini membawa kereta sebesar itu.Setahu aku,Pak Mat,Penghulu Kampung Teja inipun tidak pernah membawa motokar sebesar itu.Sehari-hari motosikal buruk itulah yang dibawa Pak Mat ke hulu ke hilir.Katanya dia senang dengan motosikal itu.



“Qhartina,seronok tak hidup dikampung?”soal wanita tua itu sambil memegang tanganku.



Segera aku tarik tanganku.Aku tidak mahu tanganku dikotori tangan wanita pendendam itu.Nenek kemudian meletakkan kepalanya di bahuku.Seketika cuma kerana aku pantas mengelak.Nenek tergamam.Mungkin dia terkejut akan reaksiku.Aku begitu dingin pada wanita itu.Meskipun dia adalah nenekku.



“Mesti Qhartina marahkan nenekkan?”soal nenek lagi



Daripada aku pendamkan semua kekesalanku.Lebih baik aku biarkan saja nenek tahu perkara yang sebenarnya.Sekurang-kurang mungkin aku bisa memainkan watak selaku seorang cucu perempuan yang menurut.Aku terpaksa meninggalkan segala kebandelanku dulu buat sementara waktu.



“Nenek,boleh tak kalau kita nak balik ikut nenek?”soalku



Sengaja aku lontarkan soalan itu untuk memancingnya.Untung-untung,pancinganku mengena.Mata nenek tiba-tiba berkaca.Ada untaian jernih pada pipinya.Ah,kau dah masuk perangkap aku,nenek sayang!



“Boleh,apa salahnya!”


“Yayyyy!!!Sayang nenek!!”





Aku melompat kegirangan.Tanpa aku sangka,aku terpeluk nenek.Ah,biarkan!Dan wanita tua yang tolol itu masih lagi menangis.


Aku berlari ke arah mama.Dan mama tersenyum seakan memahami niatku.

Aku segera berlari kebilik tidurku dan mengisi beg pakaianku dengan baju-baju.Tak perlu banyak.Cukup untuk aku gunakan dalam masa tiga hari sahaja.Dan dalam masa tiga hari itulah,aku akan cuba menawan hati nenek tolol itu.Dan kalau tak berjaya,aku akan gunakan kartu kredit nenek untuk membeli baju-baju baru.Yang mahal-mahal.



“Jaga nenek baik-baik,ya sayang?”pesan mamaku


“Baiklah,mama……..”



Dan kereta besar itupun meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah mama.Impian dan dendamku kini akan bermula.Kau tunggulah,ayah!Kau tunggu!



MALAM itu nenek masuk ke bilik tidurku.Aku yang sedang membaca buku tidak boleh mengelak.Aku pun tidak tahu ke mana harusku tujui.Rumah itu terlalu besar.Tersalah pintu saja,akukan menyasar.Matanya yang redup menyapaku.Dia seakan-akan mengharapkan simpati daripadaku.



“Qhartina,maafkan nenek,ya?”pintanya sambil menangis


“ Awat nenek teriak ni?”


“ Nenek rasa bersalah sangat…..”



Bersalah?Ooo,baru sekarang kau nak rasa bersalah?Setahu aku, kaulah yang telah pisahkan mama dengan abah.Mana abah?Mana abah?Tak apa hari ni hari kau.Esok….hari aku!



“Tak apalah nenek….”




“Are you sure?”



“Yes,I mean it ”



“Terima kasih,sayang.Pergilah tidur…”



Aku rasa sangat sakit hati dengan nenekku.Dan aku terpaksa menjadi seorang pelakon drama swasta sementara waktu.Tapi,aku yakin aku akan dapat balas balik segala keterbalikan ini.Kau tunggulah……

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.174522 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list