CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 2

Bantah Hillary sokong Israel

[Copy link]
Post time 2-7-2011 10:28 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR 1 Julai – Misi flotila antarabangsa terus menerima ancaman daripada rejim Tel Aviv dan kali ini, para aktivis pro-Palestin diugut untuk disumbatkan ke dalam penjara yang kononnya dikosongkan untuk menempatkan mereka di dua lokasi di Israel.

Para aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia kini bimbang dengan khabar angin bahawa tentera rejim tersebut akan menyerang kapal mereka pada bila-bila masa seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Greece.

Perkara tersebut diceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sedang menyertai misi tersebut kepada Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid melalui panggilan telefon hari ini.

“Dakwaan kononnya kapal misi bantuan sukarelawan Malaysia yang kini tersadai di Pelabuhan Corfu, Greece bermotifkan ketenteraan hanyalah perspektif yang sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi sekutunya, Israel,” kata Megat Firdouz kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, segala tohmahan tersebut tidak memadamkan semangat para aktivis untuk meneruskan misi murni itu dan semangat mereka kini lebih berkobar-kobar untuk meneruskan misi tersebut.

Beliau turut mengutuk kenyataan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang menyifatkan misi kemanusiaan oleh aktivis pro-Palestin sebagai tindakan provokasi terhadap Israel.

Katanya, tindakan Hillary itu seolah-olah memberi kebenaran kepada rejim Zionis untuk mengenakan tindakan ketenteraan dan mengancam keselamatan sekumpulan 600 aktivis atas alasan ‘mempertahankan diri’.

Sehubungan itu, ujarnya, kira-kira 550 wakil dari Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di sini bagi mengutuk kenyataan Hillary tersebut.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Setiausaha Dua (Bahagian Politik) Kedutaan Amerika Syarikat, Gregory Chapman kira-kira pukul 2.30 petang ini.
“Amerika Syarikat perlu menggesa sekutunya itu (Israel) memberi laluan kepada kapal itu bagi meneruskan misi kemanusiaan kerana ia melibatkan isu keamanan sejagat,” ujarnya.



Mana parti politik lain?

forumer yang cakap berdegar2 kat cari nie x join ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 10:30 AM | Show all posts
khairy jamaludin bukan ke pro yahudi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2011 10:35 AM | Show all posts
khairy jamaludin bukan ke pro yahudi?
sarcofago Post at 2-7-2011 10:30



   tah mana den tau.sama ler dgn org kata si anwar tu pro yahudi. tu pun den x tau betul ker idaknyer
sebab den bukan spy2 mcm porumer yg serba tau dan cakap serba betul kat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.610383 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list