View: 157|Reply: 0
|
'Putera Hujan' enggan tunduk di Mugello
[Copy link]
|
|
Zulfahmi tekad tebus detik kecewa di GP Itali hujung minggu iniENGGAN menjadi mangsa teguran keras buat kali kedua, penunggang tunggal negara dalam MotoGP, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (gambar) bertekad menebus kekecewaan lalu dengan persembahan lebih meyakinkan Grand Prix Itali di Mugello, hujung minggu ini.\n\n\n\n Fahmi, 20, yang diberi jolokan ‘Putera Hujan’ di atas kejaguhannya berlumba dalam keadaan basah, tidak mahu mengulangi aksi mengecewakan di Assen yang menyaksikannya bermula di petak terakhir grid selepas gagal mencatatkan masa kelayakan apabila terbabit dalam pelanggaran.\n\n\n\n\n Sungguh pun Fahmi menunjukkan semangat juangnya apabila bangkit meraih dua mata dalam apa yang dilihat sebagai situasi mustahil di Belanda, melonjak 21 anak tangga dari tangga ke-35 untuk menamatkan perlumbaan di tempat 14, ia pasti sesuatu yang mahu dielakkan Fahmi dalam misi menempatkan diri dalam kedudukan 15 terbaik di Itali. “Selepas beraksi buruk dalam kelayakan, saya diberi teguran keras oleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIC) Datuk Razlan Razali dan saya tidak mahu perkara sama berulang,” katanya menjelang GP Itali.“Selepas sesi kelayakan di Assen minggu lalu, saya terasa begitu kecewa dan berazam memperbaikinya dalam perlumbaan sebenar, Alhamdullillah saya berjaya melakukannya dan meraih dua mata untuk mengembalikan senyuman di wajah Datuk,” kata Fahmi.Di Assen, Fahmi meluru laju di pusingan pertama, melonjak ke tempat ke- 25 dan seterusnya 19 sebelum memecut di tempat ke-14 pada pusingan ke-14, berbaki lapan pusingan sebelum ia ditamatkan akibat keadaan cuaca buruk.\n\n\n\nMemasuki pusingan kelapan di GP Itali, pelumba Air Asia-SIC-Ajo Motorsport itu kini di tangga ke-17 keseluruhan dengan 13 mata selepas menokok dua lagi mata minggu lalu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|