CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Raja masih ada senjata ampuh

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Kemenangan tipis Rabu lalu  bukan menerusi kesebelasan terkuat negara\'\rKEMENANGAN tipis 2-1 ke atas Taiwan dicatat skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu sesungguhnya bukan menerusi kesebelasan terkuat, sebaliknya masih ada senjata ampuh disimpan oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal.\r\n\n\n\n\r  Ketika percaturan ketua jurulatih itu menurunkan skuad berbeza berbanding skuad juara Piala AFF Suzuki dipersoalkan, dia sebenarnya sekadar mahu menguji beberapa muka baru yang diserapkan dalam pasukan kebangsaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Kita perlu menilai pemain dari semasa ke masa dan saya pasti untuk perlawanan seterusnya mereka akan bertambah matang,” kata Rajagobal.\r“Kemenangan ini seharusnya dilihat dari sudut positif dan saya yakin jika pemain mengekalkan tumpuan pada perlawanan kedua nanti, kita akan melangkah ke pusingan seterusnya.”\rMalaysia akan menentang Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama di Stadium Taipei, esok dengan pemenang akan menentang Singapura pada pusingan berikut.\rPada perlawanan di depan lebih 45,000 penyokong tempatan itu, Rajagobal tidak menurunkan penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha kerana kedua-dua pemain Kelantan itu masih belum cergas sepenuhnya.\r\n\n\n\n\rFahmi dan Norshahrul antara tonggak utama kemenangan negara dalam saingan peringkat Asia Tenggara Disember tahun lalu, dan jika keadaan terdesak, khidmat mereka pasti dituntut Rajagobal untuk perlawanan timbal balik di Taiwan esok.\rKetiadaan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada perlawanan esok, Safee Sali yang kemungkinan besar tidak dapat diturunkan kerana kecederaan, bukan masalah besar kerana skuad 23 pemain dibawa Rajagobal kali ini mempunyai jentera serangan terbaik yang mampu mengisi kekosongan itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.123501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list