CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Perang psikologi

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jurulatih Singapura pilih Malaysia menang esokBELUM pun perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan bermula, jurulatih Singapura, Radjoko Avramovic sudah memulakan perang psikologi dengan Datuk K Rajagobal.\n\n\n\n  Pengendali berkenaan berkata dia memilih Harimau Malaya untuk menang di Taipei, esok sebelum menentang pasukannya dalam pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai ini yang akan berakhir dengan kemenangan kepada pasukan negara republik itu.\n\n\n\n\n  “Saya tidak terkejut jika Malaysia dapat menewaskan Taiwan,” kata Avramovic kepada MediaCorp. “Pada perlawanan pertama, Malaysia mengesahkan apa yang saya ketahui tentang mereka daripada saingan Piala AFF Suzuki.“Walaupun Taiwan mengejutkan saya dengan kawalan bola baik dan berpeluang mendahului tuan rumah, saya yakin Malaysia mampu melepasi halangan di Taipei.“Saya sudah melihat apa yang saya jangkakan daripada Malaysia, baik pemain mahu pun corak permainannya. Tapi apabila menentang Malaysia saya yakin Singapura akan menang.”Singapura diberi pelepasan pusingan pertama berdasarkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2010, di mana mereka tersingkir di peringkat kumpulan selepas menduduki tangga ketiga di belakang Arab Saudi dan Uzbekistan.\n\n\n\nMenurut Avramovic yang berada di Bukit Jalil Rabu lalu, corak permainan Malaysia tidak banyak beza berbanding Disember tahun lalu ketika menjuarai Piala AFF Suzuki.“Masalah utama mereka (Malaysia) mungkin kecederaan,” kata jurulatih asal Serbia itu yang dikenali dengan panggilan Raddy oleh peminat bola sepak Singapura.Dia merujuk soal kecederaan itu kepada Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang baru pulih. “Ada di antara pemain mereka tidak cergas sepenuhnya dan mungkin akan mendatangkan masalah, tetapi di bahagian pertahanan, mereka cukup kental. Pemain lain seperti S Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar juga amat berbahaya.“Tetapi saya yakin kami boleh menewaskan mereka, malah kami boleh menewaskan mana-mana pasukan jika bermain dengan baik. Persoalannya, sebaik mana kami membuat persiapan (untuk pertemuan itu).”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.033715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list