CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8601|Reply: 41

Demam balik Nahas

[Copy link]
Post time 1-7-2011 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my





BUKTI...tiga imej didakwa makhluk halus yang dirakam di Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan pada 17 Jun lalu.


KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.
Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.

“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.

“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.

Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.

Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.



“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.

“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.


“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.

Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.

Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.

Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.

“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.

Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.

“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.

Petikan dr HARIAN METRO...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2011 07:16 PM | Show all posts
tokong kt area Kuantan-Jln Gambang.. yg kt atas bukit tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply 2# stryder_cats
aku pon rasa tokong atas bukit tu ler..jalan speedtrap
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:13 PM | Show all posts
waqh ni seram nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 11:49 PM | Show all posts
kot anak orang asli ke duduk kat situ nengok keta eksiden
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 03:15 AM | Show all posts
kalo zum kat muke diorang, masing2 macam bermate 1 je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2011 09:38 AM | Show all posts
menakutkan....lepas nie tak lalu dah malam2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 09:45 AM | Show all posts
tak clear la muka dorang tu
so tak boleh nak kata seram ke tak
tapi dressing awek baju putih tu kira cantik la
tak ada serebeh & comot mcm hantu2 yg selalu org jumpa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2011 10:04 AM | Show all posts
tp sape yg berani dtg dekat2 kt kawasan kemalangan ngeri mcm ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 04:04 PM | Show all posts
emm makhluk halus ada di mana2.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 04:55 PM | Show all posts
{:3_83:}  takowt nyeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 05:09 PM | Show all posts
Nasib baik la msa HB stay Kontan dlu... ulang alik lalu situ mlm2 tk jd apa2!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 07:41 PM | Show all posts
ana cuma nampak yg baju putih aje tapi yg lagi 2 org tue x brp clear namun cara dressing cam org zaman skrg kan
yg penting muka2 diaorg tue xdelah huduh dan buruk
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 11:59 PM | Show all posts
errkkkk
'dorang' ber3 tuh mangsa kemalangan kat area situ kot dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 05:18 AM | Show all posts
mane gambarnye??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 01:43 PM | Show all posts
mane gambarnye??
zairizain Post at 3-7-2011 05:18


Erk! Tk nmpk ke?!  
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:52 PM | Show all posts
kot anak orang asli ke duduk kat situ nengok keta eksiden
sepaileman Post at 1-7-2011 23:49



   Anak orang asli pakai gaun? pelik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:51 PM | Show all posts
aku x pasti, kalau mata kucing, gambar yg diambil, akan nampak bersinar matanya. kalau manusia biasa, kalau ambil gambar di malam hari, bersinar tak mata? yg ni mmg mcm takde cahaya langsung. atau mungkin, saudara yang mengambil gambar tak on flash semasa ambil gambar??
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 03:55 PM | Show all posts
nampak yang baju putih jer
moden gak eh hantu ni pakai skirt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.160353 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list