|
Daripada pengacara program hiburan, kerjaya Dira dalam lakonan semakin memuncak\rSATU masa dulu, wanita ini hanya dikenali sebagai wartawan penyiaran atau pelapor lokasi untuk rancangan Beat TV sebelum muncul di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania, Jom Ronda dan kini rancangan gosip hangat, Melodi.\r\n\n\n\n\rSemakin gah mencipta nama, bukan saja dikenali sebagai pengacara, malah Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 27, semakin sibuk dengan tawaran lakonan yang tidak putus-putus. \r\r\n\n\n\n\nSelepas menjayakan drama arahan Erma Fatima, Tahajjud Cinta yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi, dia sedang giat dengan penggambaran filem Papadom 2, arahan Afdlin Shauki.\rDitemui ketika media drama Tahajjud Cinta baru-baru ini, Dira berkata mungkin itu adalah rezeki anak perempuan tunggalnya yang kelihatan semakin mencurah-curah membuatkan dia tidak putus mengucapkan rasa syukur dengan limpahan rezeki yang diterima.\rMelihat kepada pembawaan wataknya sebagai wanita yang dimadukan di dalam drama terbitan Rumah Karya Citra, Tahajjud Cinta itu begitu mencabar kredibilitinya sebagai pelakon, pada yang sama wanita ini akui berkesempatan menimba pengalaman baru dari sudut yang berbeza.\rMendapat peluang berlakon dalam produksi di bawah arahan Erma Fatimah memang cukup mencabar kerana Tahajjud Cinta bukan sembarangan drama kerana memerlukan mainan emosi yang cukup mendalam. \r\n\n\n\n\r\"Mendapat tawaran membawa watak wanita bermadu di dalam drama arahan Erma Fatimah cukup membuatkan saya berbesar hati kerana watak yang diberikan agak berat buat pelakon seperti saya. Watak isteri itu adalah satu karakter yang mencabar kerana saya banyak mengawal diri saya dari segi pergerakan, intonasi dan permainan emosi, berbeza dengan diri saya yang lasak.\r\"Antara babak yang paling mencabar ialah di mana saya sebagai isteri ditugaskan untuk mengurut dan melakonkan adegan berpelukan bersama Eman Manan yang memainkan watak sebagai suami beristeri empat dalam drama tersebut,” katanya. \rMenurutnya, berlakon di sisi nama besar seperti Erma sendiri selain Eman Manan, Ziela Jalil dan Melissa Saila membuatkan saya agak takut dan merasa kecil, tapi mereka cukup membantu saya dalam menjayakan watak.\r“Melihat kepada skripnya saja sudah cukup menarik minat saya, kerana jalan cerita yang dihasilkan begitu berbeza iaitu memperjuangkan hak wanita serta menegakkan keadilan demi kaum yang sering ditindas. \r“Bukan saja berbesar hati dapat berganding sama dalam drama ini, malah saya pasti drama ini mendapat sambutan yang baik berdasarkan plot yang dipaparkan,\" katanya.\rSelain akan membintangi telefilem Tiga, dan filem Azazil, terbitan Filmscape, antara drama lakonannya yang ialah Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Dua Kali Mencintai Mu, Tower 13, Cinta Tanpa Suara dan Delima.\rTidak hanya bersandarkan bakat kepada dunia penyiaran, anak kelahiran Melaka ini juga mengusahakan sebuah butik yang diberi nama The Red Garage, butik menjual barangan permotoran di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. \rButik yang diusahakan bersama abangnya ini berlandaskan minatnya yang mendalam di dalam dunia permotoran.\rMalah, wanita lasak ini memiliki dua motosikal berkuasa tinggi yang selalu ditungganginya dan tidak pernah serik walaupun pernah ditimpa kemalangan. Dua bulan lalu, Dira baru saja ditimpa kecederaan akibat jatuh ketika menunggang motorsikal miliknya itu.\rBerbicara mengenai perihal peribadinya pula, wanita ini tampak segan dalam menceritakan kisahnya dengan lebih lanjut, namun Dira cukup memberi kerjasama yang baik. \rMemilih tarikh 11 November (11/11/11), ibu kepada anak perempuan, Tengku Anggun Deandra ini akan mendirikan perkahwinan bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Yusof, setelah mengikat pertunangan pada 15 Februari lalu.\rMajlis akad nikah yang akan diadakan di rumah keluarga Dira di Merlimau, Melaka ini dikatakan akan diadakan di dalam suasana yang sederhana, manakala majlis resepsi akan dianjurkan di ibu kota Kuala Lumpur dua hari selepas itu.\rWanita yang akan mendirikan rumah tangga kali kedua ini tidak mahu mengadakan secara besar-besaran, dan hanya mahu meraikannya di dalam majlis yang penuh kesederhanaan.\rDia tidak menafikan ada debaran yang dihadapinya lebih kepada kehidupan selepas berkahwin dan pada masa yang sama bersyukur kerana mendapat penerimaan yang baik dari anak perempuannya serta keluarga dari kedua-dua belah pihak.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|