|
LONDON: Juara Wimbledon enam kali, Roger Federer yakin dia masih pencabar untuk kejuaraan Grand Slam walaupun mengalami kekalahan di suku akhir kali kedua berturut-turut di Kelab All England, kelmarin.\rBekas pemain nombor satu dunia itu tewas secara dramatik 3-6, 6-7 (3/7), 6-4, 6-4, 6-4 kepada pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga kelmarin, memadam harapannya untuk menyamai rekod Pete Sampras memenangi kejuaraan Wimbledon tujuh kali.\r\n\n\n\n\r Begitupun, Federer yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Ogos ini tetap percaya dia boleh menambah koleksi kejuaraan Grand Slam kepada 16, selepas kali terakhir menjuarai Grand Slam di Terbuka Australia 2010.\r\r\n\n\n\n\n “Ya, tentu sekali saya rasa boleh. Saya tidak akan berada di sini jika saya rasa tidak mampu melakukannya,” kata pemain Switzerland itu.\r“Saya rasa saya bermain dengan baik. Saya rasa permainan saya sudah cukup baik tahun ini untuk memenangi kejohanan. Bagaimanapun, hanya ada seorang pemenang untuknya dan yang lain terpaksa pulang dengan tangan kosong.\r“Saya tidak apa-apa. Walaupun mengalami kekalahan memeritkan hari ini, saya tidak berasa kecewa. Saya akan berusaha lebih keras daripada sebelum ini dan diharap dapat kembali dengan lebih mantap untuk Piala Davis minggu depan dan kemudian kejohanan musim panas Amerika sekali lagi.” \rKekalahan kelmarin adalah kali pertama Federer tewas di perlawanan Grand Slam selepas dua kali mendahului lawan dua kosong dalam dua set . - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|