CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

Awas jerat!

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Taiwan mahu pamer corak sebenar perangkap Malaysia\rSILAP besar andai skuad kebangsaan berharap Taiwan bakal mempamerkan corak permainan sama pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia Ahad ini, selepas sekadar menang 2-1 ke atas lawan ranking lebih rendah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada di ranking 144 FIFA seharusnya membawa bekalan lebih besar ke Taiwan berdasarkan permainan kelmarin, tetapi dikejutkan dengan gol tunggal lawan yang berada pada ranking 165 dunia itu selepas barisan pertahanan negara terleka ketika mendahului dua gol.\r\r\n\n\n\n\n   “Kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang, tetapi di sini kami terpaksa bertahan kerana tahu kelebihan Malaysia,” kata jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung. “Jadi selepas ini, kami akan menunjukkan permainan sebenar dan memburu kemenangan di laman sendiri Ahad ini.\r“Satu gol di tempat lawan menjadi sandaran utama kami untuk merampas kemenangan daripada Malaysia.”\rKapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka jaringan pada minit ke-28, diikuti tandukan babak kedua (m-55) Aidil Zafuan Abd Radzak yang meletak Malaysia selesa di depan tetapi kelekaan pertahanan membawa padah apabila pemain tengah Taiwan, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-75.\rPada baki 10 minit, anak buah Chih-Tsung menunjukkan taring sebenar dengan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi benteng negara menangkis setiap cubaan bagi memastikan kemenangan kekal dalam genggaman.\r\n\n\n\n\rBerbekalkan hanya pemain amatur yang kebanyakannya pelajar kolej dan universiti, Taiwan menampilkan cabaran sengit ke atas juara Asia Tenggara itu.\r“Kami tetap mahu menang pusingan ini dan akan memastikan sasaran dicapai apabila Malaysia bertandang ke Taiwan pula,” kata Chih-Tsung.\r“Sepatutnya kami mampu bermain lebih baik tetapi sokongan padu penyokong Malaysia membuatkan pemain saya gugup dan gagal mempamerkan aksi sebenar. Di Taiwan, keadaannya mungkin berbeza, walaupun sejak dulu stadium kami tidak penuh, sekurang-kurangnya penyokong lawan juga tidak ramai.”\rKehadiran lebih 45,000 penyokong Harimau Malaya tidak lagi boleh dijadikan pembakar semangat di Taiwan dan Rajagobal kini perlu memikirkan strategi terbaik bagi memastikan gawang negara tidak dibolosi Ahad ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.141244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list