CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Dengarnya...: Mahligai Tauke goyang?

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Mahligai Tauke goyang?Oleh Normah Becok2011/06/30\n\n\n\n\n\n\n\nDUA hari lepas tergerak hati Cik Normah nak masuk pejabat awal sambil menyiapkan tugasan yang berlambak di pejabat. Tiba-tiba telefon bimbit Cik Normah berdering memecah keheningan sunyi di dalam pejabat.\rKedengaran suara teman baik Cik Normah yang tak berhenti bercakap, ingat dia nak ajak bersarapan, sebaliknya nak bercerita tentang anggota kumpulan Jambu yang hanya dikenali sebagai Tauke. \r\n\n\n\n\rKenapa pula dengan Tauke? Teman Cik Normah ini pun memulakan ceritanya dan mendakwa Tauke ini masih kekal sebagai suami. Cuma ada sedikit pergolakan pada rumah tangganya. Jadi, tak betullah kalau dikatakan dia berstatus duda.\r\r\n\n\n\n\nCik Normah tidak ada nak kata apa-apa. Pagi-pagi baru nak memulakan kerja sudah disajikan dengan cerita pasal pergolakan rumah tangga orang. Tapi tak apalah. Dengar sajalah cerita daripada kawan sepejabat Cik Normah.\rCuma Cik Normah tertanya-tanya juga, bukankah sebelum ini Tauke sendiri ada maklumkan dirinya berstatus duda dan mempunyai enam anak? Kali ini pula mengatakan dirinya masih lagi suami orang. Mana satu yang betulnya.\rKata teman Cik Normah, dakwaan itu dibuat sendiri oleh Tauke selepas program Maharaja Lawak Akhir. Kata Tauke ini, memang rumah tangganya ada krisis tetapi sekarang dalam proses berbaik semula dengan isterinya demi kebaikan anak-anak mereka.\rBaguslah kalau macam itu. Biasalah adat resam berumah tangga, ada pasang surut dan pahit getirnya tetapi kalau bagi yang tak kuat imannya mungkin goyah.\r\n\n\n\n\rBaguslah kalau masalah yang dihadapi itu diselesaikan dengan cara baik, nak pula penyelesaian itu demi kebaikan dan masa depan anak-anak. Cik Normah nak tahu juga kenapa sampai nak berpisah kalau masalah boleh diselesaikan dengan cara baik. Khabar teman Cik Normah lagi timbul orang ketiga dalam hubungan rumah tangga mereka.\rHai! masalah biasa dalam rumah tangga, tetapi kalau dapat diatasi baguslah daripada ia merebak sehingga menjejaskan perhubungan. Nanti akan timbul pula masalah lain kemudian hari. Mudah-mudahan perhubungan suami isteri kekal hingga ke akhir hayat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list