CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 3

KL Gangster 'luar biasa'

[Copy link]
Post time 29-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Catat kutipan kasar RM11.4 juta selepas 14 hari tayangan\rFILEM KL Gangster memecahkan rekod dan mencatatkan sejarah industri filem tempatan kerana sehingga Ahad lalu, membuat pungutan kasar ‘luar biasa’ iaitu RM11.4 juta.\r\n\n\n\n\rIni menunjukkan selepas 18 hari ditayangkan iaitu sejak 9 Jun lalu, purata kutipan kasar filem ialah kira-kira RM630,000 sehari. Angka itu menunjukkan filem tempatan sudah mendapat tempatnya sendiri, tidak kiralah sama ada penonton berulang kali menonton atau dari kalangan penonton baru. \r\r\n\n\n\n\nMalahan penayangan satu filem seminggu tidak perlu menjadi isu diperbesarkan. Kalau cerita bagus, sambutan penonton cukup membanggakan. Malahan kutipan tinggi daripada beberapa filem tempatan sebelum ini juga membuktikan kehadiran filem blockbuster daripada Hollywood tidak menggentarkan produser lagi.\rKebanyakan penonton, walaupun mereka menonton filem luar negara, tetapi pada masa tidak melepaskan peluang melihat filem keluaran tempatan. Apa yang penting ceritanya menarik. \rFilem KL Gangster adalah yang kelima arahan Syamsul Yusof yang menampilkan pelakon, Aaron Aziz, Adi Putra, Ridzuan Hashim, Zizan, Sheera, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Syamsul sendiri, mampu melepasi angka kutipan kasar yang luar biasa meskipun terpaksa bersaing dengan filem hebat Hollywood, X-Men dan Kung Fu Panda.\rNamun, angka terbabit dijangka mampu melonjak ke RM12 juta jika dicampurkan dengan kutipan di pawagam bebas yang kini semakin rancak ditayangkan dan mencecah kira-kira RM300,000.\r\n\n\n\n\rWalaupun kekerapan waktu tayangan sudah dikurangkan kerana kemasukan filem baru serta kekurangan dewan tayangan, KL Gangster masih lagi mendapat sambutan sehingga ke hari ini.\rPenerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan dikecapi anaknya itu satu pencapaian yang tidak diduga selain menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap keupayaan pengarah muda itu.\r“Syukur alhamdulilah apa yang kita capai ini di luar dugaan dan satu kejutan. Saya bangga kerana menjadi filem Melayu pertama yang dapat mencapai jumlah kutipan kasar yang tinggi menyaingi filem Hollywood.\r“Saya rasa akan ada filem Melayu lain yang mencapai kutipan lebih baik daripada ini, tetapi kita tidak tahu bila masanya kerana filem saya dulu pernah capai RM6 juta dan saya jangka akan ada filem lain yang akan melepasi angka itu,” katanya ketika dihubungi HIP.\rMelihat kepada perkembangan positif terbabit dan sambutan masyarakat terhadap filem Melayu kini yang semakin memberangsangkan, Yusof membayangkan akan menghasilkan lebih banyak filem yang dapat diterima semua lapisan masyarakat.\rMeskipun filem hebat Hollywood, Transformers akan menjengah ke panggung, namun masih terdapat permintaan daripada pihak panggung untuk meneruskan tayangan KL Gangster untuk beberapa hari lagi.\r“Kita masih ada beberapa hari lagi tayangan dan Insya-Allah kita mampu capai RM12 juta walaupun waktu dan dewan tayangan sudah dikurangkan. \r“Memang ada ada antara panggung yang sudah tarik balik tayangan kerana banyak filem yang akan masuk, namun kita cukup berpuas hati dengan hasil yang diperoleh sekarang,” jelasnya.\rMelihat kepada peningkatan bagi setiap filem arahan anaknya, KL Drift, Bohsia, Evolusi KL Drift dan Khurafat, Yusof menjangkakan akan ada peningkatan serta sambutan yang serupa terhadap filem keenam Syamsul nanti.\rKL Gangster 2 bermula Oktober\rSAMBUNGAN KL Gangster ini yang masih mengekalkan Syamsul sebagai pengarahnya akan menjalani penggambaran Oktober depan dengan kos penerbitannya sekitar RM3 juta.\rKos yang tinggi kerana membabitkan ramai pelakon terkenal tanah air termasuk Rosyam Nor.\r“Filem ini akan menyingkap kembali kisah Aaron Aziz macam mana dia boleh terjebak dengan kumpulan gangster selain beberapa pelakon hebat lain. Jalan ceritanya lebih mencabar dengan pelbagai aksi dramatik. Penggambaran masih di sekitar KL tetapi akan ada beberapa lokasi di luar KL,” katanya.\rWalaupun filem terbabit akan menjalani penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, namun Syamsul kini sedang sibuk membuat persiapan awal sebelum menjalani penggambaran sepenuhnya nanti.\rMelihat kepada kejayaan itu, Syamsul dikatakan mahu melihat karya keenamnya itu digarap dengan lebih baik lagi berbanding filem kelimanya agar terus mendapat sambutan hangat daripada peminat.\r“Saya nak melihat dia berjaya dalam kariernya dan saya sering menasihatinya supaya jangan cepat berasa selesa dan bangga diri sehingga lupa tanggungjawab dalam berkarya.\r“Saya nak dia kekalkan pencapaian yang dia kecapi kini dan terus hasilkan karya yang lebih bermutu lagi kerana nak naik memang susah tetapi nak jatuh senang,” katanya.\rKeupayaan jejaka berusia 27 tahun ini dilihat kian menyerlah dalam setiap filem arahannya, malah mampu membawa industri perfileman negara ke tahap yang membanggakan dengan karya yang bermutu dan berkualiti.\rINFO\rLima filem tempatan yang mencapai kutipan tertinggi dari Januari 2011 hingga Jun 2011\r1. KL Gangster - 11.40 juta\r2. Kongsi - 8.09 juta\r3. Khurafat -  8.08 juta \r4. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta \r5. Nur Kasih The Movie - 4.92 juta

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 11:13 AM | Show all posts
cayalah SYAMSUL..
salah satu sbb org suka citer ni coz xde adegan cintan cintun yang amat membosankan mcm cter arahan dia sblm nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:38 AM | Show all posts
Papa bangga ngan SOL
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 01:47 PM | Show all posts
sol sol sol papa bangga dgn sol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038098 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list