|
LONDON: Roger Federer melaungkan amaran kepada Novak Djokovic dan Andy Murray mengenai usaha keras perlu dilakukan mereka bagi menghalang dia atau pun Rafael Nadal untuk memperoleh kejuaraan Wimbledon sekali lagi.\rFederer kekal dalam perlawanan bagi pemburuan ketujuh di Wimbledon selepas memasuki pusingan suku akhir dengan kemenangan 6-7 (5/7), 6-3, 6-3, 6-3 ke atas Mikhail Youzhny, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Nadal pula berhempas pulas menewaskan pemain Argentina, Juan Martin del Potro 7-6 (8/6), 3-6, 7-6 (7/4) dengan kaki kiri yang berbalut.\r\r\n\n\n\n\n Federer - juara 16 kali Grand Slam itu bakal bertemu pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga dalam perlawanan suku akhir dan dijangka akan bertemu Djokovic dalam separuh akhir.\r“Kita perlu tunggu dan lihat bagaimana perlawanan ini akan berlaku kerana mungkin perlawanan Djokovic dan Murray dalam final di Australia akan berulang dan mungkin juga saya silap. Akhirnya, saya tidak kisah jika saya salah atau betul. Saya tahu bagaimana permainan saya. Saya juga tahu bagaimana permainan Rafa,” katanya.\rNadal dijangka menentang pemain pilihan ke-10 dari Amerika Syarikat, Mardy Fish dalam suku akhir nanti.\r“Saya perlu melakukan pemeriksaan MRI. Saya tidak dapat meramal masa depan dan apa yang pasti saya amat bimbang,” kata bintang Sepanyol itu. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|