View: 92|Reply: 0
|
ProEvent sasar 63,000 tiket dijual
[Copy link]
|
|
JUALAN tiket perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Liverpool mendahului jualan tiket berbanding Arsenal dan Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.\rPengarah Urusan ProEvents International Sdn Bhd, San Boon Wah berkata jualan tiket sehingga minggu lalu menyaksikan 48,000 tiket Liverpool sudah pun dijual sementara 35,000 bagi perlawanan Arsenal dan hampir 30,000 bagi perlawanan Chelsea berjaya dijual.\r\n\n\n\n\r “Kami mensasarkan 63,000 tiket dapat dijual biarpun kapasiti sebenar stadium boleh melebihi sehingga 83,000 penonton. Namun kami menghadkan penonton bagi faktor keselamatan,” katanya, semasa menyerahkan tiket perlawanan tiga pasukan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, sambutan jualan tiket diterima adalah menggalakkan dengan peminat bola sepak dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Australia dan Russia sudah mendapatkan tiket bagi menyaksikan tiga pasukan handalan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.\rSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn Bhd, Julian Kam berkata, Malaysia menjadi negara pertama yang menjadi gelanggang perlawanan persahabatan buat ketiga-tiga kelab EPL itu dalam tempoh masa 10 hari dengan pasukan masing-masing bakal menurunkan pemain terbaik.\rMalaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai dan peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket VIP terhad RM388 di kedai sukan terpilih seperti Adidas dan kedai Ticketpro.\rPembaca Berita Harian juga boleh menebus tiket eksklusif perlawanan dan sesi latihan ketiga-tiga pasukan itu apabila mengumpul 14 kepala akhbar Berita Harian bagi penebusan pada 7 Julai (Arsenal), 11 Julai (Liverpool) dan 18 Julai (Chelsea).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|