CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6082|Reply: 47

SOSEHSOSEH: Lisa, Shaheizy 'dijual' RM100,000?

[Copy link]
Post time 27-6-2011 04:49 PM | Show all posts |Read mode

KHABAR menarik yang disampaikan satu sumber kepada SS baru-baru ini adalah produser terkenal, Datuk Yusof Haslam dilihat berkunjung ke pejabat produser popular, David Teo.


Apa agaknya yang dilakukan oleh orang kuat Skop Productions dan CEO Metrowealth Pictures itu? Apakah Yusof dan David masih membincangkan isu Pekida? Malah, adakah mereka berdua berbincang untuk menentukan 'kawasan jajahan' mereka? Maklumlah, sebelum ini filem terbitan David mencatat sejarah tertinggi kutipan bermula dengan Jangan Pandang Belakang kemudian Adnan Sempit, Ngangkung dan terbaru, Kongsi.


Bagaimanapun, rekod tertinggi kini sudah dicantas filem Yusof apabila KL Gangster mencatat kutipan hampir RM11 juta. Apakah David tidak dapat menerima hakikat itu hingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Yusof? Lalu risik punya risik, rupa-rupanya rombongan Yusof datang secara baik untuk melamar Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Oh gitu ceritanya? SS dengar, kedua-duanya mahu digandingkan dalam filem terbaru Skop Productions yang akan diarahkan seorang lagi anak Yusof iaitu Syafiq, adik kepada Syamsul.


Setahu SS, Lisa dan Shaheizy yang akan muncul dalam filem Sekali Lagi mulai 30 Jun ini adalah artis di bawah pengurusan MIG Talent. SS juga dengar, mereka berdua adalah bintang paling mahal di MIG, jadi sudah tentu David akan meletakkan harga yang tinggi. Mampukah Yusof membayar harga ditawarkan David itu? Dengarnya kalau hendak ambil Sam, kalau tidak ada RM100,000 jangan haraplah manakala Lisa juga hampir mencecah angka itu. Bagaimanapun, itu hanya khabar angin yang mungkin betul mungkin tidak. Apa yang lebih menarik, dua pelakon ini akan bekerja di bawah Syafiq yang baru berusia 19 tahun! Amboi kalau jadi, itu pengarah filem termuda kiranya.


SS difahamkan, Syafiq masih belajar dan sedang bercuti, jadi peluang itu akan diambilnya untuk berkarya melalui filem sulungnya dengan bantuan ayah dan abangnya. Menariknya, Syafiq bukan bermula dengan dada kosong kerana sebelum ini mula menimba pengalaman mengarahkan drama Skop Productions seperti Gerak Khas untuk lima episod dan ayahnya melihat Syafiq ada kelebihan dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).


Kalau KRU Studios menggandingkan tenaga tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry, nampaknya Skop diterajui anak-anak bujang Yusof. SS tunggu perkembangan menarik ini.



KREDIT: METRO HARI INI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 04:55 PM | Show all posts
kira nye si sam dgn lisa ni kontrak ler dgn MIG eh... cam kat jln ampas lak rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 04:56 PM | Show all posts
mahal gak ye 100k tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 05:18 PM | Show all posts
mana gambar si syafik ni aku nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 05:39 PM | Show all posts
kira nye si sam dgn lisa ni kontrak ler dgn MIG eh... cam kat jln ampas lak rasanya....
carly_lah Post at 27-6-2011 16:55



sam dan lisa makan gaji bulan @ elaun bulanan ke dr MIG???
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 05:49 PM | Show all posts
mana pic Syafiq?adakah sesegak Sol sol sol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 05:54 PM | Show all posts
ooo deme tuh hak milik MIG ghopernya. aku pikir retis/pelakon kat mesia ni bebas nak berlakon dengan sesape jah.


atau pelakon2 MIG je gini?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:00 PM | Show all posts
hebat sangatkah si lisa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 06:05 PM | Show all posts
yg jadi anak zack kool dlm RODA RODA tu la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:20 PM | Show all posts
baju purple tu Syafiq

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:43 PM | Show all posts
xde muka sheikh2 c shafik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:47 PM | Show all posts
Ni kes pelakon tu dia yg punya..sebab tu ada je kes org x puas ati ngan DT..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:56 PM | Show all posts
KRU pun empayar keluarga adik beradik..Yang niey empayar keluarga yang satu lagi kerk??Sapa lagi pasnie??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 07:27 PM | Show all posts
murahnya rega deols.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 07:38 PM | Show all posts
tak best pun lisa blakon...tak menyentuh jiwa akuu


klu sahizi tu aku sukaa


aku lbih suka tizz.... tapi tizz di bayangi watak wanita lindungan kaabah....
stakat ini mcm tak bleh terima kalo dia blakon watak wanita birah ..gangster.. jahat dsb..
aku harap tizz ada pluang utk menaikkan namanya......sebab aku suka lakonanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 07:39 PM | Show all posts
syafiq mcm tak menarik la banding sol sol sol
tapiiii... tataulakan kalo dia dah besar sikit....
kalo blakon watak hero yg best...kompem boleh popular jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 08:01 PM | Show all posts
tak la bes sgt lisa bakon..muka mmg aar cute..tapi tak manusuk kalebu pon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:14 PM | Show all posts
ok ke si syafiq nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:59 PM | Show all posts
x silap ak...citer yang shafik nak buat nie sol yg jadik heronya.. mgkin sam dgan lisa just supporting team kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 09:10 PM | Show all posts
hensem plak shafiq ni single lagik kan iolss nak ngorat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.095306 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list