CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wizardLy_boy

[2011] HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS : Part 2 ( 14 JULY 2011 )

  [Copy link]
Post time 14-7-2011 02:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by mjfh at 14-7-2011 03:01

baru je lepas tengok citer ni...tengok biasa je bukan 3D sebab nak follow betul2 citer ni..takut kalau tengok 3D ganggu pulak konsentrasi

siyes,aku merupakan peminat harry potter FILM boleh katakan HP 7 part 2 ni antara yang terbaik yang pernah dihasilkan...
penantian berlamanya akhirnya Voldermort mati...durasi selama 2 jam penuh dengan debaran tambahan pulak dengan scene penuh kegelapan dalam citer ni yang hampir kesemua scene berlaku di sekolah Hogdwarts

Permulaan citer ni bersambung dengan PArt 1 di mana Voldemort berjaya mendapatkan Elder Wand di makam Dumbledore..Harry dengan kawan2 dia Hermione dengan Ron pulak nak dapatkan saki baki Horcrux yang tak lagi dihapuskan iaitu Hufflepuff's Cup, Rowena Tiara dengan Nagini,ular belaan Voldemort

Banyak scene yang menarik dalam citer ni :

- suka scene masa harry potter kembali ke sekolah Hogwarts dan semua ahli Hogward bersiap sedia untuk bertarung dengan tentera Voldemort...Sangat menarik bila semua buat sihir untuk lindung sekolah daripada sihir tentera Voldemort..ada kaler biru-biru.. lepas tu bila tentera Voldemort serang sekolah tu,sihir yang nak protect sekolah tu makin lama makin rapuh...Suka tengok Longbottom berlagak dengan tentera Voldemort kononnnya sekolah tu dah dilindungi,ada penghadang la...LAst2 bila sihir tu makin rapuh,Longbottom kena kejar

- scene Snape kasi airmata kat Harry suruh tengok kat bilik kebal tu buat aku nak menangis..Sebab baru aku tahu Snape bunuh Dumbledore disebabkan oleh arahan dia sendiri..ingatkan Snape berniat jahat bunuh Dumbledore rupanya tidak..Snape rupanya memang sayang sangat kat Harry disebabkan oleh cintanya kat mak Harry..Tu yang dari kecil lagi,dia selalu melindungi Harry dengan berpakat dengan Dumbledore...Ni terbukti masa PArt 1 Harry ternampak Patronus yang tunjukkan pedang Gryffindor..Sebenarnya Patronus tu daripada Snape sendiri untuk tolong Harry...Sihir Patronus tu jugak boleh kita cakap sebagai protector...Scene ni juga baru aku tahu Harry tu merupakan Horcrux kepada Voldemort jugak disebabkan oleh sihir yang dikenakan oleh Voldemort ke atas mak Harry terpantul lalu kena kat Harry..Jadinya sebahagian daripada diri Voldemort ada dalam diri Harry..Tu yang boleh kita tengok Harry dan Voldemort sama2 boleh baca fikiran..Horcrux yang tercipta secara tak sengaja...

- Baki 3 lagi Horcrux iaitu Hufflepuff's Cup, Rowena Tiara dengan Nagini,ular belaan Voldemort berjaya dimusnahkan dalam PArt 2 ni dimana kita tengok Voldemort semakin lemah dengan kemusnahan Horcrux ni..Tapi aku paling suka scene nak dapatkan Hufflepuff's cup dalam bililk kebal Bellatrix..Bila sentuh barang yang ada dalam bilik tu akan berganda...Banyak giler cup dalam blik tu sampaikan tenggelamkan Harry, Ron dengan Hermione..Agaknya kalau ada sihir Bellatrix yang boleh gandakan barang dalam dunia ni, nak gandakan duit rm100 aku...boleh jadi banyak

- Fred, Lupin, Tonks mati dalam PArt 2,,,Sedih jugak lah tengok kembar Fred dengan Molly menangis kat sisi Fred... Tapi bila Voldemort mati aku suka

- Scene last tu paling tak boleh belah...19 years later Harry kawin dengan Ginny dapat anak nama Albus Severus Potter..Hermione pulak kawin dengan Ron dapat anak pompan sorang laki sorang...Draco pulak dah kawin tapi tak tahu dnegan sapa tapi dapat tengok lah muka penuh dengan jambang..


Kesimpulannya,aku sebagai penggemar Harry Potter (film) bukan novel sebab memang follow film HP dari HP 1 lagi tapi tak baca sangat buku HP memberi 5/5 untuk PArt 2 ni....PEnuh debaran dalam dunia kegelapan,penuh dengan air mata


Selamat menonton....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 03:07 AM | Show all posts
tolong sebarkan benda ini and 'like' it

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation
http://www.facebook.com/pages/10 ... ion/223344854372583

bersama-sama kita suarakan suara hati kita: let's join this page
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 08:01 AM | Show all posts
Kembara terakhir Harry Potter
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/07/14


    * Foto

    * Foto


INFO
Judul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
Pelakon: aniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Alan Rickman, Michael Gambon, Helena Bonham Carter Pengarah: David YatesPenulis (lakon layar): Steve Kloves
Penulis (novel): J.K Rowling
Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama, Fantasi, Misteri
Durasi: 2 jam 10 minit
Tarikh tayangan: Mulai 14 Julai 2011

The Deathly Hallows: Part 2 sajikan hiburan terhebat buat peminat
ANDAINYA dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton.

Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona.

Potter sendiri misalannya, walaupun jika diukur dari segi usia, wataknya digambarkan sebagai seorang remaja, namun kecekalan anak muda itu dalam menghadapi musuh tradisi serta kematangannya berdepan situasi yang cukup mencengkam membuatkan penonton turut berasakan sama evolusi dirinya.

Begitupun, amat sukar dinafikan, di samping kekuatan ceritanya sendiri, elemen paling menarik mengenai filem ini tentu sekali visualnya yang hebat dipaparkan. Babak pertarungan yang dipersembahkan buat peminat siri filem ini sungguh mengagumkan. Saksikan saja babak si pahlawan melarikan diri dari ruang bawah tanah Bank Gringgots bersama seekor naga. Ia sudah semestinya teknik imej janaan komputer (CGI) paling ‘cantik’ yang pernah ditonjolkan.

Begitu juga penonton akan terpukau menyaksikan babak membabitkan Profesor Snape lakonan Alan Rickman ketika dia berdialog dengan Potter. Adegan itu sesuatu yang pasti lama akan dikenang peminat.

Menerusi memori Snape, dia bertemu dengan ibunya, Lil dan juga bapanya. Dalam perbualan itulah, segala rahsia yang selama ini mempunyai kaitannya dengan Potter akhirnya terbongkar. Segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terjawab sudah semuanya. Sesukar manapun hakikat yang terpaksa dihadapi, sakit atau tidak, semuanya terpaksa ditelan Potter dan babak ini mampu menyentuh hati khalayak.

Antara buku dan filem, ada jurang perbezaannya. Apa yang kurang di dalam novel berkenaan, dibaiki si sutradara, David Yates, menerusi filem. Bukan saja memperbaiki, malah dia turut menjadikan filem itu lebih cantik serta mempunyai jiwa yang mampu menyentuh rasa.

Bagaimanapun, selepas menonton edisi yang diwar-warkan sebagai pengembaraan terakhir ini, mungkin Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 bukanlah penamat mutlak. Tidak mustahil jika dikatakan, ia mampu menjadi permulaan kepada satu lagi perjalanan hidup masyarakat ahli sihir yang berupaya menjerat kesetiaan peminat, pada masa akan datang.

Penutup luar jangkaan

PADA bahagian pertama filem garapan Yates ini, ia memaparkan babak tembakan ke langit selepas Lord Voldermort berjaya mencuri tongkat sihir paling kuat di dunia dari makam si pelindung Potter, Profesor Dumbledore.

Dengan kejayaannya itu, Valdermort menjadi ahli sihir paling hebat dan tidak mampu untuk ditewaskan sesiapa.

Kemudian, dalam kisah selanjutnya, kita dapat menyaksikan amukan tiga remaja, Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Hermione (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) dalam usaha mencari Horcruxes yang mampu menghentikan jejak Voldemort, sekali gus menyelamatkan dunia sihir dan juga Hogwarts daripada terus berada di bawah jajahan takluk Raja Kegelapan.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah kesudahan filem ini selepas penantian selama sedekad, dengan lapan judul membabitkan 3,000 pelakon dan kru, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang dicipta oleh J.K Rowling ini.

Selepas menayangkan bahagian pertama penghujung tahun lalu, ramai yang membuat spekulasi mengenai watak Potter. Ada yang mengandaikan dia bakal menemui ajal berdasarkan poster yang disebarkan. Tetapi ada juga yang sangsi dan menganggap kesudahan filem ini pasti berbeza kerana tidak mahu dianggap memberi penamat yang terlalu biasa.

Apapun, usah melulu membuat spekulasi kerana penulis filem ini, Steve Kloves, begitu bijak membuat penutup yang sememangnya tidak disangka-sangka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:06 AM | Show all posts
watched it last nite......
all i can say is.... it's almost perfect! y i say almost, sbb scene kematian Fred i wish would be more focused on.... but never mind... scene melibatkan Snape sgt2 menyentuh hati.... mmg aku nanges giler2 tgk ....... smpai tepaksa control suara sbb tak nak org lain dgr! tsk tsk....

audience tepuk tgn masa Ron ngn Hermione kissed.... hehe....o ya.. masa Neville bunuh Nagini pun weols tepuk tgn bersorak bagai! haha.... n bila filem berakhir, another applause from the audience....... including me! feeling so overwhelmed....

insyaallah akan tgk lagi lepas ni... maybe 3D pulak kot sbb last nite mmg tak nak diganggu oleh goggle 3D tu... kot2 takleh nak menampung airmata kekdahnya......

kesimpulannya.. sbg fan of the movie... mmg sgt2 puas hati!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 44# ladydolph

hehehe...so far semua good review...
ni yg tak sabar nak tengok nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:41 AM | Show all posts
Reply  ladydolph

hehehe...so far semua good review...
ni yg tak sabar nak tengok nih...
mimiekiut Post at 14-7-2011 09:23



tgk... jgn tak tgk...
i'm planning to watch again at least twice.... hehehe.... at least for now........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2011 09:45 AM | Show all posts
super duper excited nak tengok malam ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:54 AM | Show all posts
erk...sabor ajela aku baca komen org2 yg dah tengok. :@
SO JELES!!!
hahaha...

aku malas nk tngok smlm sbb masa nk book tu tengok yg tayang smlm semua kat panggung kecik.
so tpaksa beli yg arini punye.
tak sabar sgt tunggu malam ni!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 09:57 AM | Show all posts
utk yg nak tgk malam ni... pesanan penaja : SILA BAWA BEKALAN TISU YANG MENCUKUPI ........  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:04 AM | Show all posts
baru je lepas tengok citer ni...tengok biasa je bukan 3D sebab nak follow betul2 citer ni..takut kal ...
mjfh Post at 14-7-2011 02:59



scene last anak2 dorang dok lam keretapi tu.... bila enhanced by the presence of a chocolate frog on the window.....buat scene tu jd nostalgic..... sbb pertemuan pertama harry ngn ron dulu pun ada chocolate frog nih...... alaaaa... cute sgt dorang time tu! hehe....   
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:12 AM | Show all posts
utk yg nak tgk malam ni... pesanan penaja : SILA BAWA BEKALAN TISU YANG MENCUKUPI ........
ladydolph Post at 14-7-2011 09:57



    insyaallah bekas popcorn boleh tampung...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:12 AM | Show all posts
x tgk lgk yg part 1............
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:16 AM | Show all posts
x tgk lgk yg part 1............
cikmouse Post at 14-7-2011 10:12



ooo.... kes ni... kena tgk part 1 dulu... baru best sbb filem ni shot sekali cuma dbahagi 2...... filem kedua ni bermula mmg straight sr pengakhiran part 1..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:41 AM | Show all posts
sapa ader cd part 1 tuu.....??>...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 10:41 AM | Show all posts
wahhhh,xsabar nya nak tgkkk...
mesti best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:02 AM | Show all posts
x sbr nk tgk ending cite ni.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 12:09 PM | Show all posts
wah..bagus..bagus!! Semua good review!! Akan pegi tengok next week...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 01:56 PM | Show all posts
sila cuci mata kat cni :

HARRY POTTER NEW YORK PREMIERE
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 02:24 PM | Show all posts
ade scene 18sx taks...antare ron ginger dgn hermaini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 03:01 PM | Show all posts
Dah tengok versi 3D tadi. bagi aku kalo korang nak tengok yang biasa tanpa 3D pun dah ok. sebab tak impress mana pun 3D nyer. nak2 movie ni kebanyakkan scene dalam kegelapan .

Bagi aku yang tak mengikuti movie harry potter ni, dan tak baca novelnyer. aku rasa ok jelah movie ni. above average lah aku rate. ada scene2 yang sedih gak terutamanya yang part flashback tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.098358 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list