CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6532|Reply: 33

Max 24:7 kumpulan hadek hadek

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2011 02:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fahmein at 26-6-2011 02:57

Aesar: MAX 24:7 Bukan Kumpulan Lelaki Songsang

Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2011: Sebelum ini, murai.com.my pernah memaparkan kisah tentang bekas anggota kumpulan Equal Star iaitu Aesar Mustafa yang ingin mencari 10 jejaka jambu untuk dijadikan sebagai anak didiknya.

Kesungguhan Aesar dalam pencarian itu nampaknya bukanlah satu propaganda sebaliknya ianya adalah satu tekad besar kerana mahu mendidik anak-anak muda ini untuk menjadi artis naungannya sekaligus sebagai antara bintang tanahair yang setaraf artis K-Pop.

Bagaimanapun, di sebalik perjuangannya itu, Aesar mendapat tentangan hebat dari segelintir pihak yang begitu fanatik dengan artis-artis K-Pop. Menariknya, biarpun Aesar masih belum mengadakan sebarang pelancaran terhadap anak didiknya itu, kumpulan yang diberi nama MAX24:7 sudah pun mendapat undangan nyanyian di sana-sini.

Jom bersemuka bersama Aesar yang kini sibuk menyertai Mari Menari 2 sebagai koreografer untuk mengetahui pandangan dia terhadap MAX 24:7 yang bukan dianggotai oleh 10 jejaka tetapi 12 anak muda iaitu Aloi, Aar, Tameen, Fifi, Virgo, Mierul, Eykal, Iym, Kim, Hans, Jaq dan O.B.

MURAI: Apa yang membuatkan anda nekad untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang ramai ahlinya?


AESAR: Bagi saya, keputusan saya untuk membina kumpulan ini ialah untuk membuktikan bahawa anak-anak muda tempatan juga berjiwa besar dan ada wawasan yang tinggi. Saya juga mendapat keyakinan ini dengan dissokong oleh komitmen ahli Max 24:7 yang tidak pernah rasa putus asa berusaha. Malahan saya tidak dapat menafikan mereka semakin hari semakin matang. Terus-terang, pada awalnya saya agak risau dengan terbinanya kumpulan yang seramai 12 ahli ini. Pun begitu, saya terus sahaja mencuba dan Alhamdulillah perjalanan ini nampaknya bakal bertemu jalan sukses.

MURAI: Sebelum ini pernah dihebohkan bahawa Aesar mahu mencari 10 orang lelaki berwajah jambu, tetapi kenapa ia berubah menjadi 12 orang?
AESAR: Memang pada mulanya saya hanya berhasrat untuk cukupkan 10 orang sahaja tetapi terjadinya 12 adalah atas dasar untuk memeriahkan lagi koreografi saya dalam tarian dan nyanyian mereka. Sambil itu, 2 ahli yang baru juga adalah pilihan saya yang tepat yang mana mereka sendiri mempunyai minat dan usaha yang gigih untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi ini.

MURAI: Apa keistimewaan mereka sehingga anda memilih mereka?
AESAR: Keistimewaan mereka ialah..
1.Komitmen yang tinggi..
2. Mempunyai gaya dan rupa yang bersih dan berpakej.
3. Boleh menyanyi dan menari dengan baik.
4. Masih ingin belajar..
5. Tidak suka membuang masa
6. Suka berbincang

MURAI: Aesar pernah meletakkan syarat untuk menjadi ahli kumpulan ini mestilah berwajah jambu tetapi hakikatnya tidak semua memilik wajah jambu. Kenapa?
AESAR: Oh...bagi saya persoalan jambu ini bukanlah terlalu serius..Yang penting ada manisnya dalam senyuman dan personaliti diri. Semasa ujibakat ada yang terlalu jambu tapi tidak memenuhi syarat dari segi komitmen, masa praktis dan masa untuk bersama.dan normal lah dalam setiap kelahiran dan ciptaan itu sangat indah jika kita nilai sedalamnya.

MURAI: Kenapa Aesar meletakkan mereka sebagai MAX 24:7?
AESAR: Saya memilih MAX 24:7 sebagai nama kumpulan ini kerana untuk memenuhi impian saya dan menjadikan mereka sebagai kumpulan yang ketika membuat persembahan nanti senantiasa melakukan yang terbaik. Ia juga untuk memberi persembahan mantap. Manakala 24:7 adalah pengertian 24 jam 7 hari.

MURAI: Setakat ini, kumpulan ini belum lagi mengeluarkan sebarang produk, tetapi sudah mendapat undangan yang banyak untuk mengadakan persembahan. Layakkah mereka digelar artis dan bilakah produk mereka akan berada di pasaran?
AESAR: Alhamdulillah, mereka telah banyak membuat persembahan. Bagi saya mereka sudah boleh dilabelkan masuk kedaam industri secara automatik dan mereka adalah artis baru. Apapun, masih banyak yang perlu dimantapkan lagi.

MURAI: D awal kemunculan kumpulan ini, mereka pernah dikecam kerana dikatakan cube meniru artis K-POP sehingga anda telah mengumumkan bahawa mereka adalah M-POP. Boleh ceritakan apa sebenarnya yang terjadi?
AESAR: Okay...Pada mulanya dulu saya tidaklah terlalu fanatik dengan K-Pop ni. Namun, selepas melihat persembahan mereka, saya rasa saya juga yakin untuk membuat persembahan seperti ini. Sebenarnya, setelah peminat-peminat K-Pop melihat kumpulan ini seperti gaya K-Pop, mereka sudah mula mengata. Saya akui kesilapan awal saya di mana saya kurang faham tentang apa itu K-Pop. Dek kerana itulah juga, saya menukarnya menjadi M-pop. (Malaysian Pop).

MURAI: Sebelum muncul MAX 24:7, Cat Farish telah menubuhkan kumpulan POP (Prince Of Pop) yang mana memperjuangkan jenis muzik yang sama. Adakah anda cuba meniru Cat Farish?
AESAR: Tidak sama sekali bagi saya untuk meniru Cat Farish. Gaya muzik dan melodi lagu saya dan dia agak berbeza moodnya tapi setakat similar dengan bunyi synthesizer adalah sebenar satu trend terkini. Saya yakin kumpulan saya ini mempunyai cara tari dan nyanyian cukup berbeza dengan POP.

MURAI: Gara-gara gambar tanpa pakaian kumpulan ini tersebar luas diinternet, ahli kumpulan ini dituduh sebagai lelaki songsang. Komen Aesar tentang dakwaan ini?

Aesar: Wah, lelaki songsang ?Astaga, saya akui kesilapan saya dengan gambar-gambar lama itu Bagi saya, ada banyak lagi gambar-gambar artis lain yang lebih seksi dari itu. Tidak semestinya mengambil gambar berbuka baju itu mebuktikan kesongsangan. Jadi, apa jawapan jika ahli bina badan yang hanya memakai seluar dalam? Tapi tak mengapa, saya tidak cepat melatah, biarlah apa orang kata dan hanya tuhan saja yang tahu.

MURAI: Tidakkah anda takut kumpulan ini cepat berpecah kerana di Malaysia jarang sekali bagi sebuah kumpulan untuk kekal lama?
AESAR: Perpecahan bagi saya adalah lumrah kumpulan-kumpulan di Malaysia ini tapi setakat ini saya berdoa tanpa henti dengan harapan satu hari kelak mereka akan berjaya. Jika berjaya, kalau mereka lari, mereka sendiri yang rugi.Max 24:7 tetap Max 24:7. Jika kekurangan atau berlaku sikit perpecahan, saya akan menggantikan dengan anggota yang baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2011 02:55 AM | Show all posts
kredit to murai.com.my

untuk rembesan lanjut, sila klik http://www.murai.com.my/article/ ... 920&c=1&s=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:03 AM | Show all posts
xjambu p0n
kalo mcm dafi tu bru la jmbu..
ni sume stok muke gayboy je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:06 AM | Show all posts
jom support they olls

buat fan club
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:08 AM | Show all posts
Reply 5# fahmein


   haha..fan club ape lak?aku rase ko lg jambu dr diorg ni..
ikhlas aku ckp ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2011 03:08 AM | Show all posts
xjambu p0n
kalo mcm dafi tu bru la jmbu..
ni sume stok muke gayboy je
Loloq89 Post at 26-6-2011 03:03


kan they oll dah bgtau yg diorng bukan kumpulan songsang

they olls ada 6 ciri istimewa... uolss hadoo??
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:15 AM | Show all posts
bkn da ade ke citer sal diorang ni dlu
btw alloi tu jambu abes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 03:17 AM | Show all posts
Reply 7# fahmein


   aku mmg xde ciri2 tu n aku xjambu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:18 AM | Show all posts
Reply 8# fitree87


   ko puji ke kutuk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:21 AM | Show all posts
fahmein Post at 26-6-2011 03:00



   nih seme stok muker yg mmg nak makan penampau!!~ ko hengat ko dah abis jambu nak posing cute miut macam tuh?? nak makan penerajang leh la buat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:25 AM | Show all posts
Reply 10# Loloq89


    2 2 ..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:26 AM | Show all posts

fahmein Post at 26-6-2011 03:00



   simbol kumpulan neh ..adalah menepati ciri anonymous yg hack web portal gomen ari tuh..glam gak..ader few blogger yg review pasal tuh..lawak nak mampooss..




lawak antarabangsa kesahnyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:26 AM | Show all posts
nih seme stok muker yg mmg nak makan penampau!!~ ko hengat ko dah abis jambu nak posin ...
skymania Post at 26-6-2011 03:21


aiyoo apsal emo sangat

bagi la peluang kat they olls
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:28 AM | Show all posts
aiyoo apsal emo sangat

bagi la peluang kat they olls
fahmein Post at 26-6-2011 03:26



   perlu ker nak kasik peluang?? ko dah tgk lagu derang perf derang?? sucks ok!!` even performance tuk hari anugerah cemerlang sekolah aku lgk mantap dr derang neh seme......stok2 gigolo leh la.. pon tak baper layak kesahnyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2011 03:31 AM | Show all posts
perlu ker nak kasik peluang?? ko dah tgk lagu derang perf derang?? sucks ok!!` even perform ...
skymania Post at 26-6-2011 03:28


sendu

baru nak lantik uolss jadi presiden club
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:31 AM | Show all posts
Reply 15# fahmein


   sblm ko beria nak pomot derang neh..kat bod neh dah lama orng kenal deme yg sendu ..fake takde identiti sendri neh...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=535469&highlight=kpop



p/s: mod leh merge jeh la thread nan hado neh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:58 AM | Show all posts
dah ada kan thread nih dulu??
btw, please leave kpop as korean songs....

bila zaman2 KRU naik dulu diorang takde pun claim nak ikut kpop group macam shinhwa or H.O.T or G.O.D whatsoever....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:05 AM | Show all posts
thread pasal diorg nie da lama wujud kt bod gosip nih.....si JC founder gituh....hakhak...
sila smbg kt bng yg da ada tuu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071559 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list