View: 126|Reply: 0
|
Kogure, Duval takluk Pusingan 3 GT Jepun
[Copy link]
|
|
GABUNGAN pelarasan sempurna dan cuaca baik menghadiahkan kejayaan buat pasukan Weider HSV-010 yang dipacu Takashi Kogure dan Loic Duval bagi menakluk Pusingan 3 perlumbaan GT Jepun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.\rBerlumba dalam kelas perdana GT500, pasukan yang menggunakan jentera Honda itu muncul juara perlumbaan 46 pusingan dengan masa sejam 33 minit 348 saat, meninggalkan S Road MOLA GT-R yang ketinggalan 14.198 saat manakala Keihin HSV 010 ketiga (+32.487s).\r\n\n\n\n\r Selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kelmarin, semuanya tampak sempurna buat Kogure dan Duval yang terus gagal dicabar untuk mengesahkan kejuaraan pertama musim ini.\r\r\n\n\n\n\n “Keadaan litar agak licin pada penghujung perlumbaan dan menyukarkan sedikit pemanduan tetapi kami gembira ia berakhir dengan baik,” kata Kogure. \r“Begitupun, segala-galanya bukan kerana kami saja, saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana menyediakan jentera yang kompetitif pada perlumbaan kali ini.”\rKenyataan itu dikongsi Duval, pemandu Perancis yang mengatakan ia perlumbaan sukar tetapi penggunaan tayar dan pelarasan enjin yang baik membolehkan kemenangan pasukannya.\r“Ini perlumbaan yang baik tetapi cukup mencabar terutama dari segi penggunaan tayar hinggakan kami perlu berhati-hati,” katanya.\r\n\n\n\n\rAksi lebih mendebarkan dipamer dalam saingan kelas GT300 apabila Hatsunemiku Goodsmile BMW yang dipandu pemenang podium tahun lalu, Nobuteru Taniguchi dan Taku Bamba dipaksa bekerja keras sebelum menang.\rMenuju dua pusingan terakhir, jarak di antara dua jentera yang merebut kejuaraan hanya dibezakan sedikit tetapi pemanduan lebih kemas memastikan kemenangan buat Hatsunemiku yang merakam 1:34.106s, mengatasi Jimgainer Dixcel Dunlop 458 (0.776s) dan Pacific Nac Ikamusume Ferrari (+46.432s).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|