|
Dua kekalahan sebelum ini beri kami kekuatan untuk tidak ulangi kesilapan sama: Fahmi\rKEYAKINAN skuad Olimpik kebangsaan kini semakin memuncak merakam kemenangan atau sekurang-kurangnya pulang membawa bekalan satu mata menjelang pertembungan pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lubnan, esok.\r\n\n\n\n\r Biarpun rekod dua perlawanan persahabatan sebelum ini tidak menggambarkan keyakinan itu, ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yakin dia dan rakan sepasukannya mampu melakukan sesuatu di Beirut.\r\r\n\n\n\n\n “Dua kekalahan sebelum ini memberi kami kekuatan untuk tidak mengulangi kesilapan sama,” kata penjaga gol kebangsaan itu. “Lubnan antara pasukan terbaik Asia, tetapi tidak bermakna kita tidak berpeluang membuat kejutan.\r“Saya yakin rakan sepasukan lain kembali bersemangat selepas perlawanan dengan Qatar tempoh hari. Banyak yang kami pelajari menerusi perlawanan berkenaan dan kami bertekad untuk tidak mengulanginya di Beirut.\r“Saya faham ramai yang menganggap kekalahan 4-0 kepada Qatar sebagai gambaran kemampuan sebenar skuad kebangsaan, tetapi saya yakin ia tidak sebegitu kerana tumpuan sebenar kami adalah pada perlawanan menentang Lubnan.”\rPada perlawanan berkenaan, Fahmi tidak diturunkan kerana baru sehari tiba di Qatar bersama Zubir Azmi (Terengganu) selepas final Piala FA. Pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee juga tidak menurunkan beberapa pemain utama bagi memberi pendedahan terakhir kepada pemain lain.\r\n\n\n\n\r“Kami di sini mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi kami pada perlawanan itu nanti,” kata Fahmi yang bersama rakan sepasukannya sudah meletakkan kekecewaan perlawanan sebelum ini sebagai sejarah.\rMalaysia akan bertemu Lubnan di Stadium Camille Chamoun Sports City, jam 5 petang waktu tempatan (10 mlm waktu Malaysia), esok.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|