|
Pemilihan calon MOM dijangka tetap hebat walaupun kurang publisitiANDAI pemilihan pucuk pimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dua tahun lalusudah terasabahangnyawalaupun belum penamaan calon, namun pemilihan penggal 2011/2013 badan induk itu, 18 Jun depan nyata berbeza apabila kehangatannya masih belum dirasai. \rPengerusi Panel Bebas Pemilihan MOM, Norminshah Sabirin, mengakui bahang pemilihan kali ini kurang dirasai dengan publisiti serta laporan media cetak dan elektronik tidak semeriah seperti dua tahun lalu yang menyaksikan dirinya sentiasa menjadi buruan wartawan untuk mendapatkan perkembangan pemilihan. \r\n\n\n\n\r“Begitupun, jangan sangka air yang tenang tiada buaya,” katanya penuh makna, semalam.\r\r\n\n\n\n\nSemalam, adalah tarikh tutup buat ahli gabungan MOM mengemukakan pencalonan masing-masing bagi merebut 12 jawatan utama MOM, namun kehangatan dan bahangnya kurang dirasai, kemungkinan kerana tiada jawatan utama dalam badan induk itu ditandingi kali ini. \rBerbeza dua tahun lalu, kehangatan pemilihan sudah dirasai sebelum tarikh penamaan calon dibuka dengan spekulasi bertiup kencang membabitkan beberapa tokoh yang berhasrat bertanding dalam beberapa jawatan termasuk presiden dan timbalan presiden.\rBiarpun ramai meramalkan saingan sengit, khususnya dua jawatan tertinggi itu apabila bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, masing-masing mahu menentang penyandang jawatan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan Tan Sri Dr M Jegathesan, segalagalanya nampak kurang menjadi sehari sebelum pemilihan.\rPenarikan diri Shahidan - kali kedua berturut-turut - untuk membiarkan Ibrahim berseorangan, sudah cukup menceritakan tugas berat yang menanti bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu yang akhirnya terpaksa berputih mata tanpa sebarang jawatan selepas tewas kepada Dr Jegathesan. \r\n\n\n\n\rBegitupun, Dr Jegathesan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini.\r“Mungkin tokoh yang berhajat bertanding kali ini menukar strategi dengan mendiamkan diri dan berkempen secara senyap-senyap,” kata Norminshah.\rDitanya mengenai senarai nama calon yang layak bertanding, Norminshah berkata pihaknya akan mengumumkan sebelum atau pada Jumaat ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|