|
TOKYO: Bintang Jepun dan Borussia Dortmund, Shinji Kagawa kembali menjadi tumpuan Manchester United selepas kembali daripada rehat empat bulan akibat kecederaan kaki, menurut laporan kelmarin.\rBarisan Sir Alex Ferguson bercadang menghantar sekumpulan pemerhati untuk mengikuti pemain serangan tengah berusia 22 tahun itu di Dortmund musim depan, menurut akhbar harian Nikkan Sports.\r\n\n\n\n\r “Sasarannya untuk menyertai kelab besar mungkin direalisasikan secepatnya tahun ini,” menurut akhbar itu.\r\r\n\n\n\n\n Kagawa, yang menjaringkan lapan gol dalam 17 perlawanan Bundesliga selepas berpindah daripada pasukan Liga-J, Cerezo Osaka pada awal musim lalu, mengalami kecederaan kaki kanan pada Januari, dan terdesak mahu bermain dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris.\r“Jika saya mendapat tawaran formal, saya berminat untuk mendengar apa yang mereka mahu katakan,” kata Kagawa, dipetik berkata kepada rakannya.\r“Liga Perdana adalah antara liga yang saya mahu mencabar diri saya,” kata Kagawa yang pernah mensasarkan Barcelona sebagai destinasi terakhirnya. “Jika ia adalah Man U, saya berminat untuk pergi dan melihat apa yang boleh saya lakukan di sana.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|