|
KELAB penyokong Siber bola sepak ‘Kelate.net’ menyediakan 10 buah bas dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi untuk memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.\rPresidennya, Mohd Khairi Yazid berkata bagi mempromosikan sokongan kelab terhadap pasukan Red Wariors, kelab itu akan memasang skrin gergasi di perkarangan Kompleks Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam malam ini.\r\n\n\n\n\r Katanya jualan tiket secara terbuka juga akan dibuat kepada anggota kelab yang ingin menyaksikan perlawanan akhir itu.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama syarikat Karangkraf, Kelab Perantau Ketereh dan Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Lembah Klang.\r”Inisiatif itu diadakan untuk menunjukkan komitmen kelab terhadap semangat kesukanan terutama membabitkan perlawanan berprestij antara pasukan Pantai Timur itu,” katanya. \rMereka dijangka bergerak secara konvoi dari Kampung Medan, Petaling Jaya sehingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil.- Bernama\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|