View: 137|Reply: 0
|
Jilong janji jadikan AFC lebih telus
[Copy link]
|
|
BEIJING: Pemangku ketua bola sepak Asia, Zhang Jilong berazam membawa pegawai yang terbabit dengan rasuah ke muka pengadilan dan berkata, tuduhan terhadap presiden AFC Mohamed Hammam “mencemar keindahan sukan itu”.Media China berkata, Jilong yang memangku tugas selepas Hammam digantung kerana tuduhan rasuah, berjanji menjadikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) lebih telus untuk mengurangkan tekanan skandal rasuah yang membelenggu sukan itu.\n\n\n\n “Skandal seperti dakwaan rasuah terhadap Hammam dianggap mencemari keindahan sukan itu. Sesiapa yang tidak menunjukkan ketelusan perlu membayar akibatnya,” kata Jilong kepada sebuah lawan web China, Sina.com. \n\n\n\n\n FIFA menggantung Hammam daripada semua tanggungjawab bola sepak di seluruh benua itu ketika menyiasat dakwaan bahawa dia membeli undi menjelang pemilihan presiden, yang menyaksikan presiden Sepp Blatter yang memegang tampuk penguasaan sekian lama, bakal dipilih semula. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|