CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Tiada pemain Negeri Sembilan dipanggil SPRM

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
TIADA pemain Liga Super Negeri Sembilan dipanggil pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan kes mengatur keputusan perlawanan yang menggemparkan skuad Piala Presiden negeri itu musim ini.\rKetua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan sehingga kini tiada pemain diminta hadir ke pejabat SPRM.\r\n\n\n\n\r   “Setakat ini tiada pemain Liga Super yang diminta hadir ke SPRM dan saya berharap tiada pemain skuad ini dikaitkan dengan gejala terbabit. Bagaimanapun, kami akur jika pihak SPRM meminta mana-mana pemain hadir dan kami akan berikan kerjasama penuh,” katanya semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Bekas pengendali kebangsaan dan Kedah itu berkata, dia berharap skuad yang mula dikendalikan pada 22 Mac lalu bebas daripada sebarang gejala tidak sihat kerana ia bukan saja akan menjejaskan reputasi individu, malah seluruh pasukan.\rMenurutnya, pihaknya tidak mahu situasi berkenaan mengganggu tumpuan pemain ketika mereka bergelut mahu mempertahankan reputasi dan kekal dalam saingan liga elit itu musim depan.\r“Negeri Sembilan perlu menamatkan baki tiga perlawanan dengan kemenangan untuk terus kekal dalam Liga Super, justeru saya berharap siasatan kes ini (rasuah) memberikan keputusan yang baik (tidak membabitkan pemain) supaya tumpuan boleh diberikan kepada cabaran sedang dihadapi,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.192937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list