View: 85|Reply: 0
|
Nizad mahu balas kepercayaan Karathu
[Copy link]
|
|
PENYERANG muda Kelantan, Mohd Nizad Ayub mengakui peluang beraksi dalam kesebelasan utama Red Warriors banyak memberikannya pendedahan berguna selain meningkatkan tahap persembahannya menjelang dua pertemuan penting dengan Terengganu.\rAnak sulung daripada tiga beradik yang mula menyarung jersi Kelantan pada 2008 itu turut patuh kepada arahan Ketua Jurulatih, Datuk M Karathu setiap kali diturunkan dan bersemangat membantu pasukan merebut kejuaraan Liga Super musim ini, selain final Piala FA, 11 Jun ini.\r\n\n\n\n\r “Saya teruja setiap kali diberi peluang bermain dan sentiasa berusaha membaiki kelemahan diri untuk memantapkan aksi di dalam padang. Matlamat kini ialah menambah koleksi jaringan dan membantu kejayaan pasukan,” katanya di Kota Bharu, semalam.\r \r\n\n\n\n\n Mohd Nizad yang memulakan karier dengan mewakili skuad Piala Presiden Kelantan pada 2006, bersedia memikul tugas selaku penyerang sekiranya diberi peluang beraksi pada perlawanan liga bertemu Terengganu Isnin depan yang disifatkannya sebagai pra-final Piala FA.\r“Saya yakin Kelantan mampu mengekang Terengganu walaupun kami beraksi di tempat lawan kerana tekanan lebih dirasai tuan rumah di depan penyokong sendiri,” katanya.\rSementara itu, Karathu mengakui perlawanan dengan Terengganu adalah penting kerana ia akan menentukan hala tuju kemaraan Kelantan dalam mengukuhkan kedudukan Liga Super.\rSelepas diberi rehat dua hari, Karathu menyambung latihan dan mempersiapkan anak buahnya bagi menghadapi dua perlawanan penting dengan Terengganu.\r\n\n\n\n\r“Saya ada beberapa hari untuk melihat tahap kecergasan pemain secara keseluruhannya sebelum berkunjung ke Kuala Terengganu. Dua perlawanan ini penting untuk menentukan siapa jaguh mutlak Pantai Timur,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|