|
KAMI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, yang mencadangkan dalam ruangan ini bertarikh 21 Mei lalu supaya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bergerak pantas membantu ke arah merealisasikan penggunaan bahasa Melayu di majlis antarabangsa seperti disarankan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.\rUntuk makluman, ITNM ialah institusi yang bertanggungjawab merangsang usaha pemindahan ilmu pada semua peringkat kebangsaan atau antarabangsa dengan menterjemahkan bahan pelbagai bahasa dalam bentuk buku mahupun dokumen serta menyediakan perkhidmatan kejurubahasaan.\r\n\n\n\n\r Sejak penubuhannya pada 1993, ITNM terbabit menyediakan perkhidmatan kejurubahasaan dalam pelbagai acara di peringkat tempatan dan antarabangsa. Contohnya, ketika majlis pelancaran buku Nyawa Di Hujung Pedang (terjemahan bahasa Korea) yang disempurnakan TPM di Kota Buku Paju, Korea Selatan, pada 27 Julai lalu, semua perjalanan majlis menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu termasuk ucapan pelancaran TPM yang turut diterjemahkan dalam bahasa Korea oleh jurubahasa. \r\r\n\n\n\n\n Selain itu, ITNM juga menawarkan perkhidmatan jurubahasa serentak, jurubahasa berturut, jurubahasa mahkamah dan jurubahasa isyarat bagi pelbagai acara yang membabitkan bahasa Melayu dan bahasa utama dunia.\rJusteru, ITNM amat berbesar hati dengan keprihatinan PLM yang mahu ITNM bergerak lebih progresif dalam menjayakan saranan TPM. ITNM akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak demi memastikan perkhidmatan kejurubahasaan dapat disediakan dalam majlis antarabangsa.\rUNIT PERHUBUNGAN AWAM,\rInstitut Terjemahan\rNegara Malaysia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|