View: 100|Reply: 0
|
Federer, Wozniacki terus mara
[Copy link]
|
|
Finalis 2010 Stosur, Goerges juga mudah lepasi halangan pusingan kedua\rPARIS: Roger Federer mera璳am kemenangan ke-13 ber?turut-turut se?lepas menundukkan pemain wild card Perancis, Maxime Teixeira 6-3, 6-0, 6-2 pada pusingan kedua Terbuka Perancis, semalam.\r\n\n\n\n\rJuara di Roland Garros 2009 itu hanya sekali dipatahkan servisnya pada set pertama tetapi selepas Teixeira mengikat kedudukan 3-3, Federer menguasai permainan dan tidak tercicir walau satu permainan pun hinggalah lawannya merampas satu mata pada set ketiga.\r\r\n\n\n\n\n\"Sukar untuk bermain di gelanggang yang besar jika tidak biasa,\" kata Federer mengenai lawannya yang baru berusia 22 tahun. \"Saya sudah bermain buat tahun ke-12 di sini dan saya cukup berpengalaman.\"\rTeixeira tidak berpeluang langsung ketika berdepan juara Grand Slam 16 kali itu.\r\"Saya memberikan segala-galanya tetapi berdepan Roger yang berpengalaman memberikan satu pengalaman tersendiri kepada saya. Saya tidak akan melupakannya.\"\rFederer akan berdepan pilihan ke-29 Janko Tipsarevic yang menewaskan pemain Sepanyol, Pere Riba 6-1, 6-3, 6-0.\r\n\n\n\n\rDalam acara wanita, pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki turut menempah tempat ke pusingan ketiga apabila menewaskan pemain pusingan kelayakan dari Kanada, Aleksandra Wozniak 6-3, 7-6 (8/6) dalam pertarungan menarik.\rPemain Denmark berusia 20 tahun itu yang layak ke suku akhir di Roland Garros tahun lalu dan masih memburu kejuaraan Grand Slam pertama, akan berdepan sama ada Daniela Hantuchova atau Sara Errani pada pusingan seterusnya.\rTurut mara ke pusingan ketiga adalah finalis tahun lalu, Samantha Stosur yang menewaskan Simona Halep 6-0, 6-2, selepas pilihan kelapan itu merakam 21 pukulan kemenangan dan mematahkan servis lawannya enam kali.\rTurut mencatat kemenangan semalam ialah pilihan ke-17 dari Jerman, Julia Goerges dan Gisela Dulko dari Argentina yang menying璳irkan pilihan ke-32 dari Bulgaria, Tsvetana Pironkova. - Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|