View: 195|Reply: 0
|
Azraai hambur pujian keringat anak didik
[Copy link]
|
|
SELEPAS tertekan dengan persembahan tidak konsisten anak buahnya, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali lega apabila Negeri Sembilan meraih mata penuh dengan membenam Johor FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.\rKata pengendali itu, walaupun tidak dapat menurunkan barisan terbaik berikutan masalah kecederaan beberapa pemain utama, barisan yang ditampilkan kelmarin mampu memikul tugas dengan cemerlang selain bijak memanfaatkan peluang.\r\n\n\n\n\r “Syukur, impian memungut tiga mata di halaman sendiri tercapai dan pujian berhak diberikan kepada setiap pemain yang berusaha keras sejak awal permainan terutama penjaga gol, Mohd Farizal Marlias yang menafikan sepakan penalti Shahrizal Mohd Saad.\r\r\n\n\n\n\n “Kemenangan ini membolehkan kami memperbaiki kedudukan dalam liga dan berharap ia menyuntik semangat kepada pemain untuk terus bermain cemerlang pada perlawanan akan datang,” katanya.\rNegeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi Shahurain Abu Samah pada minit ketujuh dan Shukor Adan (m-38) manakala Johor FC merapatkan jurang menerusi Mohd Riduwan Ma`on (m-51).\rBekas pengendali kebangsaan dan Kedah itu mengakui, strategi menggunakan gandingan Hairuddin Omar dan Shahurain menjadi apabila mereka dapat membolosi benteng lawan tetapi gandingan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Irwan Fadli Idrus di benteng pertahanan masih longgar.\r“Apapun saya berpuas hati dan kami akan memperkemaskan lagi kekuatan menjelang pertemuan dengan Terengganu nanti,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|