CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 16808|Reply: 63

Komen pasal majlis Perbandaran korang...

[Copy link]
pantun-man This user has been deleted
Post time 8-7-2003 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Wah dah ada column baru lah...hehe nie yang nak jadi org pertama post kat sini boleh kan BB...

Just nak tanya komen sikit kat kengkawan ...berkenaan majlis perbandaran atau bandaraya kat tempat korang camne? bagus ke atau banyak kelemahan?

Saya di sini walaupun baru menginap di area jagaan MPSJ..nampaknya banyak
juga pembaharuan yang ada...maksudnya format mereka untuk mendekati penduduk dalam progran khidmat masyarakat amat berkesan...saya bagi contoh..di MPSJ terdapat 24 zon... bermakna setiap zon mewakili beberapa kawasan cth: zon1 = subang jaya. di sini setiap zon mempunyai
commitee sendiri yng dinamakan Jawatan Kuasa Penduduk (JKP). setiap JKP
diberi geran tahunan RM100k setahun untuk kerja2 pembaikan...di sini yg untungnya bagi penduduk..yerlah dengan budget tersebut JKP diberi mandat untuk melantik sendiri kontraktor yg berdaftar dengan MPSJ untuk menjalankan kerja kerja inden (bawah RM20k) so walaupun kelulusan melalui MPSJ juga tapi penduduk ada suara untuk memilih disamping memantau perjalanan projek tersebut...kurang sikit birokrasi....so..nie baru satu contohlah...kalau nak tau banyak lagi..saya boleh explain kalau ada permintaan
hehee...so tempat korang laks camner? citer sikit...
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 8-7-2003 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-8 11:26 AM:
Wah dah ada column baru lah...hehe nie yang nak jadi org pertama post kat sini boleh kan BB...

Just nak tanya komen sikit kat kengkawan ...berkenaan majlis perbandaran atau bandaraya kat tempat  ...


Ye sebarang pertanyaan mengenai PBT boleh dialu-alukan di sini dan saya cuba untuk memanjangkannya mengikut pengalaman saya yang terlibat sedikit dengan urusan seperti JKR, PEJABAT DAERAH, MAJLIS DAERAH & PERBANDARAN

p;s Thank PANTUN MAN sebab saya tak sangka ADMIN setuju dengan cadangan ini
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 8-7-2003 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-8 11:26 AM:
Wah dah ada column baru lah...hehe nie yang nak jadi org pertama post kat sini boleh kan BB...

Just nak tanya komen sikit kat kengkawan ...berkenaan majlis perbandaran atau bandaraya kat tempat  ...


OFFICE saya pun kebetulan berdekatan dengan LOKASI tersebut dan terima kasih atas PEMBAHARUAN yang dilakukan oleh YDP MPSJ DATOK AHMAD FUAD walaupun akan bertukar ke PENANG atau FEDERAL sedikit masa lagi

p:s PANTUN  hang kat mana SS 15 ke boleh aku belanja CENDOL & ROJAK tepi SHELL tu
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 8-7-2003 03:30 PM | Show all posts

Orang ramai diminta sertai jawatankuasa penduduk

Orang ramai diminta sertai jawatankuasa penduduk

KLANG, Ahad 6 Julai -- Orang ramai terutama warga Klang diminta menganggotai jawatankuasa penduduk yang ditubuhkan dalam lima zon bertujuan menangani masalah yang timbul di kawasan masing-masing.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datuk Mohd Sharif Yusof, berkata langkah mewujudkan jawatankuasa itu ialah ekoran daripada rungutan dan aduan yang semakin meningkat daripada penduduk.

"Menerusi jawatankuasa itu, penduduk yang menganggotainya boleh mengadakan mesyuarat dan membincangkan masalah seterusnya mengemukakannya kepada MPK untuk tindakan selanjutnya," katanya di majlis pertemuan MPK bersama penduduk di sini, hari ini.

Hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa Datuk Abdul Rahman Palil, Adun Pelabuhan Klang Datuk Teh Chang Ying, Ahli Majlis, ketua jabatan dan kira-kira 300 wakil penduduk/persatuan.

Jawatankuasa itu, katanya dianggotai oleh ahli majlis, persatuan penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pegawai MPK selaku Pegawai Kawasan.

Beliau berkata, menerusi jawatankuasa itu pelbagai kegiatan ke arah mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan di kalangan penduduk setempat dapat diadakan dan sekiranya ada masalah mudah dan segera dapat diatasi.

Antara tugas jawatankuasa itu ialah memantau keadaan kebersihan di zon masing-masing seperti jalan utama, pasar, gerai makanan, kawasan rekreasi, perhentian pengangkutan awam, tandas awam, tempat pelupusan sampah, tanah lapang, tapak pembinaan, parit dan longkang.

Selain itu katanya, mereka juga bertanggungjawab mengawasi keadaan infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan dan lorong, lampu jalan dan lorong, lampu trafik, tiang dan pendawaian elektrik/telefon, lif bangunan awam, kemudahan telefon dan pencawang elektrik.

Selain daripada itu katanya, jawatankuasa boleh merancang serta mengada kan kegiatan seperti sukan, dialog, gotong royong, hari keluarga dan bagi tujuan itu MPK memberi geran tahunan sebanyak RM5,000 setiap zon.

Katanya, lima zon itu ialah Pelabuhan Klang/Pandamaran mengandungi 18 taman perumahan, Klang/Telok Gadong (27), Kapar (34), Meru (48) dan Taman Seri Andalas/Taman Sentosa (29)

p;s Di fahamkan perlantikan JAWTANKUASA JKP ini adalah terdiri daripada yang bergiat aktif dlm persatuan atau parti politik -
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 9-7-2003 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-8 02:14 PM:
p:s PANTUN  hang kat mana SS 15 ke boleh aku belanja CENDOL & ROJAK tepi SHELL tu


uiks anda kerja kat subang ke? alemak katak heheheeh....saya tinggal di area
subang jaya..lebih tepat di taman baru Putra Heights...tau kat mana tak?
kalau tak setakat jadi tour guide no hal punya bro hehehe...

ehh ada cendol power kat SS 15 ke? kat ner Ooooo kat Shell MC D tu yer
sedap sangat ke? selalu tengok penuh je...tapi blom pernah try lah...
tapi buley kalau nak pekena setakat cendol 8 mangkuk hehehe...
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 9-7-2003 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-8 03:30 PM:
Selain daripada itu katanya, jawatankuasa boleh merancang serta mengada kan kegiatan seperti sukan, dialog, gotong royong, hari keluarga dan bagi tujuan itu MPK memberi geran tahunan sebanyak RM5,000 setiap zon.


uiks lebih pulak geran kat Klang erk...kat MPSJ...RM3k je....hmm jadilah yer tak
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 9-7-2003 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-9 11:26 AM:
uiks anda kerja kat subang ke? alemak katak heheheeh....saya tinggal di area
subang jaya..lebih tepat di taman baru Putra Heights...tau kat mana tak?
kalau tak setakat jadi tour guide no hal puny ...


PUTRA HEIGHTS dlm kawasan MPSJ tu ... kawasan baru .. macamana dengan PASARANA sepreti apa yang PEMAJU  SIME UEP Janjikan ke.. kalau tidak boleh kemukakan di sini
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 9-7-2003 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-9 01:15 PM:
PUTRA HEIGHTS dlm kawasan MPSJ tu ... kawasan baru .. macamana dengan PASARANA sepreti apa yang PEMAJU  SIME UEP Janjikan ke.. kalau tidak boleh kemukakan di sini


So far nampak ok jugalah seperti janji janji SIME UEP cuma..yang tak sedapnya cam tau tau jer bila waranty 18 bulan habis memacam hal pulak
timbul... bocorlah...pecahlah...retak lah..isk isk camner nie? dah komplen sebelum habis tempoh..depa datang tampal..jadi balik..tampal jadi balik..
cam magic pulak..ntah apa depa tampal tak tau laks...yang pasti bocor tetap bocor...

ooh yer kalau ada wakil Sime kat sini just nak tanya...lampu kat taman permainan tu pesal tak dinyalakan?.... takkan tak hand over lagi kot kat MPSJ.

kalau ada wakil MPSJ....kenapa Zon 24 terpaksa di gabungkan di antara 2 kawasan Putra Heights dan Bukit Lanchong? logic 8 saat ke? jika bandar sunway boleh jadi 1 zon...usj 1 - 10 dalam satu zon.... kenapa Putra Heights yang dah ada 10 fasa + Bkt Lanchong...yang dah memang ramai tu tidak dipecah 2? takkan alasan ahli majlis ada 24 jer kot...sekarang ok lagi..kalau later Putra Heights dah jadi sebesar USJ haaa amacam?

hehehe sorry BB lepas geram 8 saat laks....
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 9-7-2003 02:09 PM | Show all posts
Tapi apa yang difahamkan dari yg terdahulu SS 13 hinggalah ke USJ 24 PEMAJU SIME UEP adalah pemaju yg berwibawa dan rumah yang dihasilkan berkualiti dan nampak kukuh daripada DEVELOPER yang lain.

Rasanya boleh dipanjangkan kepada JBT BANGUNAN MPSJ untuk meminta pandangan dan tindakan susulan (e-mail seperti yg saya copykan)

Bab lampu tu rasanya kena semak dgn JBT KEJURUTERAAN dan serah habis atau serah separuh-separuh sahaja sebab banyak terjadi sebegini seperti TMN TASIK SUBANG (dekat HOLIDAY VILLA) masih under pemaju

Bab JKP tu rasanya sebab PUTRA HEIGHTS  kawsan baru dan mungkin terpaksa digabungkan dgn BUKIT LANCHONG

Saya menyarankan agar sauadara menubuhkan satu PERSATUAN PENDUDUK bagi mengatasi permasalahan di kawasan ini. Bukan tidak percaya pada JKP tapi ianya lebih telus dan tidak terikat
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 10-7-2003 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-9 02:09 PM:
Saya menyarankan agar sauadara menubuhkan satu PERSATUAN PENDUDUK bagi mengatasi permasalahan di kawasan ini. Bukan tidak percaya pada JKP tapi ianya lebih telus dan tidak terikat


Satu penjelasan yang bernas dari saudara BB...mengenai saranan untuk mengadakan persatuan penduduk kami telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa penaja sejak setahun yg lalu (masa mula2 berpindah) dan beberapa aktiviti telah berjaya di jalankan untuk penduduk setempat contohnya gotong royong,neighbourhood watch, dialog bersama polis, sukaneka, sambutan hari raya dan tahun baru serta majlis bbq untuk mengeratkan silatulrahim antara penduduk. semuanya berjalan lancar walaupun kami tiada dana...tapi sumbangan penduduk setempat membuatkan majlis utuk berjaya dijalankan walaupun secara sederhana tapi meriah. Namun begitu kami difahamkan bahawa pihak MPSJ hanya akan melayan jawatan kuasa yang diiktiraf oleh mereka contohnya JKP ini di mana adalah brainchild mereka sendiri...kami tiada halangan malah pada mulanya kami amat bersetuju sekiranya segala birokrasi dapat di cantas dan hasil kerja lebih cepat dan memuaskan...cuma masalahnya pergabungan di antara Putra Heights dan Bukit Lanchong telah menimbulkan beberapa ketidak puasan hati serta salah faham antara ajk di dalam JKP itu sendiri. Dua kawasan berbeza yang mempunyai permintaan yang berbeza juga dari segi demografi dan sara hidup penduduk kedua dua kawasan...tu yang masalah tu...walaubagaimana kami
akan sentiasa cuba berkompromi...tapi kenkadang terpikir juga minyak dengan air payah nak bercampur....
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 10-7-2003 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-10 09:52 AM:
Satu penjelasan yang bernas dari saudara BB...mengenai saranan untuk mengadakan persatuan penduduk kami telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa penaja sejak setahun yg lalu (masa mula2 berpindah) d ...



Saya berharap saudara dapat menunggu sedikit masa lagi pada mesyuarat JKP pada masa datang dan diharap dapat menimbulkan permasalahan ini.

Berkenaan JKP saya rasa ianya adalah salah satu ALTERNETIF,sumbangan tetap boleh diterima bukan sahaja melalui MPSJ tapi melalui WAKIL RAKYAT serta PARLIMEN tetapi dengan syarat PERSATUAN PENDUDUK hendaklah berdaftar dengan PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN.

Diharap persatuan tersebut dapat terus bergiat aktif melebihi PARTI POLITIK di sana kerana kita akan membuktikan bahawa kita mampu BERDIKARI sesama kita tanpa mengenal BANGSA, AGAMA dan NEGARA
Reply

Use magic Report

gigi kuning This user has been deleted
Post time 10-7-2003 10:54 AM | Show all posts

RASUAH DI MPK

DARI KERANI CABUK PENCACAI SAMPAILAH KE YDP MAJORITINYA MAKAN RASUAH. TAK CAYA TANYALAH KAT KONTRAKTOR2 YG BERURUSAN NGAN MPK.LAGAK STAFF MPK SEMUA MACAM BABI...........BERLAGAK NAK MAMPOS. KENA PULAK KERANI CACAI YG JAGA TENDER...........LAGAK MENGALAHKAN YDP. BILA LA BPR NAK SIASAT MPK NI.
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 10-7-2003 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by gigi kuning at 2003-7-10 10:54 AM:
DARI KERANI CABUK PENCACAI SAMPAILAH KE YDP MAJORITINYA MAKAN RASUAH. TAK CAYA TANYALAH KAT KONTRAKTOR2 YG BERURUSAN NGAN MPK.LAGAK STAFF MPK SEMUA MACAM BABI...........BERLAGAK NAK MAMPOS. KENA PU ...


Tidak dinafikan kebanyakkan JBT KERAJAAN banyak mengamalkan pemberian kerja secara tertutup (pesanan terus di bawah RM 50,000.00). Bagi kerja-kerja yang melibatkan SEBUTHARGA ianya merangkumi dari RM 50,000.00 hingga ke RM 100,000.00 dan bagi kerja-kerja TENDER ianya dari RM 100,000.00 dan terdapat juga pemberian kerja melalui RUNDINGAN TERUS

Bagi masalah PBT saudara boleh terus membuat pengaduan kpd pihak BPR jika terdapat ada unsur penyelewengan tersebut
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 10-7-2003 06:30 PM | Show all posts
BB ngan pantun-man 8 saat tinggal area MPSJ yea? waaa .. kita pun. hehehehe

ahmad fuad nak gi penang. memang dah confirm. sukalah member sebab balik kampung. jadi CEO penang development corporation. tapi akan ada di mpsj sampai ujung bulan ...
walaupun dia ni mulut laser dan banyak membebel . tapi idea dia banyak yang ok kecuali yang paling paja tak berkenan .. millennium square yang ada patung burung besor tu. deserted ... rugi jer buat.
3K memang good idea ...

sapa ler agaknya YDP baru?? harap2 cekap dan tak toya. mesti strict dan tahan gedebush! ehehehhee

Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 11-7-2003 09:13 AM | Show all posts
Ya kami tinggal di bawah kawasan PENTADBIRAN MPSJ dan tidak MISS menjelaskan CUKAI TAKSIRAN bagi membangunkan kws MPSJ

Memang BURUNG BESAR di DATARAN MILLENIUM SUBANG JAYA menunjukkan satu PEMBAZIRAN dan PERANCANGAN yang tidak baik. Adakah patut ianya dibina berhampiran dengan BULATAN PERSIMPANGAN. Dengan cerita yg terbaru kawasan terebut akan diserahkan kepada PIHAK SWASTA untuk dimajukan setelah menjadi GAJAH PUTIH bertahun-tahun
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 11-7-2003 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by Paja at 2003-7-10 06:30 PM:
BB ngan pantun-man 8 saat tinggal area MPSJ yea? waaa .. kita pun. hehehehe

ahmad fuad nak gi penang. memang dah confirm. sukalah member sebab balik kampung. jadi CEO penang development corporat ...


wah paja hang tinggal area mana pulak? jomlah malam2 kita gi gazebo ke hehe...
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 11-7-2003 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by pantun-man at 2003-7-11 10:55 AM:
wah paja hang tinggal area mana pulak? jomlah malam2 kita gi gazebo ke hehe...


Alah GAZEBO tu RAVI CANAI punyak jugak .. dia dah kaya sangat PANTUN MAN sampai ke PYRAMID SHOPPING dia ada BRANCH .. kita kasi kayalah pulak MAMAK ROJAK & CENDOL dekat SS 15 tu pulak
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 11-7-2003 11:51 AM | Show all posts

betui! betui!

Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-11 11:42 AM:
Alah GAZEBO tu RAVI CANAI punyak jugak .. dia dah kaya sangat PANTUN MAN sampai ke PYRAMID SHOPPING dia ada BRANCH .. kita kasi kayalah pulak MAMAK ROJAK & CENDOL dekat SS 15 tu pulak


ravi dah kayo ... food dia pun mahal. teh tarik jer dah berapa ringgit. tak yah ler. betui kata BB .. gi kedai mamak lain lagi baguih.
mamak rohak & cendok kat SS15 tu memang kaw-kaw. yang jual cendol kat tangga bustop subang parade pun sedap jugak.

btw, gazebo ravi tu .. sewa satu gerai dalam tu sikitler punya mahal.
dia besfren fuad tu. :re:

tapi kannnn ... kita pompuan .. segan ler plak nak gi jumpa the two great moderators nih. hehhehehe

pantun-man ... saya di goodyear court.
Reply

Use magic Report

BISA-BERBISA This user has been deleted
Post time 11-7-2003 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by Paja at 2003-7-11 11:51 AM:
ravi dah kayo ... food dia pun mahal. teh tarik jer dah berapa ringgit. tak yah ler. betui kata BB .. gi kedai mamak lain lagi baguih.
mamak rohak & cendok kat SS15 tu memang kaw-kaw. yang jual c ...


Lah hang POMPUAN rupanya .. nie lagi BEST kan kan kan PANTUN MAN

Tapi takpe yg penting KEJUJURAN kita
Reply

Use magic Report

pantun-man This user has been deleted
 Author| Post time 11-7-2003 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by BISA-BERBISA at 2003-7-11 12:09 PM:
Lah hang POMPUAN rupanya .. nie lagi BEST kan kan kan PANTUN MAN

Tapi takpe yg penting KEJUJURAN kita


hahahaha kalau camtukan BB aku kensel nak jumpa hang aku nak date dgn paja dulu amacam? hahahaah sorry gegurau 8 saat je kengkawan

paja - kalau camtu tak manis jumpa malam yer tak...mungkin kita boleh jumpa siang pulak ke kan BB...alamak jawatan moderator nie takder bezanya
paja...apa nak takut jumpa kami hehehe...saya taklah hensem nak takut apa
ahaks..lainlah BB perghh seantaro malaya kenal dia..tapi saya comel tetap ada heheeh...sebenarnya saya sebut gazebo tu bukan apa saya pons baru pindah ke subang masih belom arif lokasi makanan kat sini...kalau korang
ada tempat2 yang happening tapi murah rekomenlah ye...

p/s: paja kat goodyear court berapa? 8 ke? hehehe 8 lagiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 03:21 PM GMT+8 , Processed in 4.778872 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list