CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paparock

7 lapis langit...

[Copy link]
 Author| Post time 8-7-2003 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by Marr at 8-7-2003 09:58 AM:
a'kum papa & semua...

ya..ya.. hati pun dah terasa nak buat gitu.  

bukan apa pa, cuma nak memanafaatkan ilmu yang ada selagi nyawa Allah ini dikandung oleh badan.  pun, jika tidak.. saya gun ...


Aku pun bukan pandai pasal fizik ni marr... Cuma kadang-kadang minat tu ada untuk baca bahan2 tertentu, tapi yang sekadar bersifat ringan, kurang jargon dan dari bahan-bahan mudah seperti suratkhabar dan majalah...

Cemana pun aku lebih suka kalau sesuatu perkara aku boleh terima secara mutlak... Diterima konsepnya dengan logik akal dan terbukti pulak dengan fakta-faktanya sekali. Kalau setakat cakap-cakap ni aku kot mana pun aku cuba, keyakinan itu tak akan ada. Jadi ko jangan la kata aku bukan-bukan kalau aku suka buat counter argument...

Jangan bimbang. Aku tanya banyak bukan sebab aku pandai, tapi sebenarnya sebab aku tak tau... Kalau apa yang aku tanya tu dapat jawapan yang memuaskan hati mengikut standard keyakinan aku, aku akan terima dengan hati terbuka.. Pada aku hitam dan putih tu biasanya nyata sekali...

Jadi, aku nak tanya ko marr pasal malaikat pi sana sini kutip tanah untuk Allah bina Adam... Siapakah yang menceritakan hal tersebut? Macamana dia tau..?

Sekali lagi, aku tanya ni sebab dalam Quran tak ada citer part malaikat gi kutip tanah ni... Jadi jangan salah paham yer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2003 12:36 PM | Show all posts
Jadi, aku nak tanya ko marr pasal malaikat pi sana sini kutip tanah untuk Allah bina Adam... Siapakah yang menceritakan hal tersebut? Macamana dia tau..?

Sekali lagi, aku tanya ni sebab dalam Quran tak ada citer part malaikat gi kutip tanah ni... Jadi jangan salah paham yer....


A'kum papa dear...

hehehehee...  Al-Quran itu adalah sebesar-besar petunjuk buat umat Nabi Muhammad.  memang tak diceritakan kisah malaikat kutip tanah tu dalam Al-Quran.  

kita ambil contoh...  dalam Al-Quran Allah Taala suruh kita solat, tapi tak pula diceritakan perihal solat secara terperinci di dalamnya.  Solat diajar oleh Nabi Muhammad akan bacaan serta caranya.  begitu jugalah, kisah malaikat kutip tanah tu...  hanya segelintir bijak pandai yang mampu menceritakan dan dibukukan tentang perkara diberitahu oleh Nabi akan kejadian manusia.  itu pun, hanya dengan izin Allah.

dan melalui bijak pandai ni ler, lahir buku2 untuk dibaca bertujuan memakrifatkan Allah dan mengEsakanNya....  Wallahu'alam.

pa, untuk berilmu kene membaca dan berguru. so, citer kutip2 tu saya ada terbaca tapi dah lupe judul buku & penulisnya... maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2003 12:59 PM | Show all posts

salam,

laa tak pe lah
Sdr, tolong quote buku tu..yg ni  baik...
tulih saje apa yg  Sdr tau..tak pe aih...bukan kita nak buat ape-ape sekadar ingin tahu..
laa
tapi kalau yak nak saya  tak paksa..
wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2003 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by Marr at 2003-7-9 12:36 PM:
Jadi, aku nak tanya ko marr pasal malaikat pi sana sini kutip tanah untuk Allah bina Adam... Siapakah yang menceritakan hal tersebut? Macamana dia tau..?

Sekali lagi, aku tanya ni sebab dala ...


Bukan apa marr, dalam pengajaran ilmu dalam Islam ni pun sebenarnya ada jugak berlaku pencemaran. Banyak hadis palsu, fatwa palsu, cerita palsu... Benda-benda khurafat dan karut-marut pun pada sesetengah masyarakat Islam atau sesetengah orang Islam adalag benda yang sahih. Ada guru yang dianggap hebat, keramat tetapi sebenarnya tak la sehebat mana. Cuma atas sentimen tertentu atau kelicikannya maka dia menjadi besar kepada pengikut.

Aku sebenarnya lebih suka kalau orang Islam lebih berhati-hati kepada cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut tanpa mengetahui dari mana asal usulnya. Semua orang boleh cakap ia datang dari Rasulullah, tetapi apa buktinya.. Ada banyak pengambil kesempatan, ada banyak perosak agama dalam Islam...

Bagi aku setiap ilmu, boleh dibuktikan kesahihannya. Kaedah bersembahyang, walaupun ia tidak diceritakan secara detail di dalam Al-Quran tetapi aku yakin terdapat bukti yang cukup kuat yang tidak dapat ditolak bahawa begitulah caranya kita perlu mengerjakannya. Lagi pun ia suatu ibadat praktikal, yang diwarisi turun temurun... Jelas kaedahnya.

Tetapi bagi ilmu-ilmu yang berunsur cerita ni susah sikit dikesan asal-usul dan kebenarannya. Iye la, betul ker nabi ada cerita benda tu, atau masih tepatkah cerita itu sebagaimana cerita asalnya?

Entah la marr... ko bagi la aku sumber cerita tu aku nak tengok baca dulu...

Tak payah la nak berguru-guru, baca pun kira okay dah. Ayat Quran yang pertama pun suruh kita baca, bukan suruh pi cari guru... lain la kalau nak ambik sijil, ha tu perlu guru. Tapi kalau setakat pengetahuan am, membaca sudah memadai...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2003 07:35 PM | Show all posts

salam Papa

well said..
setakat nak bincang yg  moderate ni alahai kalau cari cikgu lame lah nak tahu...bukan I yg nak buat fatwa ke ape-pae ke.....ade persoalan yg mnearik lagi Apa go on withe discussion?:bg:

[ Last edited by mbhcsf on 9-7-2003 at 07:36 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2003 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 9-7-2003 07:35 PM:
well said..
setakat nak bincang yg  moderate ni alahai kalau cari cikgu lame lah nak tahu...bukan I yg nak buat fatwa ke ape-pae ke.....ade persoalan yg mnearik lagi Apa go on withe discussion?:bg ...


Ha'ah.. macam tu la mbhcsf...

Apa khabar? Tau tau la nak citer pasal apa? Cuba cari apa2 bahan yang menarik.. yang umum jer la, jangan yang complicated sangat...:bg:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2003 01:17 AM | Show all posts

okay ..

salam let us start with a topic yg banyak org boleh relate..yg menarik dan ade scientific connection..
ni payah la....okay tak pe..anything..anything  at all...
kena define complicated ni sbb kekdang tu terlalu absorb...( sbb tak faham la kan bukan sebab ape pun)tapi la ni bolehla faham...

p/s : hik hik
quantum mechanics ni best tapi org dia hilang....


Sdr Marr anda amatlah diwelcome utk memberi pendapat...tak pa ..you bagi dulu kalau tak faham kami tanya balik ....kat cikgu kami...;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 12:15 PM | Show all posts
A'kum pa...

bila baca pa nyer reply, camne pula kalau saudara2 kita yang nak sampaikan ilmu yg diajar Allah hanya dalam mimpi sebab semua yg pa nak tau, musti berlandaskan kesahihan... dan kebanyakkan orang yang berilmu banyak yg diam, sebab kalau dibuka cerita.. manjang orang tak percaya apatah lagi kalau dibukukan!  sedangkan berkata kita, dengan kata2Nya...

yang sesat dengan hadis palsu, fatwa palsu, cerita palsu tu, sebab Allah sendiri yang nak sesatkan.   Dia yang berkehendak kerna berilmu kita, dengan ilmuNya..

kadang2 hukum akal dah leh jawab, walau kita tak pasti ianya sahih atau tidak.  yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.  kalau semua perkara nak disertakan kesahihan baru nak percaya, hmmmm...  tak makrifat lagi le!  

tang buku, saya sendiri dok mencari kat mane saya simpan buku tuh..!  cari yang lain, jumpe yang lain.. hehehehe.  Insyaallah, kalau ada rezeki pa.. musti jumpe nyer.  sekadar bacaan.  antara percaya dengan tidak, terpulanggg...  tiada paksaan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2003 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 2003-7-10 01:17 AM:
Sdr Marr anda amatlah diwelcome utk memberi pendapat...tak pa ..you bagi dulu kalau tak faham kami tanya balik ....kat cikgu kami...


A'kum dear...

insyaallah.  tapi, kadangkala diam saya bukan kerna tak nak jawab..  hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2003 12:31 PM | Show all posts

salam

well MARR you know how to he he he ..well that's for a start..ade lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2003 11:47 PM | Show all posts
A'kum pa...bila baca pa nyer reply, camne pula kalau saudara2 kita yang nak sampaikan ilmu yg diajar Allah hanya dalam mimpi sebab semua yg pa nak tau, musti berlandaskan kesahihan... dan kebanyakkan orang yang berilmu banyak yg diam, sebab kalau dibuka cerita.. manjang orang tak percaya apatah lagi kalau dibukukan!  sedangkan berkata kita, dengan kata2Nya...yang sesat dengan hadis palsu, fatwa palsu, cerita palsu tu, sebab Allah sendiri yang nak sesatkan.   Dia yang berkehendak kerna berilmu kita, dengan ilmuNya.. kadang2 hukum akal dah leh jawab, walau kita tak pasti ianya sahih atau tidak.  yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.  kalau semua perkara nak disertakan kesahihan baru nak percaya, hmmmm...  tak makrifat lagi le!  tang buku, saya sendiri dok mencari kat mane saya simpan buku tuh..!  cari yang lain, jumpe yang lain.. hehehehe.  Insyaallah, kalau ada rezeki pa.. musti jumpe nyer.  sekadar bacaan.  antara percaya dengan tidak, terpulanggg...  tiada paksaan!
BukanCintaBiasa, Ya Rabb.


W’salam Marr…

Allah sampaikan ilmu melalui mimpi? Tak pernah dengar pulak aku.. Kalau mukjizat nabi ada la kot. Tapi kalau manusia biasa ni lum ada dengar la..

Yang aku tahu Allah mengajar atau menyampaikan ilmu kepada manusia melalui pena. Yang tu memang Dia sebut dalam Al Quran. Tapi jangan salah faham pulak… Kalau nak cari buku atau jurnal saintifik atau apa saja yang ditulis sendiri oleh Allah untuk kita baca memang tak ada la.

Ilmu manusia tidak datang sekaligus. Ia berkembang umpama biji benih yang bercambah menjadi pokok, membesar dan bertumbuh dahan-dahan yang rendang di mana ia berbuah ataupun bermanfaat atas pelbagai sebab.. Dan kemudian dari buah yang dimakan dan gugur  itu pula akan menghasilkan pulak beji benih baru yang akan tumbuh dan memanfaatkan lebih ramai lagi… atau dengan kata lain ilmu berkembang dan dalam perkembangan itu ia juga akan menambahkan lagi cabang ilmu-ilmu baru…

Deria manusia cuma kecil skop kemampuannya sedangkan ilmu Allah itu maha luas. Maknanya seseorang saja tidak akan dapat melengkapkan sesuatu ilmu itu sendirian. Ilmu perlu dikongsi untuk berkembang. Oleh itu ilmu perlu ditulis supaya ia dapat di
saling disampaikan, saling diperbincang, saling diperbetul dan saling ditambah…

Setiap cabang ilmu yang wujud hari ini adalah kesinambungan dari ilmu-ilmu yang dimulakan oleh keturunan manusia sejak ribuan tahun dulu. Boleh katakan semua ilmu boleh kita jejaki asal-usulnya. Ini kerana mereka menulisnya. Mereka yang berminat, berfikir dan berusaha ini menulisnya. Di sepanjang sejarah sesuatu ilmu berlaku banyak pembetulan, berlaku banyak kesilapan dan banyak jugak petunjuk-petunjuk.

Misalnya, untuk manusia mengetahui wujudnya 9 planet di sistem suria bukan kerja mudah, bukan singkat masanya. Beribu tahun baru boleh confirm. Setiap ahli astronomi yang terlibat dalam usaha menjejak itu terpaksa menggunakan rujukan yang dibuat oleh golongan yang terdahulu.. Apabila ditemui kesalahan konsep atau fakta, ia diperbetulkan, diperbaiki.. Apa yang sudah betul ditambah. Semakin lama semakin tepat dan betullah ilmu tersebut dan apabila itu berlaku maka ilmu berkenaan akan berkembang ke fasa yang seterusnya pulak.   

Sebab tu la setiap ahli ilmu mengenali dan menghargai ahli ilmu yang sebelumnya. Ahli perubatan akan menghargai ibnu sinna etc. Ahli fizik tentu mengenali eistein dan yang lainnya. Ibnu sinna tentu bermula dengan merujuk ilmu dari ahli yang sebelumnya. Begitu jugak eistein…

Bangsa yang langsung tidak menulis idea mereka, tidak berkongsi ilmu mereka tidak akan maju pencapaian ilmunya dan tidak akan bangkit sebagai bangsa yang berjaya. Apatah lagi kalau membaca pun tak nak, lagi la parah keadaannya.

Ilmu yang benar, yang hak mesti boleh dibuktikan. Alam kita ini bukan alam mistik. Ia alam nyata.. Malah kewujudan Tuhan pun kita boleh buktikan. Itu sebabnya di dalam Quran Allah menyuruh kita menjelajah, memerhati, merenung, memikir, melihat, mendengar …semua benda dari tinggalan sejarah, hinggalah kepada tumbuhan, haiwan, janin dalam rahim ibu, laut, udara, bulan, bintang, cakerawala… pendek kata Tuhan suruh kita pelajari semua benda dalam universe ni.. Selain bermanfaat untuk kehidupan keduniaan kita, ia akan menemukan atau menyakinkan kita kepada Tuhan sendiri…   

Ilmu yang salah pulak kot mana pun tak mendatangkan manfaat walau bagaimana ia dipertahankan. Misalnya, kalau ilmu kita tentang asas spektrum elektromagnetik salah, hari ini kita tidak mungkin akan dapat membina dan menggunakan handphone, TV, satelit, radar, x-ray, ultra-sound, remote control, radio, microvave dan pelbagai lagi teknologi… tak ada benda yang betul dibuat dari benda yang salah. Kalau kita nak buat kek guna simen sampai bila pun tak jadi kek kita tu…

Panjang la pulak aku membebel ni. Tapi marr, itulah kenyataannya. Ringkasnya apa yang aku nak sampaikan adalah;

-- Ilmu yang betul kot mana pun mesti boleh dibuktikan. Even Tuhan pun boleh dibuktikan dengan  ilmu dan sebenarnya Tuhan sendiri suruh kita guna kaedah tu untuk kenal dan yakin kepada Dia…

-- Ilmu yang salah tidak akan bermanfaat dan tidak perlu dipertahankan
-- Ilmu mesti ditulis supaya boleh dinilai dan dikongsi barulah ia akan berkembang… Kerana itulah sebenarnya cara Allah mengajar manusia iaitu menggunakan pena atau tulisan..

Aku tak faham sangat dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu makrifat tu. Tapi selama yang aku tau, tokoh-tokoh Islam yang terkemuka dan dihormati baik di dalam dunia Islam mahupun luar dari dulu sampai sekarang bukanlah mereka yang dari golongan cerdik pandai makrifat ni, tapi cerdik pandai ilmu yang benar. Oleh kerana ilmu mereka terbukti benar dan bermanfaat maka mereka dihormati….

Aku heran mana ko dapat idea Tuhan mengajar orang tertentu dari mimpi ni..

Jumpa lagi marr…


Err.. Satu lagi mana ko dapat idea Allah sengaja nak sesatkan hambanya? Bukankah yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kita sendiri atau kerana kita terpedaya oleh bisikan syaitan?

[ Last edited by paparock on 10-7-2003 at 11:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 01:13 AM | Show all posts

so what's the next topic gonna be then?

salam Papa..
topic ape yg menarik?
yg org boleh relate dan as you said..tak terlalu complex
tapi ade educational points?
boleh able tu explain the way that  we all understand..
ni lah i think the formulae ..what ...since this is your thread...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 05:19 PM | Show all posts
A'kum papa dear...

lorrr.. pa!  panjang nyer jawapan..!

Allah sampaikan ilmu melalui mimpi? Tak pernah dengar pulak aku.. Kalau mukjizat nabi ada la kot. Tapi kalau manusia biasa ni lum ada dengar la..
ADA PA.. TAPI HANYA YANG TERPILIH AJE.  NABI PUN ASALNYA MANUSIA BIASA GAK SEBELUM MENERIMA WAHYU...

Yang aku tahu Allah mengajar atau menyampaikan ilmu kepada manusia melalui pena. Yang tu memang Dia sebut dalam Al Quran. Tapi jangan salah faham pulak… Kalau nak cari buku atau jurnal saintifik atau apa saja yang ditulis sendiri oleh Allah untuk kita baca memang tak ada la.
HAHAHAHAA... 'LA MAUJUD ILLALLAH'... PA.

Ilmu yang benar, yang hak mesti boleh dibuktikan. Alam kita ini bukan alam mistik. Ia alam nyata.. Malah kewujudan Tuhan pun kita boleh buktikan. Itu sebabnya di dalam Quran Allah menyuruh kita menjelajah, memerhati, merenung, memikir, melihat, mendengar …semua benda dari tinggalan sejarah, hinggalah kepada tumbuhan, haiwan, janin dalam rahim ibu, laut, udara, bulan, bintang, cakerawala… pendek kata Tuhan suruh kita pelajari semua benda dalam universe ni.. Selain bermanfaat untuk kehidupan keduniaan kita, ia akan menemukan atau menyakinkan kita kepada Tuhan sendiri…   
BUKAN SETAKAT YAKIN PA, TAPI MEMAKRIFATKAN LALU MENGESAKAN TUHAN....  ITULAH TUJUAN AL-QURAN.  APA YANG DIESAKAN?

Aku tak faham sangat dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu makrifat tu. Tapi selama yang aku tau, tokoh-tokoh Islam yang terkemuka dan dihormati baik di dalam dunia Islam mahupun luar dari dulu sampai sekarang bukanlah mereka yang dari golongan cerdik pandai makrifat ni, tapi cerdik pandai ilmu yang benar. Oleh kerana ilmu mereka terbukti benar dan bermanfaat maka mereka dihormati….
PA, SEMUA PARA CERDIK PANDAI ISLAM DENGAN IZIN ALLAH AKAN MEMBERI MANAFAAT AKAN ILMU ALLAH PADA MANUSIA YANG LAINNYA.  TAPI HANYA SEDIKIT YANG KENAL AKAN APA ITU MAKRIFAT DAN SEDIKIT PULA YANG MAMPU MENYAMPAIKAN...

Aku heran mana ko dapat idea Tuhan mengajar orang tertentu dari mimpi ni..
INILAH RAHSIA DIRI.  KALAU NABI, ALLAH AJAR MELALUI MIMPI, APATAH LAGI MANUSIA BIASA CAM KITA.  INSYAALLAH, KALAU ADA REZEKI PA, TENGOK BETAPA JAUH ILMU DIPEROLEHI DALAM MIMPI BERBANDING ALAM REALITI.  TAPI, KEBANYAKKAN MIMPI TU, HANYA UNTUK DIRI SENDIRI.  TAK AKAN DI AJAR PADA ORANG.  TAKUT TAK DIPERCAYAI...  


PA, NAPE PAPA BEGITU KERAS BILA MENYAMPAIKAN PENDAPAT?  SAYA TAK PANDAI, ORANGNYA PA....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 05:24 PM | Show all posts

salam

bukan ape -ape ..sebab kalau Sdr ade point yg nak kongsi ..well silalah ...tak payah lah puji...tu aje ini pendapat saya ..
sebenqnya sampai sekarang saya masih kabur tentang Sr MARR punya message ..ape yg disampaikan ? sbb saya nampak saudara/i bebenar nak kongsi but then..takut -taku pulak ..yelah saya tau mengikut ahli fzk ni ilmu tertinggi adalah ilmu wahyu itu saya akur...tapi kalau ade facts nak bincang ..bincanglah silakan....

Sdr Papa..ape topic yg seterusnya..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 05:59 PM | Show all posts
A'kum mbhcsf,

hmmm... puji?  bila pulak saya puji?  yang pasti, HIDUP itu Puji... (hehehe fenin ler ko mbhcsf).

sebenqnya sampai sekarang saya masih kabur tentang Sr MARR punya message ..ape yg disampaikan ? sbb saya nampak saudara/i bebenar nak kongsi but then..takut -taku pulak ..yelah saya tau mengikut ahli fzk ni ilmu tertinggi adalah ilmu wahyu itu saya akur...tapi kalau ade facts nak bincang ..bincanglah silakan....
mane plak mengikut ilmu fizik, yg tertinggi adalah ilmu wahyu?  sabo je ler...!  ada yang faham apa yang nak saya sampaikan.  kalau saya terang2 nyatakan, takut jadi fitnah.. itu aje!  

pemahaman bergantung pada tingkatan ilmu masing2 tak kira ilmu dunia mahupun ilmu akhirat.  maka kamu nilaikanlah, dimana tahap pemahaman itu sendiri.  saya ini, tak pandai orangnya.... :bg:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2003 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by Marr at 2003-7-11 05:19 PM:
A'kum papa dear...

lorrr.. pa!  panjang nyer jawapan..!



W'salam marr..

Entah la marr setau aku kalau tak silap Nabi Yusuf jer yang Allah bagi kelebihan pasal bab mimpi ni. Iaitu baginda pandai mentafsir mimpi, dan kelebihan baginda itu turut diceritakan di dalam Al-Quran... Rasul2 lain yang menerima kitab melalui Jibrail semua melalui wahyu, wahyu bukan mimpi...

Kalau banyak-banyak Rasul pun Tuhan cuma bagi kelebihan mentafsir mimpi pada nabi yusuf seorang, macamana pulak kita manusia biasa ni Tuhan bagi kelebihan belajar melalui mimpi...? Tafsir mimpi pun tak pandai:re:

Orang yang dapat ilmu pakai mimpi ni biasa yang aku dengar adalah dari kalangan mereka yang membuat kerja-kerja bomoh jer.. Ye la dari buta kayu jadi pandai ubat orang pulak.. Masuk universiti tidak, kolej pun tidak tau-tau dah menjampi orang...:bg:

Orang lain kalau nak jadi doktor kena masuk U, nak jadi engineer kena masuk U, nak jadi ulama pun kena masuk U... Aku rasa kalau semua orang dapat ilmu pakai mimpi pakat penuh bomoh jer la dalam dunia ni...

Ye ker bahasa aku kasar marr? Sorry la yer kalau tak perasan atau macam tak terkawal sebab aku rasa biasa jer. Mungkin cara ko baca kot... Kalau ko taknak bunyi keras ko baca la dengan intonasi yang lembut..

Aku pun bukan pandai, ,mbhcsf lagi pandai dari aku....:bg: Dan ko pun pandai gak aku rasa, cuma part belajar ngan mimpi tu yang aku tak boleh setuju langsung ngan ko....:bg:  



Aku tak faham apasal ko gelak bila aku kata Tuhan mengajar manusia dengan pena sedangkan memang begitulah yang dinyatakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2003 10:00 PM | Show all posts

okay

Originally posted by Marr at 2003-7-11 17:59:
A'kum mbhcsf,

hmmm... puji?  bila pulak saya puji?  yang pasti, HIDUP itu Puji... (hehehe fenin ler ko mbhcsf).

sebenqnya sampai sekarang saya masih kabur tentang Sr MARR punya message ..a ...

salam,
what I am trying to say ialah dlm SPM 2 tahun lepas ade sorg ahli fizik ni cerita tentang al -quan dan sains ..jadi saya masih teringat lagi kata -kata beliau  bhw ilmu wahyu tu yg  kalau tak silap lah dia cakap yg tertinggi ...kalau saya silap my apology..tapi kalau ade facts  silakan...
saya  bukan maksudkan dlm fizik ilmu wahyu itu yg tertinggi..and i do not wish to prolong the matter ..if you feel you wanna participate feel free..bless you..okay...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2003 10:04 PM | Show all posts

To PApa

salam..
bless you i tak pandai langsung yg panadi tu T Anis..tu  yg respons pasai theory and you  as well sbb boleh hurai guna layman's term...
so alhamdulillah..
okay what 's the next topic malaslah nak argue itu ini ..and facts well ..masih tertunggu -tunggu..apapun ade topic lain?ke ape?
how would you like to manoeuvre this discussion , then???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2005 01:29 AM | Show all posts
satu persoalan yang menarik (mungkin lari skit dari topik) ..cuma aku nak sentuh skit psal ilmu sains dan ilmu wahyu ke..

ilmu sains ..dah tahu skit sebanyak, tak payah nak ulas panjang dan lebar..

cuma ilmu wahyu (i.e mimpi) dll diulas oleh ulamak ke ato sesiapa saja, bukan oleh nabi/rasul shj..wajarlah mimpi itu ditafsirkan sebagai salah satu ilmu? tak kita ilmu apa..kalo ikut ilmu sains, mimpi kena di buktikan..camne nak buktikan? semua orang pernah bermimpi...adakah ilmu dari mimpi itu bule diguna pakai, walaupun untuk diri sendiri?

kalo mimpi tak perlu dibuktikan, seperti kepercayaan banyak dari kalangan orang islam, maka bergunakah (i.e pengajaran) mimpi itu? jika mimpi  mendatangkan 'bencana' kpd kita, so, apa nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2005 01:40 AM | Show all posts
aku bukan psal apa timbul hal ni balik, sebab dlu aku ada terbaca 'transcipt' yang diolah mengikut apa akan jadi pada masa depan (kalo ikut transcript tu berkenaan kejatuhan negara israel berdasarkan mimpi seorang raja pada waktu nabi daniel..daniel ni nabi daud ke ato lain aku tak pasti...mengikut hujah ulamak ni, berdasarkan mimpi raja ni yg ditafsirkan oleh nabi daniel, jika dirujuk pada israel bertepatan ngan apa yang berlaku skrg, maka kejatuhannya di antara sekitar 2010)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055625 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list