CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10588|Reply: 45

Pheeewiitt..Amy buat kejutan

[Copy link]
Post time 21-6-2011 11:34 AM | Show all posts |Read mode



Peminat berasa sangat intim dengan cara persembahan vokalis Search

TERBIAS perbezaan pada penampilan Amy Search ketika menjayakan majlis makan malam sempena Hari Bapa anjuran Palm Garden Hotel & Putrajaya Marriott Hotel & Spa.

Selalunya dia bergaya ringkas bersama jeans dan kemeja T, setiap kali membuat persembahan. Bagaimanapun kali ini bagi menyesuaikan diri dengan majlis, Amy tampil cukup segak dengan sepasang sut merah lengkap bersama sepatu kulit juga dari rona yang sama.Majlis bagaimanapun bermula agak lewat. Amy muncul kira-kira jam 9.50 malam iaitu selepas perut peminat yang hadir, kenyang dengan hidangan makan malam cita rasa Barat. Sementara menantikan kemunculan Amy, tetamu terlebih dulu dihiburkan dengan celoteh daripada pelakon komedi Dee yang memikul tugas sebagai pengacara pada malam itu.

Manakala penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Ad Azhar pula diberi kesempatan membuka tirai persembahan pada malam itu.

Jejaka itu menghiburkan penonton dengan empat buah lagu iaitu Sedetik Lebih, Sampai Syurga, Dealova dan Bunga Pujaan.

Tidak muncul dari belakang pentas, penyanyi berusia 53 tahun itu memilih kelainan apabila muncul dari pintu masuk Grand Putrajaya Ballroom. Kehadirannya di tengah-tengah dewan membuatkan tetamu yang hadir terkejut dan menjadi tidak tentu arah.

Mereka tidak menduga Amy akan hadir sebegitu dekat, justeru peluang berkenaan digunakan untuk merakamkan gambar bapa kepada lima cahaya mata dan seorang cucu itu.

Persembahan sedemikian adalah yang pertama buat Amy, sebelum ini dia pernah menjayakan persembahan untuk majlis korporat tetapi tidak membabitkan penjualan tiket. Ini adalah yang pertama buatnya dan apa yang membuatkan dia berasa janggal apabila terpaksa muncul sendirian mendendangkan kira-kira 15 buah lagu di dalam sebuah majlis yang formal.

Bangga berstatus datuk

Apa yang membezakan persembahannya pada malam itu dengan majlis korporat yang pernah dijayakan, kata Amy untuk majlis korporat dia selalunya menyanyi antara tiga hingga empat lagu yang disampaikan dengan muzik minus one.

Tetapi pada acara itu pula, dia diiringi pemuzik iringan yang terdiri daripada Edry Hashim (gitar), Kelly (bass), Ujang (dram), Ujang (Bass) dan Roza (Keyboard), disamping tiga penyanyi latar.

Pada usia yang sudah mencecah setengah abad itu, Amy jelas masih bertenaga. Liuk lentok tubuhnya menari mengikut sesuka hatinya adalah antara tarikan yang menghidupkan persembahannya. Dia seakan-akan naik ‘syeh’ pada rembang malam Jumaat itu.

Amy juga menyatukan peminat dari pelbagai peringkat umur dan pangkat. Pada malam itu, Amy memperkenalkan kepada penonton, peminat setianya yang sentiasa menyokong walau ke mana saja dia pergi.

Peminat itu akan berada di mana saja Amy berada tidak kira ketika dia membuat persembahan di United Kingdom, malah ketika menunaikan umrah, peminatnya itu juga turut serta.

Pada malam itu, Amy kelihatan cukup bangga dengan statusnya sebagai seorang datuk. Kehadiran cucunya Keisha Laila yang sudah pun berusia setahun cukup memberi makna kepada Amy. Jika tidak, masakan berkali-kali dia asyik menyebut statusnya yang kini berpangkat datuk.

“Rahsia saya tidak tua sebab saya tidak suka marah-marah. Isteri juga tahu saya seorang yang ‘cool’. Kadang kala dia selalu bertanya, saya tidak sayangkan dia ke kerana saya tidak pernah menunjukkan rasa cemburu. Mungkin sebab itu saya nampak tidak tua walaupun sudah bercucu,” kata Amy berseloroh.

Amy membuka tirai persembahan pada malam itu dengan mendendangkan sedikit bait lagu Teguh, dia juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu Saatku Idamkan, Aku Dah Bosan, Rozana, Tiada lagi, Apa Saja, Gelora, Fantasia Bulan Madu, Kerja Gila, Isabella, Laila Majnun, Kejora dan banyak lagi.

P/S : Wa memang respect la Amy, Legend beb!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 11:47 AM | Show all posts
hebat la atok ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:56 AM | Show all posts
gempak la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:57 AM | Show all posts
keles uncle amy... bertenaga cam org muda..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:58 AM | Show all posts
caya la amy
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:03 PM | Show all posts
kulit dia pon cantek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2011 01:45 PM | Show all posts
bila dia nih nak dapat datuk eik ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:55 PM | Show all posts
i was there that nite...amy memang class tapi mcm janggal pun ada juga hehe....lepas ni teringin nak tgk amy buat acoustic/orchestra concert..gerenti sold out..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 02:00 PM | Show all posts
Reply 7# tomet05

setelah anak dia si nabila bersalin hari tue... dapat le gelaran datuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:12 PM | Show all posts
luv amy.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:25 PM | Show all posts
pernah di puja pernah di hina pernah di tendang pernah mengalami bermacam jalan tp akhir nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:35 PM | Show all posts
datuk bercucu ke datuk berpingat???
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:38 PM | Show all posts
Ingatkan Amy dah masuk PAS macam Bobby........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:42 PM | Show all posts
datuk bercucu la....aduiyaiiiiiiiiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply  tomet05

setelah anak dia si nabila bersalin hari tue... dapat le gelaran datuk
carly_lah Post at 21-6-2011 14:00


pangkat datuk otomatik............


ada juga kat cni yg tertanya2 pangkat datuk kurniaan sultan etc...........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:46 PM | Show all posts
terbaek datuk ni~!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 03:55 PM | Show all posts
kalau aku nak panggil amy ni nyanyi untuk event aku..agak-agak brape per hour eh..ada sesape tau?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 04:18 PM | Show all posts
well done amy.....syiok baca kisah dia jumpa semula ngan anak dia after 5 years...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 04:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by Gedebook at 21-6-2011 17:07




Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 04:56 PM | Show all posts
well done amy.....syiok baca kisah dia jumpa semula ngan anak dia after 5 years...
Gedebook Post at 21-6-2011 16:18



   ank mn?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065640 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list