CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15340|Reply: 87

Wan Sharmila a.k.a Yvonne Fobia Kahwin Semula

[Copy link]
Post time 21-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cikieda at 22-6-2011 19:31



Kegagalan perkahwinan yang dilalui oleh pelakon Wan Sharmila Wan Muhammad, 30, telah memberi kesan yang mendalam apabila dia berasa fobia untuk berkahwin semula.


Menurut Wan Sharmila, penceraiannya dengan bekas suami, Fazli Bahrom pada 23 Oktober 2009 meninggalkan kenangan pahit dan hal tersebut membuatkan dia lebih selesa hidup solo selain mempunyai jadual yang padat.



"Diakui saya sedikit fobia dan belum berani untuk mendirikan rumah tangga buat masa sekarang kerana kegagalan rumah tangga yang dibina sebelum ini memberi keraguan untuk saya berkahwin buat kali kedua.


"Sampaikan apabila melihat rakan-rakan yang baru hendak berkahwin membuatkan saya pula yang rasa takut dengan perkahwinan mereka itu," katanya.


Tambah Wan Sharmila, memegang status janda tidaklah berat untuk ditanggung seperti yang diperkatakan ramai kerana sehingga hari ini dia tidak pernah merasakan dirinya pernah berkahwin dan pernah bercerai.


Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk berkahwin semula jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan seorang lelaki yang sesuai dengannya.



"Walaupun mempunyai perasaan fobia, sebagai seorang perempuan sudah semestinya saya mahu memiliki seorang suami yang boleh membimbing saya dan pada masa sama saya juga teringin untuk memiliki zuriat.


"Cuma sekarang ini saya belum mempunyai teman lelaki walaupun ada yang cuba datang untuk mendekati saya. Sekarang ini, karier adalah fokus utama," ujarnya yang membintangi drama “Si Jundai” yang disiarkan pada Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang, menerusi slot Legenda, TV3.


Ketika ditanya adakah pelakon itu akan kembali bersama bekas suaminya, pelakon wanita itu memberitahu lebih selesa jika hubungan mereka sekadar berkawan sahaja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 11:06 AM | Show all posts
30 dah die enh?? tp tak gaya orng umo 30..muda jeh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:09 AM | Show all posts
minat sgt kat dia.. lakonan meletop..
paling best dia berlakon dlam kashaf imani...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:10 AM | Show all posts
30 dah die enh?? tp tak gaya orng umo 30..muda jeh..
skymania Post at 21-6-2011 11:06


memang awet muda Wan Sharmila ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:13 AM | Show all posts
lakonan die best...berkesan sesangt..smpi aku benci tngk dia kt nora elina
korang dia nie anak sedara wan maimunah kan??:re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:18 AM | Show all posts
comel dia ni..
awet muda betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2011 11:21 AM | Show all posts
x nmpk 30..awek muda gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:22 AM | Show all posts
awet muda betoi...jeles ah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 11:24 AM | Show all posts
mmg awet muda.. bole bawak watak budak sekolah ngan bohsia kan??
mek suker!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:26 AM | Show all posts
aku suka dia bawak watak pompuan gedik2 @ mentel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:27 AM | Show all posts
wauu.. tak sangka dah 30.. nampak muda sgt dalam nora elena tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:28 AM | Show all posts
aku tgk x de la awek muda sgt..
kira bersesuaianla ngan umur dia... just nice...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:30 AM | Show all posts
tp die neh mmg smeksi sngt!!~
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:31 AM | Show all posts
suka sangat masse kat tari tirana.. melotop..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:36 AM | Show all posts
die nie suke pakai seksi dgt r...
kalo make up plak nampak cam tebal giler...
kalo die bwk watak baik plak, nampak tul plastik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:36 AM | Show all posts
moga bertemu jodoh yg sepadan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 11:37 AM | Show all posts
mantop dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:41 AM | Show all posts
mmg nmpk muda sbb belum beranak pinak......
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 11:42 AM | Show all posts
ni yang tertinggal spentot dalam kereta Seth Tan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:05 PM | Show all posts
dia neh mmg awet mude laaaa...mcm sari yanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.245251 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list