CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27354|Reply: 0

[Sarawak] Penutupan jalan untuk Bazar Ramadan di Jalan Parkcity Commercial Centre, Bintulu

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Lokasi laluan yang ditutup sementara bagi memastikan kelancaran operasi Bazar Ramadan di Jalan Parkcity Commercial Centre kawasan Bintulu Cultural Park Bintulu.

BINTULU: Penutupan jalan sementara telah dilaksanakan bermula 11 Februari lalu hingga 19 Mac 2026 di Jalan Parkcity Commercial Centre kawasan Bintulu Cultural Park Bintulu di sini untuk penganjuran Bazar Ramadan 1447H/2026M.

Jurucakap Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berkata, penutupan jalan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pengoperasian tapak bazar serta memastikan kelancaran aktiviti dan keselamatan para peniaga serta pengunjung di kawasan tersebut.

"Jalan yang terlibat akan ditutup sepenuhnya atau sebahagian mengikut keperluan operasi sepanjang tempoh tersebut," katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian dan mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas di lokasi.

Katanya, segala kerjasama dan pemahaman daripada orang ramai amat dihargai bagi memastikan penganjuran bazar ramadan berjalan lancar dan teratur.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 1.528375 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list