CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21441|Reply: 0

[Kedah] Bala bawa babi Thailand

[Copy link]
Post time 13-2-2026 03:34 AM | Show all posts |Read mode
Bala bawa babi Thailand

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





BALVEER Singh (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 40 karkas babi yang dirampas. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Bukit Kayu Hitam: Dua lelaki diberkas polis selepas dikesan menyeludup dan cuba menghantar 40 ekor daging bertulang babi ke Pulau Pinang.

Difahamkan tindakan suspek berjaya dipintas Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis melalui operasi Op Taring Chiller, kelmarin.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, polis melalui Cawangan Risik Batalion 1 Briged Utara berjaya mengesan dan menahan lori dipandu suspek di Jalan Utama Hulu Pauh Chuping, Padang Besar, Perlis.

Beliau berkata, lori itu dikesan membawa muatan karkas babi yang disyaki diseludup dari Thailand tanpa sebarang permit atau dokumen kebenaran sah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemui 40 ekor karkas babi yang sudah dipotong di bahagian sejuk beku lori itu.

"Hasil siasatan mendapati dua lelaki itu diupah untuk membawa karkas babi berkenaan. Polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan sindiket tertentu.

"Siasatan awal mendapati, bekalan karkas babi itu akan dihantar ke Pulau Pinang untuk pasaran tempatan sempena musim perayaan ini, " katanya.

Balveer berkata, siasatan mendapati, karkas babi itu akan dibawa ke salah sebuah pusat penyembelihan di Pulau Pinang sebelum ia diagihkan.

Beliau berkata, berikutan itu dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 32 dan 63 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

"Kesemua karkas babi itu dianggarkan bernilai RM96,360 dan dirampas untuk tindakan lanjutm" katanya.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 10:06am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321853/bala-bawa-babi-thailand




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043817 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list