CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20163|Reply: 0

[Johor] Sedut air laut padam kebakaran besar

[Copy link]
Post time 12-2-2026 06:39 PM | Show all posts |Read mode

30 buah rumah atas air musnah terbakar di Kampung Teluk Jawa, Masai. FOTO Ihsan JBPM

Pasir Gudang: Sebanyak 30 rumah atas air di Kampung Teluk Jawa, Masai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I Mohd Subri Md Isa, berkata, dalam kejadian jam 7.04 pagi itu, sebanyak tiga jentera bersama 28 anggota daripada BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan perkampungan atas air berstruktur sementara yang dibina menggunakan dinding kayu, lantai papan dan bumbung zink.

"Kebakaran mengakibatkan 30 unit rumah musnah sepenuhnya. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri sebelum bomba tiba," katanya semalam.

Tambahnya lagi, selain rumah kediaman, kebakaran turut menyebabkan kerosakan pada dua bot, sebuah kereta dan enam motosikal.

Katanya, bomba terpaksa menggunakan sumber air laut berhampiran bagi memadamkan kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.41 pagi, manakala kerja-kerja pemantauan masih diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.


Sumber : harian metro





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.783630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list